Pages

@aimaniman |

Didik anak bermonolog dengan-Nya

Bayangkan bayi secomel ini 10 tahun atau 20 tahun akan datang?
Tugas kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkannya
 doa ibu amat mujarab??
 
inilah impianku.. selain mengajar anak orang.. semoga anak2ku juga 'terajar' dengan sebaiknya....
semoga dia mampu bermonolog dengan-Nya
oleh itu
bukan plan nak anak yang soleh@ah je cam nie
tapi gak plan untuk bijak dan berhemah mengajar anak agar anak2 mampu
bermonolog dengan-Nya
Ya Allah, wahai Tuhan yang telah menciptakan sekelian alam. Engkaulah Tuhan yang sangat berkuasa. Tidak ada satu pun yang berlaku di alam ini yang tidak Engkau tahu wahai Tuhan. Dan tidak ada penyakit yang Engkau tidak dapat ubatkan wahai Tuhan. Aku minta ampun atas segala dosaku. Atas sebab dosaku itulah Engkau berikan aku penyakit ini, dengan tujuan supaya aku bersabar. Itulah cara Engkau hendak menghapuskan dosa-dosaku itu. Tapi Tuhan, aku ini serba lemah. Aku tidak sanggup menanggung sakit ini lama-lama. Begitulah lemahnya aku wahai Tuhan. Tentu Engkau sangat berkuasa untuk sembuhkan penyakit aku ini. Aku akan makan ubat yang ibu berikan, tetapi Engkau sahaja yang boleh sembuhkan. Tolonglah Tuhan. Tolonglah aku yang banyak dosa ini. Aku tahu Engkau tentu marah kepadaku kerana aku selalu buat jahat. Tetapi kabulkanlah pemintaanku ini dengan berkat kedua ibu dan ayahku yang sangat taat kepada Engkau .
insyaallah
dan satu hari nanti semoga mereka mampu melakukan ini...
untukku dan ayahnya.. dan nenek dan atuknya dan muslimin & muslimat dan DIRINYA sendiri
amin...

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012