Tabung Asyraf Haziq & Nurul Dahyatul

September 27, 2011


Kisah adik Asyraf Haziq penuntut Malaysia di London

vs


Kisah adik Nurul Dahyatul

      Kisah kedua2 orang adik ni menjadi berita utama dalam akhbar harian dan kaca televsiyen Malaysia sebaik2 sahaja peristiwa berlaku.  Perbezaannya, kisah pertama berlaku di Kota London, jauh dari Malaysia dan  jauh daripada ibu bapa terhadap seorang penuntut Malaysia yang tidak berdosa tetapi malang berada di tempat kejadian dan turut menjadi mangsa.  Alhamdulillah, ibu bapa adik berkenaan telah 'diterbangkan' ke London untuk melawat anak kesayangan.  Sebagai ibu bapa, tentulah risau akan keselamatan anak lebih2 lagi di perantauan.  Justeru, keikhlasan pihak tertentu yang 'menerbangkan' ibu bapa mangsa amat dihargai.  Diharapkan kedatangan ibu bapa ini menyuntik semangat Haziq untuk terus belajar.
        Kisah kedua, berlaku di Malaysia, berlaku di tengah2 ahli keluarga yang sepatutnya melindunginya tetapi telah bertindak di luar batasan kemanusiaan sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingin seperti itu.  Lama mangsa berada di hospital dan akhirnya beliau 'sembuh' tetapi wajahnya tidak sesempurna dahulu.  Kisah ni mama pernah lihat di NLKO tv 9, adik ni menjadi tetamu jemputan.  Kisah ni turut dibincangkan dan dikemukakan oleh pengacara NLKO kepada seorang pakar kecantikan dan dr kulit tersohor yang menjadi tetamu dalam segmen NLKO.  Menurut doktor tuw, beliau 'sanggup' dan mampu membantu.. tapi apa kesudahannya? Mama rasa, kalau setakat membuat pembedahan kosmetik, tak tercabar kepakaran ramai doktor prihatin di Malaysia ni, malah banyak lagi kes yang membabitkan nyawa yang telah berjaya dirawat, apatah lagi kes pembedahan kosmetik... Justeru, rakyat Malaysia ayuh berganding bahu membantu adik yang memerlukan ini.
       Kedua2 kisah ni agak sama senarionya, kedua2 adik tuw merupakan mangsa keadaan, cuma seorang nun jauh di perantauan dan seorang di tengah2 ahli keluarga sendiri. Jadi kepada rakyat Malaysia dan juga insan yang prihatin, harap2 dapat membantu mereka berdua.. jangan membantu hanya kerana untuk mendapat nama.  Insyaallah bantuan kita akan 'dicatat nama' oleh-Nya.  

“Sebab itu, kami berusaha membantunya dengan mewar-warkan mengenai kewujudan Tabung Derma Kilat buat Muhammad Asyraf Haziq yang dilancarkan Kelab Umno London, kelmarin untuk semua warga Malaysia tahu.  “Kami juga menggunakan medium ‘online’ seperti laman sosial dan sebagainya untuk menyebar maklumat mengenai perkembangan dia, malah kita paparkan juga video serangan dihadapinya yang diambil daripada youtube,” katanya yang ditemui pada sidang media oleh Ketua Penerangan Umno,
Datuk Ahmad Maslan di sini semalam  ---- Harian Metro

vs


TABUNG BANTUAN PULIH WAJAH NURUL DAHYATUL FAZLINDA – YPU

AKAUN : 13053010003071 (Bank Islam)

TEL : 09 – 6242424 / 013 – 9216897 (En. Hairulnizam)  --- GaleriPenerbitTv


You Might Also Like

0 Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels