Pages

@aimaniman |

Contest Hoi, Aku Wakil Sekolah!

CONTEST HOI, AKU WAKIL SEKOLAH nie
Jadi dengan rasa berbesar hati aimaniman nak kongsi pulak hadiah dengan rakan2
Jadi, jom join contest  Hoi, aku wakil sekolah nie
Syarat2nya mudah:
1. Tampalkan gambar, kalau anda masih bersekolah tak kira sekolah ke IPTS/A ke- gambar menunjukkan kamu wakil sekolah pi mana2 lae
2.  Tulislae.. jangan panjang2 tau sebab sekarang nie musim ujian item berfokus, kena tanda kertas.. so tulis la satu perenggan yang panjangnya cuma 4 baris tau tentang : 
kenapa anda dipilih, bukan kawan anda, bukan adik anda atau bukan cikgu anda...
 kalau panjang2 batal ok...
3.  Tampal lae kontest ni kat tepi blog anda
4.  Bagi tau kat mama aimaniman yg anda dah join dengan 'shout' kat chatbox.. 
lpas tu kompang la kat blog2 lain yer
5.  Hadiah memang bess punya.. x bess kalau bagi tau dulu
6.  Tarikh tutup :  16 26 April 2011sebab blom dapat cr pemenang lg la.. contoh penyertaan:
Aku kan yang nombor 2 dari belah kiri, namaku Syidah...
Aku nak bagitau semua aku wakil sekolah dalam kadet bomba ke perkhemahan negeri nie..
aku rasa bangga sebab aku terpilih antara 200 lebih yang masuk pemilihan, aku antara 36 yang terpilih tau
Aku terpilih sebab, aku ni paling cun, paling toya, paling bess dan paling seposen bila je ada pemilihan...

41 Orang Terkaya di Malaysia 2011??

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise

Opppps... ada yang ke-41...

Bagaimana Imanku datang..

Rupa2nya tiga kali dah aku melalui proses dalam video nie.. proses membuatkan Imanku wujud
Bukan mudah untuk mewujudkan Iman.. Iman yang sempurna, yang indah, yang solid bagiku..
Walaupun sekali Imanku wujud.. aku tak rasa Imanku dah mencukupi..
Justeru, aku cuba untuk memupuk Iman lagi.. 
agar Imanku kekal abadi selamanya
Hasil daripada adanya Iman..
 Iman Athirah, Aiman syahmi & Iman Dahiyah
Kini Imanku ....
Lengkap.. subur dibaja dengan kasih ayang suci tulus ikhlas hadir dr hati ini
Iman sayang mama 4ever..muuwah

Bagaimana nak ketawa dengan AniQ?

Siapa tak kenal AniQ?
Dia bukan anakku, dia bukan abangku, dia bukan adikku, dia bukan sesiapa bagiku..
tapi napa aku perlu ketawa dengan AniQ?
sebab kalau aku tak ketawa.. aku sama je macam gambar tu .. STRESS..
semalam aku stress sbb AniQ..
besar sangat ke dia
bijak sangat ke dia
hebat sangat ke dia sampai aku jadikan 1 n3 buat AniQ?
dia tak besar, x hebat, x bijak..
tapi dia sesuatu bagiku..
kerana dia membuatkan aku terfikir hina sangat ke aku ni
sampai ada manusia sehebat AniQyang melakukan seorang tua seperti aku...
kerana kalaupun aku tidak dihormati sebagai guru, aku juga oraang tua
sama seperti ayah, ibu atau kakak AniQ

Bagaimana nak ucap terima kasih

ni baru reti guna Pickpick... sukaaaa......
sbb tu nak toceh kat komuniti baru aimaniman... walaupun blur tp toceh tau...

SMS si'bodoh' pada si'hampas'

Niii transkripsi sms si'bodoh' pada si'hampas'.. x edit langsung yer
si'bodoh':  salam..tolongla jangan senyap saja saya dah puas menunggu, tolong pulangkan deposit sy 3 ribu krn sy dah x sanggup tunggu lagi, hanji seminggu tp dah masuk 4 bulanbibik blum ada lagi, adik saya dapat bibik dlm masa 2 minggu sj x ada pun masalah mou..so sy mahu deposit sy segera    14:04
si'hampas':  maaf ya.. sy driving kat kl.. nanti sy cal       14:04
si'hampas':  maaf..phone sy under repaid..br dapat ganti phone..colling visa dah ok..masalah orang yg urus di sana mati mengejut..insiden..tolong bagi sy masa bulan 5 ni sy akan gi ke indon.. kalau colling visa awak tak dpt diuruskan..sy akan buat pembatalan di sana dan pulangkan duit..tapi awak tolong bg masa pd sy..sy usahakan....    15:04
si'bodoh':  ya ke..ok,sy tunggu sampai akhir bln 5, kalau masih x ada sy x mau tunggu lg, sy mahu pulang duit..15:04
lepas tu si'bodoh' telepon suami dan sumai marah2 suruh sms balik, so ni smsnya..
si'bodoh':  maaf, suami sy x setuju utk tunggu lagi, lagipun dah terlalu lama kami tunggu, sy takut tunggu dua bulan lg pun x ada juga, so tolong sangat2 pulang duit sy terus, sy x sanggup tunggu, lg pun knapa suami sy call puan x jawab, tolongla jgn sbb puan sy suami isteri gaduh...tolong pulang duit sy terus, esok suami akan ambil atau kami akan bertindak sepatutnya.. 15:04
lepas tu ada 4 kali sms seropa dari si'bodoh' pada si'hampas' sbb sms x dilayan..
si'hampas':  awak yg tak faham..sy dah balas sms awak tadi dan awak dah balas.. jd sy rasa di sini tak payah sy nak call lagi..maaf..   15:04
si'bodoh':  sy balas sblom berbincang, jd lpas bincg sy rs ada unsur alasan direka reka.. sy sms bnyk kali x dijawab,suami call pun x dijawab.. bila jwb kata sy x faham.. seolah2 sy minta hak tu salah tp puan yg x bagi bibik lpas lima bulan x salah.. lg pun kalau hp rosak sbg agen tentu puan kena berurusan, x kan x boleh bli hp baru, jgn jadikan alasan hp rosak penutup x dapat sediakan bibik.. kalau puan bertggjawab tlg jelas pd suami.. dan angkat bila fia call...  15:04
si'hampas':  mcm ni la sy pun tak nak bergaduh.. esok mlm kita jumpa dan sy akan bw semua document termasuk contack org yg uruskan di sana.. lpas tu awak uruskan sendiri ok.. beritahu dgn hubby u
si'bodoh':     15:04
si'bodoh':  tolong ye, kita berurusan sampai bibik tiba di tangan sy... kalau gitu baik sy jd agen... tolong jgn berdolak dalik..  15:04
ni sumer sms semalam... kes ni berlaku sejak 10.12.10.. masa tu si'bodoh' bank in duit kat si'hampas' sebanyak rm3000 dengan janji seminggu je dapat bibik.. lepas seminggu x dapat dia minta tangguh 2 minggu lpas 2 minggu x dapat dia kata bibik x mau keja krn anak bibik patah kaki.. batal bibik 1 buat colling visa bibik 2.. lpas tu 3 bulan berlalu.. sms x jawab.. kalau jawab pun sekali je kata masalah mou... dan tu lah sms terakhir pd 14 dan 15.04.11
so kalau anda baca .. tolongla apa yg 
si'bodoh' perlu buat??

Imanku dulu dan sekarang..

Ni gambar iman dengan wafiq masa umur mereka 2 tahun setengah..... mandi pun nak bersama2..tapi iman steady ngan muka seposen dia wafiq plak macam malu2 kucing.. ni masa umur mereka 4 tahun 2 bulan... masih rapat tapi dah tau malu2.. tapi wafiq masih bersikap gentlemanboy..jadi ultramanboy penyelamat iman....

ni baby dahiyah time 1-2 bulan

tak sangka pejam cilik 23x.. anak mama baby dahiyah dah 5 bulan..
muka dah jadi macam amoi la pulak..
cuma yg x bessnya walaupun pp amoi mama nie melayut..
time injection 6 bulan aritu berat dia turun 0.2 kg.. so next month kene jumpa nurse lagi lae...
ni sumer sbb abg aiman aaa... dia p pusingkan laras kat penimbang baby..
tapi x pa.. asal baby dahiyah chat, mama suker

Contest noieizan-MySweetMemories

so aimaniman masukkan gambar nie 
Gambar nie disnap last year masa bulan 12 semasa mama dalam pantang kat rumah nenek Salela
yang pegang baby kucing tu nenek Salela (panggilan Iman tok nenaknya)
Iman yg nampak pipi macam pau dan Aiman yang senyum tak da gigi tu
sweet memoriesnya..
Anak kucing tu ditinggalkan oleh ibu kucing kat luar rumah nenek..
setiap hari baby kucing mengiau kelaparan dan kesejukan
1 hari tu, nenek bawa masuk baby kucing, bersihkan dan letak ke dalam kotak
lepas tu nenek bagi baby kucing susu baby dahiyah yang dah tak abis minum guna picagari...
apa lagi.. anak2 mama, iman dan aiman 'jakun' habis tengok baby kucing
2-3 hari lepas tu, baby kucing masih dalam kotak tanpa ibu..
yang sweetnya, iman (umur baru 3 thn 10 bln) masa tu tanya macam nie:
"mama, boleh tak iman tulis surat pada mama kucing biar mama kucing amik baby kucing"!!! 
(dialog ni mama x edit pun)
ni surat iman utk mama kucing...
yang sweetnya....walaupun tulisan budak umur 3 tahun++ tapi ada daya inisiatif untuk mengatasi masalah pembuangan baby.. walapun baby kucing
sweet betul memori ni sbb iman walaupun baru 3 tahun lebih tapi minda dia jauh lebih dewasa dan matang
berbanding ramai orang dewasa yang x sayang akan baby sanggup membuang dan membunuh baby..
semoga iman menjadi anakku yg sweet dalam semua aspek, insyaallah..
aimaniman nak tag bloggers yang sweet2 nie:
a. cik lily putih
b.rahimah
c.hanana
last sekali aimaniman nak ucap hepi bzday utk EISYA KE - 1 THN pada 30hb april nanti

Tidak amanahkah Aku

AHAD, 10 APRIL 2011


'Pendidik mesti jujur bertugas' 

2011/04/10

TANAH MERAH: Segelintir daripada 40,000 penjawat awam yang terbabit dalam sektor pendidikan di negeri ini dikesan gagal melaksanakan amanah diberikan kepada mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), berkata beliau kesal kerana masih ada yang mengkritik kerajaan, tanpa mengutamakan amanah diberikan.
***************************
Mama aimaniman terpanggil untuk mengulas n3 nieh kerana terasa macam cikgu2 ni menjadi beban pada kerajaan.. sbb dah le ramai tapi tak aamanah plak??? Betul ke x amanah? kalau x amanah kenapa result SPM, PMR dan UPSR meningkat saban tahun... Kami arkitek modal insan negara.. kalau asas kami bina x kukuh maka 'bangunan' negara malaysia pasti akan goyah.. jadi x amanahkah kami? apa dia kriteria yang menjelaskan x amanahnya kami? adakah dengan mengunci mulut dan mengzip minda tu tanda amanah? ish ish ish.. pepatah ada kata bangkai gajah takkan dapat ditutup.. so jangan takut pada bayang2.. rasanya kalau kita nie baik, kita ni ok.. orang x kan komen x kan kritik dan terimalah kritikan sebagai teguran membina.. macam parent kritik anak, kritik tandanya sayang kan anak tanda mahu anak berjaya.. so jangan mudah tuding jari pada guru.. cakap guru ramai x amanah.... sarang tebuan jangan dijolok!!

JOM JOINT "MAMACHIA 1st GIVE AWAY"

aimaniman join contest ni sebab 
1.  aimaniman suka memeriahkan GA bloggers lain dan meniup semangat bloggers agar terus berblog
2.  aimaniman harap dengan join GA// bloggers lain pun join contest kat sini http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html
3.  aimaniman suka join GA mamachia sbb wajah potrait mamachia unik dan special.. redup mata memandang sejuk hati melihat.. terserlah wajah keibuan yang syahdu
4.  aimaniman nak uji tahap keupayaan aimaniman memenuhi syarat setiap GA yg ada.. nak test terrer aaa
ok jom join GA nieh plak
ni bloggers yang aimaniman tag..
a. cik lily putih
b.rahimah
c.hanana

0h s00oooo sweet..! mawarku wada CONTEST

0h s00oooo sweet..! mawarku wada CONTEST
Aimaniman so sweet bagi mama kerana
1.  aimaniman permata hati, jantung payung, intan mama
2.  kalau tak melihat aimaniman sehari pun mama rasa ada yang kurang sbb aimaniman sumber inspirasi mama
3.  aimaniman penyejuk hati & penenang fikiran dan minda mama
4.  keletah aimaniman membuatkan mama rasa hidup mama paling sempurna dalam dunia
5.  wajah aimaniman paling cun yang pernah mama lihat di dunia.. kerana aimaniman merupakan cinta dan anugerah maha bernilai bagi mama..tanda kasih mama yang tiada tandingannya...
6.  aimaniman anugerah Allah yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya bagi mama dan merupakan tanggungjawab serta amanah Allah bagi mama
sebab itulah aimaniman so so so sweet bagi mama 
hari ini, esok dan selama-lamanya..
mama join contest dari blog sicantik manis nieh
lepas tu mama nak tag bloggers yang so so so sweeeet nieh.........
Jom meriahkan contest nie ramai2...

Aimaniman join contest nieh

Contest Gambar Saya Cantik




Gambar aimaniman sebelum diedit
Gambar aimaniman selepas diedit dengan photoscape

Contest Gambar Saya Cantik
aimaniman nak join contest ni untuk memeriahkan contest ni dan menyokong xtvt bloggers
harap2 apabila aimaniman join contest nieh lebih ramai lagi yang menyokong xtvt sihat macam nieh dan supaya bloggers baru macam aimaniman x patah semangat utk terus berblog.. sebab dengan berblog macam2 nukilan terhasil sekaligus menjadikan bloggers bertambah peka terhadap persekitarannya
ok
Gambar nieh aimaniman snap masa main kat muara tjg Harapan kat Port Klang..
meriah tau kat sana terutama masa weekend..seronok bermain kat sana sambil menghirup udara segar
Gambar ni aimaniman pilih bukan sebab aimaniman perasan cantik tapi aimaniman suka dengan aksi dalam gambar tu.. time tu iman.,.kakak aiman tak guna peniup nak tiup buih sabun tapi guna angin muara tu
itulah budak2 sekarang.. ada alternatif untuk membuat sesuatu..
so semua orang perlu one step ke hadapan utk berdepan generasi muda macam kami...
tu yang cantiknya kami nieh..
aimaniman tag bloggers nieh
ok .. rasanya dah siap sumer syarat dah dipenuhi nieh.. jom join contest nieh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012