Pages

@aimaniman |

Redha Pemergian Anak

Tabahnya hatimu wahai ibu, ummi, mama, emak....

Kisah lama yang berulang dan berulang dan berulang..

    Kebanyakan ibu bapa bekerja pasti menghadapi dilema ini,.. mencari Taska paling sesuai untuk anak kesayangan. Ibu bapa ada 4 alternatif sebenarnya iaitu, langkah drastik ibu berhenti kerja dan memberikan sepenuh perhatian buat anak. Yang kedua, anak dihantar ke rumah orang untuk dijaga. Yang ketiga, hantar ke taska dan alternatif terakhir cari bibik. Cara pertama untuk mama tentulah mama tolak sebab, mama x mahu harapkan abah semata2, mama perlu berdikari untuk mencari sesuap nasi, dan mengejar cita2 mama. Alternatif kedua pun susah sebab,.. orang yang jaga anak biasanya warga emas yang dah x ada kerja di rumah. Kebiasaannya kawan mama terpaksa ambik mc sebab penjaga anak ada check up di hospital. Bibik pulak, bukan mama tak mahu .. tapi dah 4 atau 5 bibik yang 'menipu' mama, rasanya mama dah serikkkk. 
    Dua orang ibu yang kehilangan baby semalam kerana 'tersedak susu' di taska mama ucapkan takziah. Kalau benda ni berlaku pada mama, mama tak tahu sama ada mama tabah atau tidak kerana anak2 adalah permata hati mama, segala2nya buat mama. Walaupun redha, tapi jauh di sudut hati, tentu ada rasa kekesalan. Anak yang montel, comel semalamnya dalam dakapan kita tiba2 terbujur kaku. Hati sapa yang tak meruntun sedih????
    Panjang entri mama kali ni, sepanjang rasa penyesalan mama terhadap sikap pihak berkenaan yang seakan2 berdiam diri, selepas kematian, baru nak buat siasatan, dan terbukti Taska x ada permit!! Besar sangat ke Malaysia ni, miskin sangat ke kita sampai nak menyiasat kes yang berulang2 ni pun tak mampu2.. Pelupa sangat ke kita, sampai kes yang baru berlaku kita buat2 lupa,..sedikit sangat ke pegawai sampaikan kes yang berulang2 ni tak ada kesudahan? Banyak persoalan sebenarnya bersarang di kepala mama. Puan Menteri sibuk dengan 'bisness lembu' sehinggakan lupa kes maha besar ni ke? Maaf lah kalau terasa sebab tanggungjawab tetap tanggungjawab, kalau berani ambil tanggungjawab, laksanakanlah tugas tu sebaik mungkin, nanti ditanya di sana nanti..
     Taska tanpa permit satu hal,.. taska yang x menepati spesifikasi taska lagi satu hal. Teringat mama pada taska tempat kakak Iman, Syahmi dan Eya anak mama... Hanya ada dua penjaga, seorang anak tuan Taska berumur awal 20-an, dan seorang lagi rakannya juga berumur 20-an.. Kanak2 yang dijaga, mama rasa kalau dikira guna jari, kena pakai jari kaki sekali.. Kalau nak dikira tentang kebersihan dan keselamatan,.. dahi Eya dan dahi Syahmi entah berapa kali dah benjol.. Tapi mama sama macam kebanyakan ibu bapa tetap hantar ke taska sebab dah biasa, sebab dah kenal dengan tuan taska dan sebab tak ada alternatif lain, hanya itu taska terdekat.... Bila pusat jagaan kanak2 akan diwujudkan di pejabat2 kerajaan? Datin Rosmah tolonglah kami...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sudah baca sila komen

8 comments:

Tasha said...

mmg kesian sngt kat parents.

tp ajal Allah dah tentukan.caranya saja yg jadi alasan kematian

aimaniman said...

yuppp tapi alasan x berapa nak sedap didengar tu yg jadi tanda tanya...

Alieza Dayasari said...

kesiannya....
ermmm...... alasan tu.... hmmmm

Syarih said...

kalau ajal dah sampai tu ..kena terima dengan redha..kalau nak diletak kesalahan keatas pembantu tadika pun susah juga kerana mereka pun ada tahap kemampuan juga. apa pun tak akan sama seperti kita menjaga anak kita sendiri...wallahualam...

Bobo said...

jagaan org xsama dgn jagaan mak sendiri..org boleh buat sesuka hati atau sambil lewa sbb bukan anak sendiri..kesian kat budak2 yg jd mangsa tu..

suhaina laui. said...

dugaan yg amat besar!semoga diorg terus tabah....

msredcheesecake said...

dilema parents... memang stress kalau terpaksa pikir....

eiela said...

susah jgk kan kak. anak2 permata ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012