Pages

@aimaniman |

Anugerah Juara Lagu 26 pertarungan kedua Penakut & Sedetik Lebih

Malam tadi mama sengaja tunggu keputusan semifinal AJL ke-3 sebab mama nak tahu keputusan lagu yang masuk ke Final AJL nanti.  Seperti yang mama duga, lagu 'ini' dan 'itu' masuk ke final.  Cuma yang tak sedapnya lagu 'itu' dinyanyikan oleh penyanyi lain, seolah2 penciptanya tak mahu 'mencipta' kontroversi kedua.  Faham apa yang mama maksudkan?  Yupp pemilihan lagu Penakut dan Sedetik Lebih ke final seolah2 merobek2 duka Yuna yang menjadi mangsa dalam AIM lalu.  Apa taknya, kalau Penakut 'menang' bererti kiraan AIM salah.. dan kalau Sedetik Lebih 'kalah'.. bermakna AJL tak mengiktiraf AIM?.. Ditelan mati bapak diluah mati omak la ko Yuna.. Tapi Edry bijak, untuk tidak mengeruhkan suasana, dia mempertaruhkan Jaclyn Victor sebagai penyanyi Sedetik Lebih, bukannya Anuar Zain.  Yang kelakarnya, bila Nubhan menyanyikan lagu Pokok, Pokok tak terpilih kerana bukan penyanyi asal? tapi bila Sedetik Lebih, lain pulak ceritanya!  Kenapa? Senang je, sebab AJL 26  aka TV3 nak memanaskan isu dan nak meningkatkan rating penonton AJL 26 nanti.  Tentu ramai ternanti2 depan tv nak tengok Penakut ke atau Sedetik Lebih yang menang.  Nanti AJL 26 bukan pentas pertarungan antara lagu tetapi 'pertarungan' antara AJL 26 aka TV3 dengan AIM???

Penakut atau Sedetik Lebih menang AJL26?  AIM @ AJL 26...... 


Sudah baca sila komen

7 comments:

redza said...

xminatlah lagu2 anuar zain...yuna tu kira ok jugak

aimaniman said...

akak plak suka az.. lagu yuna macam mudah sangat liriknya...

Tiramisu Fatiema said...

xsempat tengok semalam..huhu..suka lagu yuna...thanks kak ziarah blog saya..

aimaniman said...

@Tiramitsu... yupp adik pun sudi2 lah singgah sini selalu...

Mia Liana said...

yuna tengah top sekarang ni.... anuar still the best. mia suka sangat anuar zain tu, versatile...

Adam Idris said...

Dari awal lagi la Anuar Zain x nak nyanyi untuk Juara Lagu, bukan sebab kes AIM and Yuna, sebelum AIM lagi Anuar Zain cakap dia x nak masuk AJL sebab tak suka masuk pertandingan. So komposernya Edry pilih Jaclyn....

aimaniman said...

@mia..yupp akak pon salute kat anuar sebab suara llki myu terakhir le

@adam ooo macam dato st la ye x maw bertanding.. bg pluang kat muka baru koot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012