Pages

@aimaniman |

Muhamad Nazmi Faiz jangan jadi mangsa


Jaringannya sangat cantik.  Semangatnya juga tinggi untuk menjulang nama negara.  Pengorbanannya pula amat besar sehingga tidak terbalas oleh sesiapa.  Pada masa anak2 remaja seusia dengannya sibuk menduduki peperiksaan SPM sambil mencongak2 universiti mana yang bakal dipohon tahun hadapan, Nazmi Faiz terpaksa melupakan semua itu.  Dia terpaksa berkorban masa dan usianya demi Malaysia, demi meningkatkan nama negara di persada bola sepak dunia?.. Banya berita menyatakan Nazmi akan ambil SPM tahun hadapan.  Pada masa yg sama pada tahun depan, kawan2 seusia dengannya sudah menjadi 'mahasiswa' dia pula terkedek2 belajar bersama2 budak2 yg lebih muda daripadanya.  Mama amat2 berharap agar Nazmi tidak akan menjadi 'mangsa' sistem pendidikan di Malaysia.  SPM merupakan tiket utama untuk seseorang sambung belajar ke U dan menjawat jawatan bess dan dapat gaji bess... so apa hal dengan Nazmi?  Mama tak kata dia x cemerlang dalam SPM, tapi 'senioritinya' untuk masuk U telah tergadai oleh pengorbanannya demi Malaysia.  Tak boleh ke sistem pendidikan Malaysia ni memberi 'keistimewaan' kepada permata seperti Nazmi?  SPM hanya tiket.. so... tak bolehke.. semua latihan di kelas, peperiksaan, ujian, PEKA Sains dll yang dilakukannya sepanjang di tingkatan 4 dan 5 diambil kira sebagai tiket masuk U, terutama bidang Sains Sukan  atau bidang yg berkaitan?  Haiii.. tepuk dada tanyalah masa depan Nazmi Faiz... 


Sudah baca sila komen

9 comments:

kakcik said...

Semoga Nazmi tetap menjadi permata yang tinggi nilainya walupun tersembunyi tidak kelihatan.

aimaniman said...

yuppp.. kat mesia ni bila sibuk ngan akademik, lupa ngan sukan.. sbb sukan ngan akademik x sebati

kakyong said...

salam singgah.

owh.. umur SPM ke dia nih... sayang lah pulak bila etrpaksa tangguh kan SPM tu..

Jom support kakyong
http://www.kakyong.com/2011/11/gadget-impian-kakyongdotcom.html

Alieza Dayasari said...

beliau berbakat...
act.. bila masuk sukan ni susah lah nk ckp..
di tmpat sy belajar.. classmate saya ni under MSN.. selalu jer miss kelas..
tak dtg lat , elaun tak ada.
latihan setiap petang...
kelas kadang2 petanga da..
As long beliau pandai agih masa.. oklah.

aimaniman said...

@Kak Yong... yupp 17 thn baru.. kat Mesia kalau x da spm makna susah la nak cr makan sbb sukan pun x support sangat, bila x bersukan nanti x da jaminan masa depan..

@Alieza.. yupp kat kelas akak pun, wakil negara kapal layar sukan sea.. klas asyik ponteng, spm x ok.. kapal layar plak x femes.. abis tu keje biasa2 je le dia

Suhami Ahmad said...

cuba letakkan dia dalam bidang sains sukan ke kan....

aimaniman said...

@suhaimi tu laa sist pddikan mesia x da kelebihan pd ahli sukan..cam na remaja nak aktif sukan..yg aktif tercicir akademik plak..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

betul la kan..pttnya yg bagus dlm sukan ada kelebihan lah..takdalah bergantung sgt dgn SPM tu..pttnya jd ahli sukan blh kaya raya..

fairus said...

BAGI LULUS TERUS JE.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012