Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Erata Interlok... Simpati pada Datuk Abdullah Hussain

Cikgu Iza | June 22, 2011 | 1 Komen |
Alhamdulillah.. Sabtu lepas 18 Jun, berakhirlah kemelut novel Interlok... kami pun menyelesaikan Ladap ke-4 yang bertajuk Erata Interlok...  ni aaa rupa parasnya novel interlok yang menimbulkan isu sehingga p&p novel ni tertangguh selama +- hampir 7 bulan. Tapi tak kisah la sebab akhirnya kemelut tu dah berakhir dan alhamdulillah murid tingkatan 5 zon yang terlibat akan boleh mengkaji novel nieh.. cuma harap dapat simpati daripada pihak LPM agar soalan novel spm kertas 2 2011 ni x da soalan perbandingan... please.... faham2 la... student bukan sumernya yang terang hati, ada yang baca pun tergagap2 lagi, so tolak cuti, tolak sukan, tolak larian 1 murid 1 sukan, tolak cuti raya, tolak cuti deepavali, tolak itu ini... brapa banyak lagi masa untuk budak2 spm ni nak kaji novel nieh..
Kali ni tajuk n3 ni ialah erata Interlok simpati pada... penulis.. napa? kalu pada sesiapa dah membaca novel ni pasti kesian dan simpati pada penulis kerana hasil titik peluhnya selama ini dihargai dengan menjadikan karyanya sebagai teks wajib pelajar SPM, so makin ramai la yang membaca hasil karyanya, namun baru nak kembang hidung sikit, bala melanda.. apa taknya.. u all faham tak apa maksud erata? maknanya pembetulan... apa yang nak dibetulkan pada interlok tu? kalau dibelek di tapis ditengok x da pun kesalahan ejaan.. tapi napa plak ada erata? sebenarnya bukan erata, patutnya pengubahsuaian perkataan tertentu..
yang aku ingat aaa
1.  orang kulit hitam      golongan itu
2.  paria                       golongan itu
3.  tuhan                      dewa
blah blah blah.......
malah seakan2 berlaku pencabulan terhadap 'kesucian' Interlok ...
tapi x pa lah, jangan nak diribu2kan... apa la ada sangat pada perkataan... sepatutnya kita bangga dengan kepelbagaian kosa kata bahasa Melayu yang kita miliki, ...
Diharapkan selepas ini tidak ada lagi kecelaruan dalam isu Interlok dan tampalan yang dibuat tu diharap jangan dibuka yee wahai murid2 ku, jangan gatal2 tangan nak tengok perkataan di sebaliknya,.. berterima kasihlah kat kaim yang dah menampal dan menyelesaikan ERATA INTERLOK ni... 

1 comment:

  1. masaisu interlok ni hangat...
    kat kampus say apun hangat membicarakan isu ni..
    kampus bahasa melayu lah katakan....


    apakan daya.. dulu dan kini berbeza.. sukar dijangka... saya dah baca juga novel ini.. barangkali kita ni melayu, jadi kita tidak rasa apa2 yg lain...

    pengubahsuaian telah habis byk duit...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com