AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Tips Set Azam Baru 2012

Cikgu Iza | January 03, 2012 | 7 Komen |

Rasanya belum terlambat untuk kita memasang azam untuk tahun baru 2012. Namun, mama rasa tak guna jika kita tanam azam macam tahun2 lepas tanpa mengetahui sama ada azam tu rasional ke tidak dengan diri kita. Mana le tau azam tu terlalu tinggi mendongak langit atau terlalu rendah sehingga menyelam dasar laut Atlantik ke. So, kat sini ada dua tips cara nak memasang azam yang rasional dengan diri kita, makna tak terlalu tinggi sehingga tak tercapai pelamin anganku atau x terlalu rendah sehingga kita rasa besar kepala....

1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.
Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.

2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.
Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.
 
1. nak jadi Umat-Nya yang cemerlang
2. nak jadi isteri dan ibu cemerlang
3. nak jadi pekerja cemerlang
4. nak dapat income be yg bess punya

Semua nak yang cemerlang, abis usaha tu cemerlang ke?
 
jom apa lagi... mama belum set azam 2012 ni..

7 comments:

Kancil 8349 said...

Selamat tahun baru

ieda said...

selamat tahun baru dik ! ;)

miloais milo said...

happy new ye eza...

aimaniman said...

heppi new year juga untuk semua... semoga tahun yg lebih cemerlang 2012

Tiramisu Fatiema said...

selamat tahun baru akak..moga sama2 berusaha kuat tuk capai azam yg diinginkan

Anak Wak Mail said...

wow..azam,,tak mau kalah..yang cemerlang2 je..keke..:P

aimaniman said...

azam biar tinggi, kalau x tercapai, tiga suku pun ok, kalau rendah, tahap 3/4 rendah.. dah teruk tu..

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com