Pages

@aimaniman |

Skim Gaji SBPA 2012 : Gendang Lama Dipalu Semula?

Pi mai pi mai tang tu juga.  Macam lah para pemikir kat atas tu tak mampu nak mencipta formula baru nak rebonding.. opps rebranding  kakitangan kerajaan ni.  Selama ni mereka dicap sebagai 'pemalas', 'suka kipas', 'kerja senang' dll yang buruk2.  Bila pemimpin kata ada skim gaji baru, mama suka hati lah sebab macam2 telahan dan andaian tentang gaji baru yang bakal diterima.  Mama tanya sendiri kat kerani gaji.. isshh tak de lah kak.. sikit je naiknya.... Tak pelah dalam hati mama, baik tunggu je.  Tunggu punya tunggu, sibuk pula rumors tentang pekeliling Skim Gaji Baru SBPA 2012 yang bakal keluar.  Bakal tau, belum lagi keluar!!  Tak taulah dari sumber sahih mana dia orang dapat.
Menurut banyak blog,.. tak payahlah mama bagi tau, google je.. dalam skim gaji baru ni ada beberapa lapisan:
KSU  -RM50000
Premeier  -RM40000
Jusa C - RM12000
Pengurusan & Profesional  -RM6000
Pelaksana  -RM3000

Kalau dalam SSB, mama berada kat tahap ungu tu le.  Dalam SSB, pada tahap ni ialah gred DG41, 44 dan 48.  Dalam SBPA tak da gred ni lagi ke.  Kalau macam tu, untung DG41 le sbb gaji minimum dah RM6000 tau.. Semasa mula2 SSB diperkenalkan, sesapa yang 'melintang' atau 'menegak' dinilai oleh boss.  Maka istilah 'kipas-mengipas', 'tin kosong', 'penilaian sebelah mata', 'pilih bulu' dll sinonim ngan SSB.  Sebagai pemimpin yang 'mendahului rakyat', pemimpin yg peka dan pekak? maka SSB ditambahbaik dengan memperkenalkan peperiksaan PTK.  Maka 'membaca' semulalah para kakitangan awam ni.  Untuk DG44 dan ke atas pulak kene menghadiri kem ala2 bina semangat dan pengucapan awam dalam BI.  Tapi cara ni pun ditamatkan demi save bajet koot.  Maka bertepuk tanganlah kakitangan awam sbb x payah berucap dalam BI..
Rumors kedua yg bertiup kencang sekarang ni adalah tentang kenaikan gaji. (Sekali ke atau kenaikan gaji tahunan)?  Sila lihat sendiri lee markah dan kenaikan gaji kat bawah tu.  Kalau dalam SSB ada APC dan hanya 7-8 orang dalam sesebuah sekolah yg menikmati APC dan penerimanya termasuklah pentadbir, guru dan kakitangan sokongan yang seramai 100 orang dan lebih?.. Kalau kenaikan gaji ni serupa ngan APC, bermakna ramai lah yg bakal menerima gaji statik dalam SBPA nanti.  Kriteria pemilihan pulak macam mana, kalau yang tak pernah terima APC dalam SSB layak ke diutamakan berbanding yang baru terima APC?.. atau persaingan masih sama?  Maka gendang lama dipalu semula.. maka banyaklah semula para pengipas, para tin kosong, para pemilih bulu kat perhidmatan awam.  Atau nak sedapkan hati, semua kakitangan awam layak menerima kenaikan gaji.. bermakna semua yang 'berkerja' gigih, layak diberi markah sekurang2nya 85?  Apa kriteria 'gigih' dan 'pemalas' ni pulak.. terlalu subjektif.  Maka ramailah nanti yang tak naik gaji dan diberhentikan kerja? 
Pada semua kakitangan awam, ingat bahawa kita adalah kaki dan tangan mereka.  Tanpa kaki dan tangan siapalah mereka.  So pertahan dan kaji untung nasib kita, kita ada hak.  Jangan mudah diulit alunan lagu merdu kek gaji SBPA.  Kita tunggu dan lihat Pekeliling SBPA yang bakal dikeluarkan nanti.
Betul ke?
Mamu ke kita tersenyum lebar?


Sudah baca sila komen

12 comments:

Huda said...

Ni hasil dengar taklimat dengan presiden cuepacs, saya cuma boleh rumuskan yang kemungkinan akan ada kembalilah aktiviti kipas mengipas ni, huhu. Lain daripada tu skim ni diwujudkan untuk meningkatkan lagi prestasi kerja staf penjawat awam..Senang kata cam ginilah, kalau kerja bagus-adalah imbuhan baik untuk korang, tapi kalau kerja tak bagus-ada banyak jalan untuk kau keluar (berenti kerja la..). Senang kata lagi, selama ni kalau ada penjawat awam yang kerja tak bagus atau ada masalah2 lain susah nak diberhentikan, tapi melalui skim ni memang ada banyak exit policy disediakan..so di sebalik yang positif ada jugak negatifnya..:)

Anastasyea Aida said...

entah la .. saya pun x berani nak buat andaian sebarangan. Apa² pun tunggu pekeliling saja je la. =)

www.anastasyea.com

wani johari said...

ermm...org atasan nk kena tgk btul2 n nilai org bawahan dgn telus mengikut cr kerja dia org... jgn main plh bulu or kaki kipas jer yg dpt mrkh lebih...

Fara said...

Tak tau pun selok belok gaji kerajaan.

aizamia3 said...

tunggu je Pekeliling tu keluar.. jangan mudah percaya dengan rumours..

aimaniman said...

@Huda.. harap2 macam tu laa sbb akak seram kisah dulu berulang sampai ada yg malas nak ambil PTK mula2 dulu, macam adik akak la, sbb tu ramai yg buat part time keje..

aimaniman said...

@Aizamia, Fara & Anastasyea..yupp kita tunggu dan lihat pekeliling sebenar, akak buat entri ni pun sebab 'takut' dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku...

aimaniman said...

@Wani ... yuppp sbb tu lah hang pa dilantik sbg bos untuk menjadi 'payung' kami kat bawah ni, bukan payung 'pengipas' dan pencucuk' u je...

fiza said...

Tunggu dan lihat jer lah.

El-Janna said...

sabar ye kak.. uhuhuk.. saya tak keja lg tak bpe nak paham^^

Daddylicious said...

ntah tak tahu juga...:)

aimaniman said...

@... yuppp sabar dan tunggu dan lihat, jgn mudah buat andaian, harap2 kjaan buat yg terbaik buat kaki dan tangannya...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012