Pages

@aimaniman |

Segmen Nasz : Perang Blogger

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER
url tuan segmen

AMARAN : SETIAP BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI 
DIWAJIBKAN MENERJAH SEMUA BLOG YANG JOIN SEGMEN INI JUGA. SO, SEBELUM NAK JOIN, KORANG FIKIRKAN DULU SAMA ADA KORANG BOLEH ATAU TAK TUNAIKAN KEWAJIBAN INI.

Haa sebelum nak join segmen pastikan kita sanggup akur ngan syarat tuan segmen.  Haa syaratnya kat atas tu, jom layan dulu baru buat entri takut tak terlayan syarat tu.  Kemudian buatlah kata2 alu-aluan pada 'lawan' kita ala2 nak pergi medan perang tapi bagi tau dulu...

" bakal seteru mama.. kalau rasa2 blog ni tak ok.. kutuklah macam mana pun sebab mama memang sayang yang teramat sayang nak buang mana2 widget yang melimpah ruah kat dalam blog ni coz semuanya hasil penat lelah mama 'tiru' bukan copy n paste jee.. hasil mama faham dan ikut tutorial.. so mama simpan jadi kenang2an... tapi bab entri mama memang nak komen semua sebab laa nie kurang idea.. lagi2 entri lawak x rupa lawak dari android tu.. "

ok.. jom perang???

Baby Mama Lebam di HTAR

Siang tadi masa mama baca HM, terdetik hati mama teringat kisah hampir setahun lalu, di tempat yang sama iaitu di HTAR, Klang kisah yang hampir sama berlaku.  Mama tahu betapa risaunya hati parents baby tu, macam apa yg mama alami hampir setahun lalu.  Cuba lihat gambar ni sebagai rujukan




haa cuba tengok tang pipi sebelah kanan baby

Haa namoak tak lebam kat pipi baby ni

Alkisahnya, hampir setahun yang lalu iaitu pada 19.10.10 alhamdulillah mama selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.1 kg di HTAR secara cesearrean.  Kata doktor sebab ni pembedahan ketiga so pembedahan agak lama kerana doktor perlu menjahit lebih baik supaya luka lama tak terbuka.  Buatlah apa2 je doktor asalkan mama  dan baby selamat.  Mama diberi bius separa, so mama rasa macam mana perut mama diseluk, digodek, dipulas, macam2 rasa, macam seolah2 sukar sangat nak keluarkan baby.  Dalam hati mama, kalau x muat nak seluk tangan tu, besarkan je lee hirisan, jangan buat mama rasa ngilu semacam je.  Selepas puas merasa ngilu, akhirnya baby mama berjaya dikeluarkan.  Mula2 baby diberikan pada mama, tetapi tiba2 baby diambil semula oleh nurse.  Mama tanya, nurse kata ada masalah pernafasan...
ni la gambar iman dahiyah.. alhamdulillah x da lebam n x da apa2 kesan dalaman

Iman Dahiyah makin sihat dan cergas

Esoknya ketika di wad mama tanya kar doc, doc kata ada masalah pernafasan gak.  Mama tanya, serius ke, ada yg x kena ke.. dr kata ok je ada problem sikit je.  Hari kedua pun dialog hampir sama, hari ketiga pun hampir sama.  Mama heran, mama2 lain di'jemput' oleh nurse untuk p menyusukan baby di wad baby tapi mama cuma diminta memerah je susu.  Mama confius betul..Hari ke-4 baru mama kuat untuk pergi, itupun nurse kata x da nurse yang boleh temankan.  So mama tunggu abah.. abah datang, mama pergi wad baby dan apa yang mama lihat? Muka anak mama lebam, ada sampul x-ray dan scan kepala di bawah katil baby!!!!!!!! Mama marah amat sangat, kenapa doktor kata anak mama x da apa2, knapa doc kata anak mama ada masalah pernafasan? Kenapa nak sembunyi? Mama x kisah dengan layanan, mama x kisah mama dapat wad kelas 3, mama x mintak pun wad kelas 1 yang mama memang layak pun, tapi yang mama geram kenapa ada pembohongan??  Tapi atas dasar keperimanusiaan, atas nasihat adik mama yg juga doktor, mama x ambil apa2 tindakan asal sahaja baby mama selamat.  Alhamdulillah, baby Dahiyah sihat walafiat..

Kepada pasangan Ibrahim Umran & Siti Aishah Abdullah, jangan panik
Akak tau betapa sukar nak melalui saat ini, tapi insyaallah doktor akan buat yang terbaik
Tindakan buat laporan polis langkah yang baik supaya kecuaian sebegini tak berlaku lagi di HTAR

Nafsu Lelaki Lembam

SIASAT...pasangan OKU yang ditahan penguat kuasa Jaik, semalam.

Terkejut juga mama baca artikel Hm hari ni.. mama nak konsi sama la yang kita ni sebagai ibu dab bapa normal kena peka dengan naluri anak2 kita.. Niat ibu bapa antar anak OKU belajar kemahiran memang bagus dah tapi dalam kepekaan ibu bapa terhadap keperluan berdikari anak.. mereka lupa akan keperluan batin sianak.  Menerut berita tu, pasangan yang dicekup dalam bilik di atas bengkel di BR Alor Setar ini bercadang nak bernikah di Thailand.  Haa korang tengok tu, lelaki lembam pun ada idea nak bernikah kat sana.. so apa hal nak pelik ngan lelaki normal kan? ... Kenapa ramai sangat lelaki Malaysia nak bernikah kat sempadan ni? 1 sebab kerana tentangan keluarga, macam lelaki lembam ni yang keluarganya x yakin dia boleh berdikari menguruskan kehidupan so.. x payah kawen.. apa lagi, nafsu membuak2 so dia bawak lari makwe dia nak nikah kat Thailand...!  Sebab lain, bab mas kawen dan hantaran mahal yg dah jadi trend sekarang ni kat Malaysia... haa cerita kawan mama ni semalam dia tolong pinang untuk anak sedara dia.. permintaan ibu pengantin.. hantaran 10 000 serba satu, rantai tanpa kancing... haa? apa dia rantai tanpa kancing ni.. lu pikir la sendiri..

Mak Bapak tolonglah fahami "Anakmu nak kawen!!"


First Tak Sah.. Pengantin cuak ke Gembira?

cuak ke gembira?

baca betul2 baru sain...

Mama tengok siisteri dah hupdate blog, so lampu hijau la bagi mama untuk sambung cerita pasal kawen ni.  Tahniah mama ucapkan cuma mama nak pastikan tu muka cuak ke muka gembira?  Begini kisahnya....

Pak Imam      :  bla bla bla
Pengantin       :  aku terima nikah x binti y dengan mas kawennya 600 ringgit tunai
Pak Imam      :  sah?
Tak sah... haaa.... cuaknya.. selama ni aku debaters, aku biasa bercakap depan orang ramai tak kan la depan pak imam sorang ni pun aku kantoi..
Pak Imam       :  bla bla bla
Pengantin        :  aku terima nikahnya x binti y dengan mas kawennya 600 ringgit tunai
Sah?
Sah.... fuih... napa yang pertama lafaz tak sah? sapa tau.. kalau nak kata 1 nafas memanglah pengantin lafazkan dalam satu nafas,.. nama x binti y pun betul.. nilai mas kawen pun betul... wali ngan saksi pun no hal.. betul semua.. abis apa yg menyebabkan lafaz pertama x sah tu? cuba teka? 

alhamdulillah.. adik2 mama dah kawen
sorang lagi raya aji ni atau sblom cuti sekolah ni...

Lelaki mad tengok perempuan MAD

carian google

Mama ajak perempuan2 semua agar MAD .. jangan salah kan mama taw.. Tajut2 nanti para suami, para bapa balik2 je tengok semua isteri dan anak2 perempuan dah mad... tak ke haru.... Tapi mama memang saran dan kalau boleh wajibkan semua perempuan termasuk mama agar MAD... haaa apa ke bendanya tu? Mad gila ke? Sorry peremuan tak akan semudah itu untuk menjadi gila, ok.. perempuan Malaysia ramai yang dah kuat... MAD ni ialah singkatan untuk Make A Differenece, iaitu kempen You Can Make A Difference Now! anjuran WAO.  WAO lancarkan kempen ni kerana tahun lepas je ada 88 kes keganasan rumah tangga dan 20 kes hamil luar nikah.. sapa yang kena dera tu, sama yang hamil tanpa bapak tu.. tentu perempuan kan? Kata WAO lagi.. 70% perempuan yang minta perlindungan daripada suami..teman lelaki, ahli keluarga dan majikan.. yang kesemuanya lelaki yang sepatutnya menjadi 'pelindung' bagi mereka.. Korang tak malu ke wahai lelaki.. kat surat khabar kisah abang buat kat adik, bapa buat kat anak, datuk buat kat cucu... dah jadik perkara biasa dah.. nanti2 anak tu nak dibin atau dibintikan kat sapa pun x tau kan... apa lagi perempuan.. jom kita MAD ramai-ramai... biar lelaki 'mad' tengok kita dah MAD....

carian google

Jom MAD terhadap lelaki yang liar... 
tanam tebu di pinggir bibir je


Saya Blogger Gila

url kalau nak join segmen ni

Klik sana klik blog sini semua ada tepek banner saya blogger gila ni.. so mama pun amek pot juga lae.. x mau ketinggalan nak ikut join segmen blogger terkenal yg follower nye ribu-riban.  Nak join x susah.. so apa lagi, jom la join nak?
Mama blogger gila?
Gila tak gila memang gila la jugak...
Kalau anak2 ditinggal kat taska sampai pukul 6.30 petang baru amek
Mama pulak sibuk ber bw sepanjang petang sejak dari balik sekolah.. update blog ke apa ke
update sawang kat rumah, update lauk, update kerja lipat baju semua tolak tepi... yang utama blog?
Kalau tak gila.. tu namanya WAJIB hantar ke depan laptop & galaxy s plus
Biar mama muntah kedarah nak tengok blog mama
Mama GILA berblog aarr....

Jom join segmen ni nak tengok tahap keseriusan gila anda...

Allah hak Melayu sahaja?

ihsan Google

Mama rasa.. tangan kanan setiap makhluk Allah yang sempurna .. akan mempamerkan kalimah Allah seperti dalam gambar. Lainlah kalau tangan kanan korang hilang sebab main mercun ke apa ke... Cuba chek tangan kanan masing2.. ada something wrong la kalau x sama, x kiralah anda ni Cina ke India ke apa ke..kan? Satu lagi... timbul isu sebutan salam, sebutan nama Allah dan banyak lagi yang seolah2 jadi hak milik mutlak umat Islam. Ya, ke? Mama timbulkan ni sebab dalam kelas budak2 Melayu sering kata 'isshh, Naava.. jangan sebut.. tu Allah".. 'Renukha.. jangan kata assalamualaikum..".. dan banyak lagi sedangkan budak2 India tu tengah baca petikan dalam buku KOMSAS.  Sesiapa yang mengajar KOMSAS tentu ajar anak-anak murid tentang unsur bahasa.. salah satunya kata pinjaman bahasa Arab.. so Allah, assalamualaikum, insyaallah.. tu semua adalah unsur bahasa.  Jadi kalaulah ada unsur tu dalam petikan soalan SPM kertas 2 soalan 2b,c,atau d.. budak2 bukan Muslim tak boleh tulis ke.. secara logiknya, sebelum tulis kan mereka akan sebut?... isshhh tak faham la mama... kecelaruan antara hak dan ilmu memang serius laa masa nie.. tolong jawab..

Doakan anak didik mama dapat 'A' SPM 14 November 2011

brad pitt tt gambar iman?

Omg...brad pitt pun ada minat pada iman kaa...? alhamdulilah kalau beriman..tapi kalau 'nak'iman kena ada 'iman'dulu ye brad.. Iman mama tu spesial habis...jom layan lawak sabtu nie...tensyen tanda ketas la mama...
Published with Blogger-droid v1.7.4

imanku tercabar kesedihanku tercalar

Mama sibuk menanda.. Tetiba timbul idea.. Kan galaxy s plus ni ada macam2 .. apa lagi, mama pun tekan dan taraaa jadi macam pict ni.. Nauzubillah mama cuma nak nakutkan iman bukan nak benda ni bwrlaku... Sori iman, banyak sangat kertas mama nak tanda niiu... Mama terpaksa..betulke cara mama mengajar anak nie..
Published with Blogger-droid v1.7.4

cinta muka buku kucing

cinta muka buku yang special .. kucing pun baca muka buku apatah lagi manusia.. tak terasa ke pada yg sengaja malas membaca..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kempunan Ke Syurga Malaysia

credit Google

Mungkin akibat belum arif dengan papan tanda ke syurga Malaysia, 3 orang warga asing yang baru tiba di sini dari KLIA maut dalam kemalangan di lebuhraya NKVE.  Dua orang lagi mangsa, sorang tempatan dan seorang lagi warga Nepal itu dihantar ke HTAR untuk rawatan.  Mesej :  berhati2 di jalan raya dan awasi serta patuhi setiap papan tanda menuju ke syurga Malaysia....

REMUK...van yang terbabit kemalangan, semalam.
van yang terlibat dalam tragedi
credt HM

takziah kepada warga Nepal yang terbabit dalam kemalangan tu..

Layu Nafsu Tergadai Poket Dek Bibik

Seksa batin disekat amah

Pada sesiap yang sudah membaca Harian Metro hari ini tentu dah terbaca kisah sengsara sang suami akibat perbuatan bekas bibiknya tujuh tahun yang lalu.  Bibik yang diambil bekerja semata2 untuk membantu isteri dalam pantang telah memperlakukannya sedemikan rupa sehinggakan dia 'tak heran' langsung pada isterinya, namun pada perempuan lain 'heran' pulak!! Tu yang buatkan sisuami pening kepala, setelah puas berubat secara modern dan tradisional akhirnya sang suami teringat kisah bibiknya 7 tahun yang lalu.. haaa konpem engkau la bibik jeles kat suami dan isteri bahagia ni.  Kisah benar pasangan ini adalah antar 1001 macam kisah bahana bibik dalam masyarakat kita.  Baru2 ni mama pun terkena jugak, tapi bukanlah bab layu nafsu nafsi ni tapi poket mama pulak tergadai.  Mama rasa bibik ni dah ada sindiket menipu majikan Malaysia, apa taknya tanpa segan-silu tanpa rasa takut boleh 'melarikan diri' siang2 ahad, lepas tu beli ice blended lagi, tanya lagi nak pergi Klang macam mana... peliknya macam mana bibik ni dapat duit? selongkar punya selongkar.. duit mama x hilang pun,.. bila call agen.. sedara agen kata agen dah ditabrak lori!!! haaa.. abis duit mama? dah ditabrak lori, makanya duit puan pun dibawa masuk kuburlah... hampeh ekau bibik dan agen penipu... Tak apa.. duit 3 ribu tu diharap jadi 'pendinding' untuk agen dan bibik penipu tu cium bau syurga.. amin.. kat dunia mama x dapat moga kat akhirat mama dapat berlipat2 kali ganda laa...


corby dikepit dan dikendong imani

tak kira siang atau malam dalam kereta ke..corby la dikepitnya..oh anakku sayang...entri pendek je sbb nak mula tanda pat..
Published with Blogger-droid v1.7.4

ikan fresh besar selipar jepun

wow besarnya ikan kalau nak banding ngan selipar buruk mama. nampaknya abah makin tera mancing..ikan ala-ala selipar gajah macam kacang je pada dia..yg harunya macam mana nak siang ikan ni..sapa boleh tolong?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Baby beli nescafe milo kipas udang

Cuba tengok gambar..baby 12 bulan berjaya membeli nescafe, milo dan kicap kipas udang sambil isap susu..inilah baby millenium malaysia....
Published with Blogger-droid v1.7.4

pisang siap tanda paper

pisang bukan saja berkhasiat malah siap menanda paper? haa tu la rahsianya, bagi yang tak mrnyambut deepavali tapi menyambut kertas periksa yang melambak2 tu, p cari pisang kalau mengantuk, daripada makan gula2 baik makan pidang...siap menanda oooii
Published with Blogger-droid v1.7.4

jom makan alya sarah

mama pergi shah alam..makan2 dan pergi alya sarah..borong lagi 4 helai..borong apa? haa..pi la alya sarah..cantik2dan harga? pasti lebih murah banding ariani..jom la..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gadafi pejuang atau petualang libya

rakyat dapat imbuhan hasil minyak..rakyat malaysia dapat ke¿ gadafi bersumpah takkan mempunyai rumah selagi setiap rakyat tiada rumah ..kat malaysia bagaimana yek¿ bank libya tidak kenakan faedah..bnk malaysia makin tinggi faedah..rakyat bertani diberi tanah,haiwan dan benih percuma..rakyat nak kawen diberi 6000 sbg insentif..kadar celik huruf 90%.. baca seterusnya sumbangan gadafi kat um isnin.ms 14...lepas gadafi siapa ye..yang jadi pemimpin tu panas punggung la kan...fuih
Published with Blogger-droid v1.7.4

pra nikah blogger dapat kain cotton

pukul 630 pagi dah bangun untuk memulakan rutin harian sbg hamba allah. Namun yg lebih utama hari ini bermulalah lembaran baru dalam kehidupan sorang blogger ni..iaitu moment pernikahannya..apa yg berlaku, brapa kali lafaz, siapa blogger yang bernikah: tunggu..nantikan jawapannya bila mama hupdate blog mingkin malam atau mungkin esok..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Haa.. janji ditepati.. mama nak cerita la kisah majlis pernikahan siang tadi. Majlis meriah walaupun hanya saudara terdekat je yang dijemput kerana majlis utama pada disember nanti, ni majlis yang wajib je.  Mama rasa, Disember nanti tentu ramai blogger yg dijemput kerana, yang bernikah ni blogernya terkenal juga, kalau setakat Jejai, Eriyqaz, banyak lagi la mama lupa la, memang kawan2 dia je.. namun, sebab janji tetap janji so mama hanya mampu tunjukkan gambar2 ni je

alamak ni gambar iman.. merengek kelaparan time pengantin nak nikah

ni plak syami,.. 


ni la pengantin ngan emak mertua pengantin.. sori tak dapat tunjuk gambar muka
nanti pengantin sendiri yang hupdate blog dia...

lepas p kenduri nikah kat senawang mama p nilai.. kedai kain cotton jelita
amek ekau.. mama borong 4 pasang kain untuk baju kurung dan 2 helai untuk blous..
harganya... emmm RM505.20.. +- RM94.80 lagi dah sama ngan mas kawen kat NS kannnnn....

girl cantik & ensem boy dalam bilik mama

apa pendapat anda..cantik tak girl ni dan ensem tak boy ni?.. jawab dalam hati ye
Published with Blogger-droid v1.7.4

ooooooh tak payah picit dah 'baik'

gila android nieh..dah sebulan beli tapi baru hr ni tau nak masukkan gambar dalam entri dan post guna hp nie...malunyeee..tp lebih baik taw drpd x taw kan..biarlah lambat pun..lepas ni mama hupdate blog time baby2 tido lae...wow..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Adik Kawin Kakak pun terasa nak juga..

pengantin adik-beradik??

Esok adik akan kawin.. wow terasa nak jugalah.. Memanglah naluri setiap insan kalau mendengar orang lain terutama adiknya sendiri akan melangsungkan perkahwinan, rasa nak memberikan hadiah tu memang ada.  Cuma hadiah apa, yang masih bersarang di kepala mama.  Nak belikan alat elektrik, macam iron ke, rice cooker ke, blender ke.. atau pinggan mangkuk..atau apa entah belum tau lagi.  Tapi kalau mama jadi pengantinnya, mama tak harapkan apa2, cuma doa semoga perkahwinan diberkati dan diredhai-Nya,Amin.

Picture pengantin esok hupdate sbb majlisnya esok


Cabaran RM1000 Malaysia #Merdeka 54


Iman Athirah, Syahmi dan Dahiyah 
nak ucap Happy Birthday to Malaysia

Sebagai anak yang lahir selepas merdeka, mama Iman Cun berasa cabaran merdeka anak pascamerdeka dengan anak pramerdeka pasti berbeza.  Hari ini, mama baru sahaja menceritakan kisah Mellisa cerpen dalam Antologi Harga Remaja, teks wajib KOMSAS Tingkatan 4 kepada murid-murid tingkatan 4 Dahlia.  Mama menceritakan kisah Mellisa yang terpukul akibat kehilangan rakan karibnya kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.  Walaupun berjumpa dengan Syahid, wajah seiras Hisyam korban 13 Mei tersebut, namun hati Mellisa sukar menerima 'orang baru' dalam hidupnya.  Lantaran itu, gadis intelek yang cantik ini mengambil keputusan untuk menjadi askar demi memadamkan kisah 13 Mei daripada kamus sejarah 3 kaum terbesar di Malaysia.  Bagi Mellisa, walaupun dia berbangsa Cina, Hisyam, rakannya berbangsa Melayu, namun perbezaan bangsa tidak membataskan niatnya untuk membina kisah baru antara kaum di Malaysia, baginya kisah 13 Mei perlu dinyahkan daripada kamus bangsa Malaysia.  Sesungguhnya kisah Mellisa merupakan antara cabaran maha hebat yang dilalui oleh bangsa Malaysia yang baru mula 'bertatih' untuk menjadi bangsa merdeka pada waktu itu.
Kini, sudah 54 tahun Malaysia bergelar negara merdeka.  Jika diibaratkan sebagai manusia, sudah setengah abad usianya, bermakna manusia itu sudah matang dalam melalui liku-liku kehidupannya.  Namun, negara Malaysia merdeka yang telah berusia 54 tahun ini masih banyak perkara yang perlu difikirkan agar bangsa Malaysia tidak mungkin alpa dan dibuai mimpi indah bahawa kemerdekaan adalah hak mutlak bangsa Malaysia.  Walaupun kini kita tidak lagi dijajah secara fizikal, namun penjajahan secara mental dan emosi semakin berleluasa.  Sebagai seorang yang rapat dengan dunia remaja, bakal pewaris negara satu hari nanti, mama sudah lama terhidu simptom-simptom penjajahan mental dan emosi itu.  Apa tidaknya, remaja kini lebih selesa makan di restoran-restoran barat seperti KFC, McD, PizzaHut dan lain-lain.  Jika perut sudah diisi dengan makanan ala barat, bagaimana mungkin otak mereka tidak ternoda sama?  Pakaian pula, tanpa segan silu mereka berbangga dengan pakaian ala barat, berfesyen ala barat, bertingkah laku ala barat dan segala-galanya condong ke arah barat.  Kesemuanya atas tiket 'Barat itu maju'.
Natijahnya, cabaran untuk mengisi erti kemerdekaan walaupun tidak seperit pejuang bangsa terdahulu, namun  amat sukar untuk diterjemahkan.  Justeru,  semua pihak perlu berganding bahu mengisi erti kemerdekaan mengikut acuan Malaysia agar kemilau intan kemerdekaan tidak kan hilang.  Semoga kita mampu untuk menyambut kemerdekaan negara yang seterusnya pada tahun-tahun mendatang sebagai bangsa merdeka yang megah dan berwibawa.  Merdeka! Merdeka!

Jom layan gambar-gambar ni sekejap

Tanpa mereka, Malaysia pasti bukan Malaysia yang ada kini
Pastinya tanpa mereka kita tidak mampu melaungkan ucapan keramat Merdeka! ke-54
Tanpa kemerdekaan tidak mungkin agama Islam menjadi panji-panji megah di Malaysia
Jom anak merdeka kita 'merdeka' bersama....
Esok kita sambut Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKBBSS 2011

ditaja oleh:
“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan olehBlog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.

Beraya kat Restoran Terapung

Hari ni mama Iman Cun nak ubah angin sikit, nak pergi open house sekejap.. kat mana? kat Restoran Terapung.. Kalau x taw, u oll pergi tasik SA, u oll jalan la kaki sikit, kat tengah2 tasik SA tu ada bangunan tersergam, haa tu la Restoran Tasik aka Restoran Terapung ni terletak.  Mula2 masuk je, mama dengan tanpa segan silunya tanya, ni semua meja dah ada orang booking ke?  Tunjuk sangat yang mama x pernah makan kat restoran eksklusif, almaklum biasanya p gerai2 aka tepi jalan je.. so bila nampak meja siap beralas, siap ada mangkuk sup tersusun atas meja, so mama tanya le.  Ala2 ramah la tu.  
punya la terapungnya, sampai x da orang yang ringan nak terapung kat restoran nie

Selepas duduk, kami pun di'hidangkan' ngan kacang goreng masin pedas2 sikit sbb ada lada kering kat dalamnya.  Apa lagi mama n de geng pun makan pulun macam makan kat rumah nenek Salela.  Lepas tuw, datangla pelayannya tanya makanan apa yg kami nak order.  Mama pun order nasi goreng Thai yg pedas ngan nasi goreng cina yang x pedas.  Air? Dengan muka slamba dek mama kata, kain air ni ada? Ropa2nya tu air teh cina, apa kebenda tawar abis.  Mama pun order la capuccino panas n sirap bandung leci.  Pas tu mama carik2 sup, mama ingat nak yg lain macam sikit.. order aar sup isi ketam ala thai nie.

Mata Aiman bulat tunggu makanan sampai

Tuw arr  kacang pasing plus pedas yang sedap tuw

Dahiyah yang sentiasa nak ambik kamera mama
Gigi baru 2 dah ada hati nak gigit kamera,.. tunggu gigi cukup dulu yer

Lepas makan dengan lahapnya dua2 nasi tu oleh mama ngan abah, lepas dah berebut makan sumer kacang masin dan dah hirup sup isi ketam ala thai yang hanyir tu, kami pun dihidangkan ngan pencuci mulut, buah temikai... apa lagi, aiman pun cocok dan cocok.. satu demi satu pelepap atas lantai.. pelayan restoran tu pun ala2 buat dek, tp sebenarnya tengah hot tuw.. apa taknya lepas ni kene le mop kan?

Lepas tu mama pun p bayar, sebab abah jaga baby Dayah.. kita orang makan sikit je sbb masa bukak menu tadi tengok rega macam nak terbeliak bijik mata.. dalam RM40 plus2 la... tup2 kene RM 50++!! haa.. untuk 2 pinggan nasi goreng ngan air jopi ngan bandung leci ngan sup isi ketam yg mama order, mama kene bayar RM50++.. tobat, baik p kedai biasa, lagi meriah meja mama dengan harga segitu...

Kami melepak kejap selepas lepak makan makanan ala thai yg x brap nak sedap tu
Sambil iman layan menyanyi macam biasa dan aiman plak ternganga nengok pakwe n makwe aksi sensored 


Boleh tolong translatekan tak karangan ni... 

credit FB

Cuba bayangkan kalau dapat karangan macam ni masa tanda kertas SPM nanti? 
Tentu penanda dari negeri2 lain selain NS berasap kepala,... 


Tahulah MJ, tapi Sabarlah...

credit FB
Pengantin Tak Sabar...???
^
^
^
^
^
^
tapikan.. potong stim betul la kalaulah pengantin perempuan ada talipinggang hitam


credit FB

Kesian pengantin.. dari tak sabar jadi hilang sabar....


Sah, Aku Terima.....

Sah aku terima nikahnya...oppps  tercacul plak saya...ok la, nak hilangkan rasa nerves saya ni jom layan gambar ni dulu...
Aku terima.....

Sah? Sah... Alhamdulillah...

Ini antara hantarannya... terima... wookey

Hantaran lain... sepersalinan lengkap...

Ok selepas layan tengok gambar2 ni, hilang sikit nerves saya... Siapakah saya?  Sebenarnya mama nak ceritakan betapa excitednya mama kerana anak mama, kakak dah sah diterima sebagai... Segala hantara oleh pihak sebelah sana telah mama terima dengan senang hati.  Alhamdulillah sekarang anak mama telah sah menjadi murid Taski... he hee.. dah besar rupanya Iman.. syoknya dan x sabarnya mama nak tengok Iman lengkap dengan persalinan hantaran tu... nanti2 mama hupdate lagi ok...

Kakak bersemangat dengan baju sekolahnya

Pakai baju sekolah ngan beg malam2 kat rumah

Asyik posing je sebab dah suka sangat2

peace...

ni bukan peace tapi 'pive' la syahmi

ok.. kakak dah nak sekolah taw

Seperti yang dijanjikan, mama hupdate gambar kakak yang berkobar2 separuh sedar nak sekolah sangat2.. malam2 pun dia rela pakai tudung dan baju sekolah dia kat rumah... adik apa hal lagi, tumpang gembira la bila kakak posing.. Padahal Jan 2012 nanti baru kakak mula sekolah, tp mama daftar awal kerana mama takut pendaftaran tutup n iman x dapat sekolah... tapi mama cuba la kalau boleh Oktober dan Nov ni kakak dah mula sekolah, k.... semoga kakak rajin dan bersemangat terus untuk belajar.. mama suka!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012