Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Ketua Pengawas tengok Pusat

Cikgu Iza | November 03, 2011 | 2 Komen |
Ketua pengawas mana yang 'mencabul' ni?  Siapa yang berani menanyang dan menengok pusat orang ni?  Masing2 ada pusat so tengoklah pusat masing2 jangan sibuk nak perati pusat orang lain... 

opps malu ek.. jangan skodeng

Sebenarnya mama tak nak pon cerita bab pusat la.. Cuma nak kata pusat piksa SPM 2011 ada dua kat sekolah mama.. anak2 murid mama esok dah mula nak mengemas pusat dia orang.. jom perati

Ihsan google

Kalau nak diibaratkan pelari, kini sepatutnya sudah berada di garisan penamat cuma sama ada di hadapan dengan pecutan sekata ataupun di belakang dengan pecutan semput.. 

Ihsan google
Jangan kautangisi perpisahan ini..

Pagi tadi, mama kata hari ni hari terakhir kita berjumpa.. so pada sesapa yang rasa2 rindu 'cium-ciumlah','usap-usaplah' dan pandanglah buat kali yang terakhir kerana ini mungkin kali terakhir berpeluang merasai semua nikmat ni.. Mungkin selepas ini tiada lagi peluang untuk menikmati semua ini.  Issh macam serius je kan? Mama melawat sapa sakit ni?  Sebenarnya, mama kata pada budak2 form 5 kelas mama, sebab hari ni hari terakhir mereka duduk di kelas masing2 coz esok mereka mula menyusun meja di dewan.. kemudian cuti raya haji dan lepas tu ketua pengawas akan melawat pusat dan pada 14.11.11 ni bermulalah segala perjuangan kamu.  So mama kata 'Sadaqallah hul-azim..." tutup buku untuk tahun ni, segala usaha dah dilakukan hanya terserah pada tawakal dan doa sahaja kan.. 

Untuk Azim  :  Sadaqallah hulazim
Untuk Amin  :  Amin Ya rabbal alamin
Bukan niat mama untuk mempersenda.. tapi mama cuma mendoakan mereka
dan 'menyedarkan' mereka bahawa SPM lagi 11 hari.. tolak sabtu & ahad lagi 7 hari.. 
Tolak cuti raya haji Isnin-Rabu tinggal 4 hari
Tolak susun meja tinggal 3 hari
Tolak tengok pusat tinggal 2 hari
Tolak jumaat terakhir 11.11.11 tinggal 1 hari
tolak tidur, tolak makan, tolak mandi..tolak main... tinggal -ve hari!!!!!!
kalau korang tak 'kecut' mama kecut sesangat.........

2 comments:

  1. gudluck la utk sume calon2 spm taun ni...

    ReplyDelete
  2. yupp gud luck dan doakan yg terbaik utk mereka...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com