Lama dah tidak update blog ni, nak dibiarkan bersawang sayang, nak menyapu sawang terasa tak sempat.. Almaklum, sibuk menanda kertas PPT, menyediakan bahan untuk kelas tambahan dan LADAP yang dah tak mengenal Sabtu minggu pertama dan ketiga lagi, semua langgar macam tiada pekeliling yang kata Sabtu 1 dan Sabtu 3 tu cuti laaaa!!! Itulah dilema sang guru, tapi ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan goyah tapi diri pula diblacklist...
Minggu lepas, 16 Mei sambutan Hari Guru, tapi sekolah mama sambutannya bakal diadakan pada 23 Mei, hari terakhir sekolah untuk penggal ni. Rasa-rasanya guru-guru akan menyambut Hari Guru syok sendiri kerana Jumaat, 24 Mei cuti Wesak dan 22 Mei, Rabu hari terakhir PPT! Secara logiknya, ada ke lagi murid yang akan datang pada 23 Mei tu? Mama rasa, cikgu dan pengawas je yang ada. Kesian kan para guru? Tapi mama tetap tekankan pada anak-anak agar menghargai guru masing-masing, sebab tu malam 16 Mei tu mama bertungkus lumus membungkuskan hadiah untuk cikgu anak-anak mama. Sebenarnya, bukan hadiah yang kami pinta.. cukuplah setakat kami dihormati dan dihargai. Itulah sebenarnya doa dan harapan mama setiap kali melangkah kaki ke tingkatan 4M. Semoga suatu hari nanti mereka tahu menghargai jasa kami para guru.
Mama terjumpa SMS ni untuk tatapan semua guru dan masih belum terlambat kan nak ucap selamat HG buat semua guru mama, guru sek rendah, guru sek men, guru tingkatan 6, guru di ukm, guru di maktab, guru di rumah, guru sek agama... dan semua guru Malaysia...
Adakala..
Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
‘SELAMAT HARI GURU’
**(sms di kalangan sesama guru.)
SMS VERSI 2 dan SMS VERSI-VERSI LAIN....teruskan membaca tau!

















