Hati Guru Sekenyal Telur Katak 11.11.11

November 11, 2011

ihsan google

Telur katak kenyal dan berlendir.. lembut tetapi sejuk... eee pernah rasa ke? Mama pernah rasa dan rasanya memang sedap lemak dan manis.  Bulan puasa je, mama memang cari telur katak ni supaya tekak yang kering menjadi basah kesan daripada strukturnya yang kenyal tetapi lembut dan menyejukkan.  Geli? Buat apa nak geli sebab yg mama makan tu ialah kuih telur katak la.. Mesti semua orang sokong kata mama kan bab keteraan telur katak ni menghilangkan kering tekak.  Sebenarnya cerita hari ni bukan bab telur katak pun tapi tentang hati mama yang hanya sekental telur katak.. bila 'dikunyah' hancur juga jadiknya.  Ni semua sebab majlis Restu Ilmu form 5 laa... Entri semalam mama ada cerita yg mama berbelah bagi sama ada dengan mudahnya memaafkan segala perbuatan budak2 5C tahun ni.  Tapi tadi, bak kata hati guru tu sekenyal telur katak je, maka dengan mudahnya mama kata "saya maafkan dan doakan kejayaan kamu".. "Saya tak simpan dalam hati"... bla bla bla
 Kekadang kelas tinggal kosong, yg ada pun tido..

Siap tadah air liur basi ngan tuala

Kalau tengok gambar tentu ramai kata mama x reti nak handle kelas, sampai budak tidur, sampai budak ponteng.  Mama tak kisah sebab hanya cikgu 5C 2011 je yang kenal sapa Ikhwan, sapa Haziq, sapa Aniq, sapa Faizuan (gempal), Faizizuan (kurus), Azim, Amin, ...yg pempuannya Syazana, Ayu gedik..dan ramai lagi.  Apa taknya bila pengetua observe pun, dia orang teruskan sesi tidur, pengetua kejut.. dengan toya Aniq bawa kertas atas meja n sambung tidur kat kerusi lain...??? So fikirlah sendiri kalau dengan pengetua pon dia orang x heran, apatah lagi dengan cikgu yg jauh lebih 'kecik' dan 'pendek' banding tubuh sasa remaja lelaki umur 17 tahun.... 
Mama pelik.. mama kata pada Aniq yang mama tak simpan dalam hati...
Mama kata pada Afwan.. mama dah lupakan semua yang dia buat kat mama..
Mama kata pada Nana... mama faham dan mama x dendam apa2.. malah mama doakan dia...
Sebab tu hati guru hanyalah sekental telur katak....marah pun kejap je, marah2 sayang

santai  kejap... cuba kira
Umur korang.. contohnya  (29) campurkan dengan tahun lahir (82) Jumlahnya berapa? 
111 dan tarikh hari ni 11.11.11


You Might Also Like

14 Comment

  1. mama ni cikgu ker? hehehehehe

    ReplyDelete
  2. napa.. x da la orang yang perasan cikgu je koot..

    ReplyDelete
  3. mama ni main2 eh...

    p/s: gambar dlm entri saya tu gambar bersama ahli keluraga en. hubby.. hubungan mereka mmg akrab.. setiap kali berkumpul pasti akan bersolat jemaah.. selalunya kelurga suami akan membuat family gathering 3 atau 6 bulan sekali selain hari raya.. walau masing2 pun bz tp mereka pasti akan berpakat utk berkumpul bersama2.. Mungkin krn itu mereka ini akrab dan berada dikalangan mereka menjadikan saya tenang dan gembira...

    ReplyDelete
  4. letih sangat tu sampai tertidur..kesian budak tu..ee teluk katak,masa kecik2 saya suka main2,hancur2..best!kuih telur katak,dulu2 pernah mkn,kakak ipar buat..skrg dah lama tak mkn..

    ReplyDelete
  5. @QT ooo... seronok kalau gedering kuarga macam tu,.. kalau dok dekat2 weekend boleh koot 2geder2... tp adik-bradik akak sorang kat jb, sorang kat ns, sorang kat bp.. kat kedah, masing2 dapat org jauh.. akak plak terseret kat klang ni...

    ReplyDelete
  6. @cinnamon.com yuppppp kuih sagu aka tlor katak memang sodap .. tabur klapa atasnya atau makan ngan kuah susu cair.. wow.. buatnya pon x susah.. cuma kalau x biasa terlembek la sikit..x leh nak potong

    ReplyDelete
  7. perumpamaan rupanya, mesti mama ni seorg cikgu yg baik :)

    ReplyDelete
  8. @imbobo... mama mula2 x mo mahapkan budak2 tuw, tapi hati mama lembut noo macam kuih tlor katak tuw, baru budak2 tu cakap sikit je dah meleleh caeer...

    ReplyDelete
  9. cabaran seorang guru masa kini
    tapi setiap murid memang perlukan doa restu dari guru selain ibubapa...

    ReplyDelete
  10. mama.. kuih telur katak tu mcmn ek?

    ReplyDelete
  11. @kasihibu yuppp selain usaha dan tawakal..doa dan restu ibu bapa dan guru juga penting elemen kjayaan seseorang...

    ReplyDelete
  12. @ladybird... goggle je kuih telur katak aka kuih sagu...macam2versi kuih ada...

    ReplyDelete
  13. hmmm.. lagi penat kalo jaga budak2 skolah swasta.. kid pernah merasa dulu.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. ni cikgu yg amik gambo ke
    hehehehe
    betol
    sebab itu cikgu itu bukan setakat pengajar
    tapi die pendidik
    mendidik jiwa anak2 tu =]

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels