Pages

@aimaniman |

Sayonara Pn Saadiah

 MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEMEKAR BUDI
1.0   PENGENALAN

Majlis Sejambak Kasih Semekar Budi diadakan khas untuk meraikan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Puan Hajah Saadiah bt Kamiso yang bakal menjawat jawatan Penolong Kanan Kurikulum di SMK Batu Unjur.  Puan Hajah Saadiah bt Kamiso telah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini sejak tahun 2006 sehinggalah Mac, 2011.  Sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut, banyak jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau terhadap sekolah ini.  Antaranya, beliau berjaya melahirkan ‘wajah baru’ anak didik SMK Bandar Baru Sultan Suleiman yang bukan sahaja kacak dan anggun malah berketrampilan serta berakhlak mulia.  Justeru, tidak hairanlah jika beliau bertindak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan anugerah Tokoh Murid Idola, Murid Anggun dan sebagainya demi merealisasikan hasrat tersebut. 

Puan Hajah Saadiah bt Kamiso merupakan anak jati Klang, yang telah diputerikan pada tanggal 24 September 1963.  Beliau memulakan alam persekolahan menengahnya di SMK Sultan Abd Samad, Klang.  Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di UiTM, Shah Alam dengan mengambil jurusan Actuarial Science.  Semangat beliau untuk menimba ilmu tidak ternoktah setakat itu sahaja.  Berbekalkan semangat dan azam yang kuat, beliau berjaya menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dari Universiti Utara Malaysia.  Seterusnya untuk merealisasikan hasratnya menjadi pendidik, beliau mengikuti pula Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

----------------------------------------------------------------------
Pada sesapa rakan blog yg ada teks tentang majlis perpisahan...++++*** alamak ni bukan gambar yg diraikan kenaikan pangkat.. plez aaa bg url nyeer... kart atas tue baru yg diraikan punya bidata.. ada ler 2 m/s dah taaip.. pastue nak citer pasal lokasi, pastue sasaran... pastue aturcara time majlis.. pastue analisis majlis... alaaa tu kan stereotaip punya dokumentasi...
nak laae yg lain macam sikit biar jadi kenang2an buat yg diraikan...
kalu ada contoh.. plez tulong... ni pun bukan gambar insan diraikan yer... gambarnye masih kart kamera kawan maa.. kita org nak gabung naik cutie nanti... sbb mama aimaniman part tulis2 karang2.. part gamba org lain... isshh 
tulong ye jgn lokek kalu ada ayat baik2 punya...

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012