Saiz Ideal dengan SBPA Mengurangkan 29000 Jawatan

December 13, 2011

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu bakar Abdullah dipetik memberi jaminan bahawa SBPA bakal membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya mengurangkan tenaga kerja semasa. Beliau juga berkata bahawa pemegang jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa. (Bukti?) Wow,.. manisnya mulut bak gula tebu dari Pulau Pinang.. Dalam kita sibuk mengira gaji yang bakal diterima dalam SBPA, rupa2nya ada insan lain (29000 orang) yang menangis atas kegembiraan kita. Baru2 ni kita dikejutkan oleh wakil DAP yang mendakwa akan mengurangkan pekerja berlebihan. Tapi apa yang terjadi, sudah pun terjadi iaitu 2012 mengikut skim SBPA 29000 pekerjaan bakal dimansuhkan demi mewujudkan saiz perkhidmatan awam yang ideal?  Menurut KPPA lagi: “Di bawah SBPA ini kita telah mansuhkan 29,000 jawatan, misalnya (kakitangan perkhidmatan perkeranian), di bawah inisiatif NKRA untuk mengurangkan jenayah, kita menempatkan mereka dalam tugasan rondaan, ada yang dihantar ke bahagian-bahagian lain. Kita bukannya mengecilkan saiz tenaga kerja, tetapi mengawal saiz,” kata beliau menjawab soalan sama ada SBPA membawa ke arah pengecilan saiz tenaga kerja perkhidmatan awam. Apa bezanya antara mengawal saiz dengan mengurangkan saiz tu, cuma berbeza perkataan tetapi maksud dan ertinya masih sama taw... Secara logiknya, kerani yang montok2, saiz double xl boleh ke diserapkan ke tugasan rondaan.. silap2 para peragut dan mat rempit ketawa guling2 tengok polis semput kejar dia orang.. hissshhh .. Sebab tu kalau nak rasionalkan tindakan, fikirlah kesan kenyataan tu dulu.

Abu Bakar: SBPA mansuh 29,000 jawatan, sektor awam alami ‘right-sizing’

 

jangan tok... kami ni x sekaya datuk, jangan buang kerja kami tok

You Might Also Like

10 Comment

  1. wouh!
    29K di mansuhkan???

    iskhhh, takutnyeeeee

    ReplyDelete
  2. Huh. Apa daya kita kan kak? Klu kita bersuara, org lain (sama rakyat mcm kita) kata kita tak bersyukur. Mrk betul2 tak amik tau perkembangan semasa. Apa sbnrnya dah berlaku di antara kita? Skg nie, pekerja kontrak seme pun dah dihentikan. Baik fully govt atau badan berkanun. Ms interview, janji jawatan tetap. Bila dpt offer letter, jawatan kontrak. Setahun berkhidmat, habis berkecai lunyai.

    Skg nie, sebelum PRU13, rakyat dah digula2 dgn duit 'pinjam'. Klu govt kalah, lagi byk kes menganggur. Klu menang lak, duit sape lak diorang nak sedut antara kita nie kak?

    Tersepit dlm negara sendiri.

    ReplyDelete
  3. hish..takutnyer..

    p/s :: petang ni amik sugar glider tu..:)

    ReplyDelete
  4. keje bukannye ada sangat..ramai yg menganggur

    ReplyDelete
  5. @mamaNoriz

    itu macam yg dikata kat petikan artikel tu...

    ReplyDelete
  6. @Fara

    kita ni bak mentimun, bergolek luka digolek lagi parah..

    ReplyDelete
  7. @Miss Nadya

    takut tak takut.. kita terpaksa hadapilah sbb ini pilihan kita..

    ReplyDelete
  8. @Eera Shera

    yupp ramai menganggur dan dah kerja plak kene diberentikan demi 'mengidealkan' saiz perkhidmatan

    ReplyDelete
  9. @Tiramisu Fatiema

    'mereka' tak akan bagi tahu.. ramai ke tak ke, sapa yg kena 'buang' tu le yg tau...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels