MELAKA - Sekolah Pelajar Hamil atau Sekolah Harapan yang bakal dibuka di negeri ini 1 September ini mendapat respons positif apabila setakat ini mendapat tiga permohonan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka di situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, perkembangan itu adalah sangat baik kerana ada golongan ibu bapa sedar betapa sekolah itu amat diperlukan, terutama untuk membantu perkembangan pendidikan anak-anak mereka walaupun sudah terlanjur atau berkahwin dalam usia muda.


“Memang sejak dari awal lagi tujuan penubuhan sekolah ini untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi yang berleluasa dan maksiat di kalangan golongan muda sehingga terjadinya perbuatan zina.


tak ada gmbr ker? nak kenal jgk bakal student sekolah paling glamer kat malaysia tercinta ni ---> nie salah satu respons n ntah apa lagi respons nakal lain.. cuba pikiak ler