Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Cabaran RM1000 Malaysia #Merdeka 54

Cikgu Iza | October 21, 2011 | 0 Komen |

Iman Athirah, Syahmi dan Dahiyah 
nak ucap Happy Birthday to Malaysia

Sebagai anak yang lahir selepas merdeka, mama Iman Cun berasa cabaran merdeka anak pascamerdeka dengan anak pramerdeka pasti berbeza.  Hari ini, mama baru sahaja menceritakan kisah Mellisa cerpen dalam Antologi Harga Remaja, teks wajib KOMSAS Tingkatan 4 kepada murid-murid tingkatan 4 Dahlia.  Mama menceritakan kisah Mellisa yang terpukul akibat kehilangan rakan karibnya kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.  Walaupun berjumpa dengan Syahid, wajah seiras Hisyam korban 13 Mei tersebut, namun hati Mellisa sukar menerima 'orang baru' dalam hidupnya.  Lantaran itu, gadis intelek yang cantik ini mengambil keputusan untuk menjadi askar demi memadamkan kisah 13 Mei daripada kamus sejarah 3 kaum terbesar di Malaysia.  Bagi Mellisa, walaupun dia berbangsa Cina, Hisyam, rakannya berbangsa Melayu, namun perbezaan bangsa tidak membataskan niatnya untuk membina kisah baru antara kaum di Malaysia, baginya kisah 13 Mei perlu dinyahkan daripada kamus bangsa Malaysia.  Sesungguhnya kisah Mellisa merupakan antara cabaran maha hebat yang dilalui oleh bangsa Malaysia yang baru mula 'bertatih' untuk menjadi bangsa merdeka pada waktu itu.
Kini, sudah 54 tahun Malaysia bergelar negara merdeka.  Jika diibaratkan sebagai manusia, sudah setengah abad usianya, bermakna manusia itu sudah matang dalam melalui liku-liku kehidupannya.  Namun, negara Malaysia merdeka yang telah berusia 54 tahun ini masih banyak perkara yang perlu difikirkan agar bangsa Malaysia tidak mungkin alpa dan dibuai mimpi indah bahawa kemerdekaan adalah hak mutlak bangsa Malaysia.  Walaupun kini kita tidak lagi dijajah secara fizikal, namun penjajahan secara mental dan emosi semakin berleluasa.  Sebagai seorang yang rapat dengan dunia remaja, bakal pewaris negara satu hari nanti, mama sudah lama terhidu simptom-simptom penjajahan mental dan emosi itu.  Apa tidaknya, remaja kini lebih selesa makan di restoran-restoran barat seperti KFC, McD, PizzaHut dan lain-lain.  Jika perut sudah diisi dengan makanan ala barat, bagaimana mungkin otak mereka tidak ternoda sama?  Pakaian pula, tanpa segan silu mereka berbangga dengan pakaian ala barat, berfesyen ala barat, bertingkah laku ala barat dan segala-galanya condong ke arah barat.  Kesemuanya atas tiket 'Barat itu maju'.
Natijahnya, cabaran untuk mengisi erti kemerdekaan walaupun tidak seperit pejuang bangsa terdahulu, namun  amat sukar untuk diterjemahkan.  Justeru,  semua pihak perlu berganding bahu mengisi erti kemerdekaan mengikut acuan Malaysia agar kemilau intan kemerdekaan tidak kan hilang.  Semoga kita mampu untuk menyambut kemerdekaan negara yang seterusnya pada tahun-tahun mendatang sebagai bangsa merdeka yang megah dan berwibawa.  Merdeka! Merdeka!

Jom layan gambar-gambar ni sekejap

Tanpa mereka, Malaysia pasti bukan Malaysia yang ada kini
Pastinya tanpa mereka kita tidak mampu melaungkan ucapan keramat Merdeka! ke-54
Tanpa kemerdekaan tidak mungkin agama Islam menjadi panji-panji megah di Malaysia
Jom anak merdeka kita 'merdeka' bersama....
Esok kita sambut Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKBBSS 2011

ditaja oleh:
“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan olehBlog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.

No comments:

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com