AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Luahan hati Anak muridmu

Cikgu Iza | October 07, 2010 | 0 Komen |


Jangan pekikkan ke telingaku lagi
Kata-kata nista itu
Ia buat hatiku terusik
Ia buat jasadku menjadi lemah
Aku tahu kejahilanku
Akalku lemah untuk menerima
Walau telah sedaya upaya aku mencuba
namun kecundang di penghujungnya
lalu
masih bersalahkah aku
masih layakkah aku dicemuh begitu
di hadapan rakan-rakanku
tolong cikgu..sir..lohsir..teacher..guru...
kata-kata ini tidak layak untukku
aku juga ingin sepintar mereka
yang pantas mengira apabila dipinta
yang hebat dalam membina ayat
yang kuat ingatan dalam menghafal
aku tidak setanding mereka semua
tapi cikgu..
aku kenal huruf A
aku kenal alif, ba, ta
aku boleh membaca dua suku kata
aku masih berpeluang untuk bangun
berlari seperti mereka
mendaki seperti mereka
dan pada suatu masa..
aku ingin menjadi insan berguna...
KELUHAN HATI gURUMU ANAK MURIDKU....
anak muridku
aku sedar, aku tahu, aku terima kamu seadanya..
kalau aku bukan guru dicipta dari langit
jadi kau juga bukan anak muridku yang tercipta sehebat mana
aku tidak pernnah kisah
kau lambat, kau lembab, kau tidak sepandai kawanmu di Convet Bukit Nenas
tidak sehebat rakanmu di Kolej Tunku Kurshiah
Tidak sepintar sahabatmu di SDAR..
tapi aku kepingin..
di kelasku..
kau menjadi anak muridku yang tahu diri, yang sedar diri, 
yang membuang jauh egomu sebagai anak bandar baru ..
bandar baru SS bukan lambang kau anak hebat
kau tetap anak Malaysia yang tau menjaga tatasusila, yang tau menghormati orang tua..
yang sedar diri..
kau bukan muridku yang memasang MP4 di telinga..
yang menyikut perut membosong gurumu...
yang mengherdik gurumu yang serba kurang
yang ketawa sinis, berborak, bersembang apabila gurumu menabur ilmu..
hanya 1 pintaku
jika kau masih menganggapku sebagai gurumu..
hebatkan dirimu sebagai murid terbilang
agar ilmu takkan menghilang
takkan segan untuk menyinggah di ruang mindamu..
jadi..
mulai saat dan tika ini..
murid-muridku
terutama...
tingkatan 4C, 5D, 5K dan 4B juga...
aku bukan guru dari langit
kau bukan anak murid sehebat mana..
kita bukan orang yang hebat....
maka.. kita perlu melangkah untuk jadi yang terhebat...
tepuk dada tanyaleer selera..

No comments:

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com