Pages

@aimaniman |

Nak trifle.. sedapnyaaaa

semalam kawan bagi trifle orio+cheese+blueberry
sodap giler
 Bahan2 dia
swiss roll cake
1 tin fruit coktail + nata de coco
Kristal Jelly (nona)
1 tin susu cair + 1 ½ tin air + 4 sudu gula pasir
6 sudu besar tepung kastad
Caranya
Layer 1: Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Layer 2: 1 tin susu cair + 1 1/2 tin air + 4 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuh 6 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 3: Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
Layer 4: Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
pastue x puas ati...
cari lagi resepi....
Bahan Layer A : 1 swiss roll (perisa strawberry)
Potong dalam 1.5cm susun dalam mangkuk kaca yang boleh nampak susunan trifle..tapi aku gula tupperware je..
Bahan Layer B : castard
1 tin susu sejat (cap Idealmilk)
1/2 tin tambahkan air fruit cockrail dalam tin
4 sudu besar tepung castard (cap bird's)
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla
CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai. Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula
Bahan layer C : 1 tin Fruit Cocktail (Cap SPC)
Tos airnya.. Airnya boleh di siram keatas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard..
Bahan Layer D : Crystal Jelly perisa strawberry (Cap Nona)
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus..
CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :
1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 1.5 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .
2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .
3. Ambil semua fruit cocktail dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.
4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.
5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream ( jika mahu..aku tak letak pun..)
Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek , sos castard , susun fruit cocktail dalam tin dan jelly crsytal.
ok lae.. jom bli barang2nye.. 
pastue cuba buat

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012