Offer @ Lazada

>

nuff

Cintaku padamu tidak pernah padam...

Cikgu Iza | January 11, 2012 | 10 Komen |
Masihkah kau ingat?

Kau tidak mungkin dapat menandingi cinta pertama mama...
 

Cinta mama padanya tidak pernah padam. Walaupun kini mama tidak mungkin dapat melompat dan menerkamnya selincah dahulu, namun cinta ini tidak mungkin padam. Walaupun kini banyak penggantinya mama boleh dapat di mana-mana, namun cinta mama tetap padanya. Mama tidak semudah itu mendua atau menigakannya ataupun terus melupakannya. Dia memang unik, dia memang nostalgia bagi diri mama. Kalau mama diberi peluang untuk memilih, mama tetap memilih dia, walaupun orang lain semakin melupakan dan merendah2kan tarafnya. Walaupun orang mengejek2 cinta mama, namun cinta mama tetap kukuh. Teng teng, kau tetap menjadi pilihan mama, walaupun PSP kini banyak di pasaran... suspen ke lawak bodoh? Sebenarnya, mama rasa kalau ditanya pada anak2 muda, mungkin ramai yang tak kenal teng teng, tetapi ramai yang kenal malah cinta pandang pertama pada PSP. Anak mama pun lebih mengenali PSP berbanding teng teng..
Published with Blogger-droid v2.0.2

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com