Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Kecewakah Konsert Erykah Badoula Batal

Cikgu Iza | February 29, 2012 | 5 Komen |
Nak kata hore atau menangis?

Akhbar The Star telah meniup api kemarahan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam apabila kalimat Allah dijadikan tatu (walaupun sementara) di dadanya. Sentimen agama memang mudah jer menaikkan darah umat Islam apabila dipermainkan. Alhamdulillah, konsertnya dibatalkan, tak taulah sebab 'marah' akan 'kebiadaban' Erykah memainkan isu agama atau tersepit dalam dilema, almaklum.. isu ni dah dibantah oleh pemuda sebuah parti kiri.
 
Dapyn kata tak patut maa batal... Erykah tak bersalah...
 
Kak Dibah pun sedey Erykah kena 'halau'?

Namun begitu yang peliknya ada dua orang artis, tak tahulah ada ramai lagi ke.., yang tak berpuas hati dengan tindakan kerajaan membatalkan konsert Erykah Badu ni. Pada mama, mama lagi kecewa jika kalimah suci dipermainkan. Biarlah atas alasan apa-apa pun, kedatangan artis ni patut dibantah. Pada masa ni le kita harus menunjukkan kesatuan kita. Bayangkan jika kalimah Tuhan bangsa lain yang dipermainkan, mama rasa kecoh satu Malaysia, tapi bila kalimah Allah? Nasib baik ada pemuda dari parti kiri ni yang 'berani' bersuara.. Dari satu segi kita harus menerima hakikat, ada penting gak mamat2 ni kan... Mama harap orang Melayu Islam bersatule dalam hal2 membabitkan isu Islam ni sebab 'orang lain' dah berani mempermainkan kita :

1. The Star telah meletakkan menu babi bagi promosi selera Ramadhan pada bulan Ogos lepas.
2. Kejadian terpencil di mana seorang pelanggan Cina bertekak dengan pekerja Melayu di KFC dengan sengaja dipolitikkan dan diperbesarkan sebagai isu perkauman.
3. Isu Lynas, iaitu sebuah kilang pemrosesan bahan kimia digembar-gemburkan oleh pembangkang, terutama DAP dan termasuk MCA, sebagai kilang nuklear dan kemudiannya diolah menjadi isu perkauman di mana kaum Cina ditonjolkan sebagai bersatu-padu memberi tekanan kepada kerajaan.+++ (kekecohan yang mereka timbulkan dari isu Lynas adalah sebenarnya untuk menjaga kepentingan negara China.   Selama ini, negara China mendominasi pengeluaran produk nadir bumi sebanyak 95%.  Jika Lynas beroperasi di Pahang bermakna dominasi China ini akan dapat dipecahkan kerana kilang ini akan mampu memproses 11,000 ton nadir bumi setahun iaitu tiga suku dari permintaan dunia.  Apabila pengeluaran bermula pada pertengahan tahun, Lynas dijangka akan mampu mengeluarkan 22,000 ton setahun.) sumber mystaronline

Panjang entri geram mama... sebab mama tak kecewa pun Erykah kena 'halau' tapi mama gembira sebab Mawi Ekin dapat Cahaya Malikha....
 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Orang Kawin.. Nak Kawin Juga tapi...

Cikgu Iza | February 29, 2012 | 7 Komen |
Gerammnnyyyaaaa..... penyek nanti Lisa tuh...

Kisah perkahwinan Lisa Yusri ni begitu hot sampai keyword  trafik blog ni semuanya tentang Lisa dan Yusri. Apa taknya, ramai yang geram lihat pasangan yang hensem dan cantik manis ni. Macam geramnya Yusri pada Lisa, sampai Yusri peluk ketat2 Lisa.....


Syahdu je tengok...

Tapi pada mama cantik manis tu semua tak de makna kalau 'dikongsi' bersama. Pasangan Imam Muda Hassan dan Ulfah ni lagi manis dan sejuk mata memandang. Bukan saja suami tak dapat dosa free malah para tetamu pun tak menumpang dapat dosa sesaja je. Kan sekarang dah banyak fesyen pasangan yang berkahwin yang menepati syariat.  Sebab tu, orang kawin, kita nak kawin juga tapi, orang lain kawin dapat keberkatan kita kawin dapat dosa mudah. Ingat lagi pesanan Tok kadi masa nikahkan adik... "isteri ni tanggungjawab suami, segala dosa isteri suami turut berdosa jika sengaja tidak melarang atau tak mengajar isteri... bla bla bla..."  Hai.. susah juga kan nak seronok ni? tepuk dada tanya hati, nak susah ke nak mudah...

Nanti kalau ada anak, nak bibik call bebas tol ni 1800222000
PAPA kata colling2 nanti dapatlah bibik...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jemputan DiGi Fandroid Day Nuffnang

Cikgu Iza | February 28, 2012 | 6 Komen |
Ladap wajib, kalau tak pergi makna 'surat cinta' le ..

Mama dalam dilema ni sebab pada 3-4 Mac mama kena p LADAP di Shah Alam. Tapi pada masa yang sama, mama menerima jemputan daripada Nuffnang. Kalau tak pergi kedua-duanya tentu mama rugi. Tak pergi LADAP kena buat tunjuk sebab .. tak pergi jemputan Nuffnang bermakna terlepas peluang nak berjumpa bloggers yang ikuti bengkel tu. Padahal tu ler satu perkara yg mama nak sangat buat, lagipun DiGi Fandroid Day Workshop tu hari Sabtu, dalam hati mama tak da masalah la... tapi sedey sangat bila naik notis ada LADAP kedua pada tarikh sama..... Nampaknya mama kena layan tengok jemputan Nuffnang ne je lee........

pssst : betul ke kalau tak p jemputan Nuffnang dia tak layan nak bagi BE???

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the DiGi Fandroid Day Workshop happening on;

Date: 3 March 2012 (Saturday)
Time: 10.00am – 1.30pm
Venue: Studio, D’house, Shah Alam.

ONE (1) pass has been reserved under your name and email address at this point. Kindly fill in your details at this page (http://www.nuffnang.com.my/confirmation-of-attendace-fandroidday/) to confirm your attendance by 12pm, 1 March 2012 (Thursday). Please DO NOT reply to this email. Failure to confirm your attendance within the stipulated time will result in your pass revoked and passed to other bloggers.

We look forward to seeing you at the event so see you there! :)

Cheers,
Thara Sofian
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Published with Blogger-droid v2.0.4

Anak datang Resepsi Lisa Yusri

Cikgu Iza | February 27, 2012 | 13 Komen |
Anak Lisa...

Alahai anak Mama Lisa dalam Adam Maya datang lihat Mama Lisa kawin,.. mama rasa bukan saja ramai lelaki yang frust menonggeng, malah anak Mama Lisa pun sedey takut2 mama Lisa dah tak sayang pada Mia ... Tapi jangan takut la Mia, mama Lisa tetap sayang, sayang dalam Adam Maya ler..

Ucapan khas buat Mama Lisa..

Bijak anak mama Lisa buat kad khas untuk Mama Lisa, ... Mia bukan saja cute malah bijak... suka sangat dengan Mia....
Mama Lisa dan Papa Yusri..

Pasangan bagai merpati dua sejoli, sungguh cantik dan manis Lisa dan Yusry, macam pasangan pengantin dari kayangan la pulak. Mama tengok, berita tentang perkahwinan Lisa Yusry ni heboh di kebanyakan blog, tapi tentang Ana Rafali plak kurang diceritakan,.. Betullah kata pengomen sorang ni, selebriti terkenal maka majlisnya lebih mendapat liputan. Tapi pada mama, biar majlis sederhana, asal yang wajib dilaksana sudah, yang penting kebahagiaan selepas akad nikah tu. Time tu la bermulanya alam baru yang maha mencabar, baik bagi perempuan mahupun lelaki. Bukan mudah nak menerima 'orang baru' dalam hidup sedangkan selama ni anak dara nak baring2 sebelah abah sendiri pun malu2, inikan pula nak menerima lelaki yang langsung tak da pertalian darah. Tapi segala2nya menjadi mudah apabila kita belajar untuk menerima dan berkongsi seadanya... kan perkahwinan tu satu perkongsian hidup? Tak percaya, cubalah kawin, apa yg korang tak kongsi...  he he heeee...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Dahiyah ada Boyfriend..

Cikgu Iza | February 26, 2012 | 16 Komen |


Boyfriend Dahiyah hulurkan tangan... Dahiyah malu2...

Alaa... sporting la plak, cium tangan lagi..

Tadi mama pergi ke Pasaraya NSK di Sentosa, Klang. Pasaraya baru ni ala2 Econsave la sebab barang2 mentah seperti bawang, kentang, cili, sayur-sayuran dsb dijual secara borong dan harganya pastilah murah. Kata kawan mama harganya lebih murah daripada harga Pasar Borong Meru. Sebab tu lee mama terpanggil untuk ke Pasaraya NSK ni, nak tengok betul2 murah ke.. Sampai je kat sana, mama berasa pelik sangat sebab anak mama yang berumur setahun 4 bulan dah ada 'pak we aka boyfriend'!!.. Dari jauh mama lihat Iman Dahiyah tersenyum2 simpul. Mama dan abah tengok dari jauh je apa yang Dahiyah akan buat. Lepas tersenyum2, Dahiyah terus mencium tangan 'pak wenya aka boyfriend' yang baru je dikenalinya tu!! 
Patutlah macam2 benda yang pelik2 berlaku akhir2 ni,.. dalam Metro hari ni kisah budak umur 15 tahun dibenam dalam kolah setelah dirogol. Dalam Buletin Utama malam tadi plak budak Tingkatan 3 di asrama di Setapak trauma apabila diliwat di bilik asrama. Dua kejadian rogol dan liwat ni bukannya masalah baru di Malaysia. Setiap hari, pantang kalau kisah ni tak dipaparkan terutama di dada Metro. Walaupun kita tahu Metro sengaja mahu cari berita sensasi, namun mama tahu wartawan Metro x pernah berdoa pun agar kejadian sensasi ni berlaku setiap hari supaya Metro terus sensasi.. 
Balik semula kisah Dahiyah,.. mama takut sebenarnya sebab anak dara mama ni mudah sangat menjual senyumannya pada mana2 lelaki. Kalau ada Mamat Bangla atau Nepal menggula-gulakannya dengan air kotak, terus dia nak pergi ke Mamat Bangla tu. Semua ni peringatan pada mama dan abah agar lebih berhati2 mengawal anak2,.. Cuba bayangkan kalau mama leka, Dahiyah yang tak takut orang ni mesti akan ikut sesiapa saja yang 'baik' padanya,.. kalau 'patung' pun Dahiyah boleh tersenyum manja, apatah lagi lelaki yang bermulut manis, cair kot... Alahai anak mama, .....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Princess Bundle Linda USA

Cikgu Iza | February 25, 2012 | 1 Komen |
Nampak macam bundle ke?.. made in Philipines
 
Yang ni pun pilihan dari bundle Linda.. made in El Savador!!
 
Ni mama pilih bundle Linda juga.. made in Indonesia

Kain rentang Bundle Linda USA buatkan perasaan mama tak tentu hala. Dah la diletak betul2 di depan restoran makanan laut kat Muara Tanjung Gila/ Tanjung Lembu, Port Klang ni, jadi makin bertambah2 keinginan mama untuk datang tengok. Akhirnya lepas tanya sana sini, sampai juga mama ke kedai Linda Bundle USA ni. Biasanya mama tak suka beli barang bundle, tapi entah kali ni mama terpikat pada 4 baju untuk princess mama.. 3 untuk kakak dan satu untuk adik Dahiyah. Baju2nya lain dari kedai bundle yang lain. Pertama, baunya harum,.. x macam baju bundle biasa yang hapak.. sebabnya, di sebelah kedai ni ada kedai dobi yang juga dimiliki oleh Linda Bundle ni, so sebelum ditayangkan kepada pembeli, baju2 ni dah dibasuh. Kedua, baju2nya agak cantik la, memang cantik.. serius... So pada sesapa yang duduk di area Port Klang, bolehlah singgah menjamu mata kat kedai ni, .. alamat? mama tak ingat, tapi kalau tau perumahan kastam di KRU,.. berdepan dengan perumahan ni kedainya... selamat menjamu mata dan memakai baju bundle... hina dan low class ke kalau pakai baju bundle?.. .. pada mama, kalau masih cantik, kualitinya bagus, apa salahnya memilih sepasang dua kan.... 

Published with Blogger-droid v2.0.4

Semalam Lisa Hari ni Ana pulak Kawin

Cikgu Iza | February 24, 2012 | 2 Komen |
Ciuman tanda berkat
Cantiknya mata Ana..
Lirik mata Ana tanda lega...

Semalam Lisa, hari ni Ana pulak yang kawin. Jangan salah sangka, ana tu bukannya mama tapi Ana Raffali dan Naim. Kalau ana tu mama,... kawen basi la sebab dah lama dah ada tiga anak dah ooi..  Majlis perkahwinan ana yang sederhana itu dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Gombak. Majlis yang penuh kesederhanaan itu membuatkan Naim tenang melafazkan kabul hanya dengan sekali lafaz sahaja yang diijabkan sendiri oleh ayah Ana Raffali. Alhamdulillah, Ana sudah menjadi milik Naim yang sah kan. Nampaknya tahun 2012 tahun ramai artis melangsungkan perkahwinan. Nak tunggu Scha dan Awal dan Irma Hasmie dan Fahrin, bila la agaknya.. jangan tunggu lama2, tak jeles ke kawan2 artis dah bahagia. Lagipun pada mama buat apa nak fikir lama2, kalau dah suka, baik teruskan jer, tak da le sebarang fitnah kan ...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dialog Malam Pertama Lisa Yusri

Cikgu Iza | February 24, 2012 | 11 Komen |
Alahai abang Yuswi ensemnya ....

Lisa windu saat manis ni abang Yuswi

Abang Yuswi makan ye Lisa suapkan...

Abang Yuswi Lisa sayang dan cinta sampai mati ...

Layanlah fantasi dialog malam pertama antara Lisa dengan Yusri. Semoga pasangan sama cantik sama padan ni kekal sampai ke akhir hayat. Jodoh perkahwinan pertama Yusri yang tak panjang diharap menjadi pengajaran paling bermakna buat Yusri untuk menjamin perkahwinan kali kedua ni berkekalan. Jaga baik2 Lisa tu sebab ramai yang jeles dan frust kat luar ni... Mama saja buat lawak dialog ni, jangan ambil hati ye pengantin,... nanti Lisa belajar sebut 'r' dengan Yusri yer,..

Rahsia Yusry Lisa Bercumbu

Cikgu Iza | February 23, 2012 | 13 Komen |
Cumbuan pertama sang suami
 
Cumbuan sang isteri mohon restu

Mama rasa tentu ramai yang panik baca tajuk entri mama ni. Dari mana mama dapat korek rahsia Yusry dan Lisa bercumbu, padahal mereka baru je diakad nikahkan malam tadi. Lagipun apa salahnya Yusri dan Lisa bercumbu, mereka dah sah menjadi pasangan suami isteri kan.. Sebenarnya, mama disoal oleh student mama di kelas 5B pagi tadi. Student tu tanya,"cikgu apa maksud bercumbu?" Mama pun dengan yakin jawab bercium. Student tu kata salah, mama kata betul... Student tu pun tunjuk sisipan akhbar dalam darjah, mama tak ingat...Berita Harian kot,.. memang sah.. bercumbu maksudnya bijak berjenaka sebagai maksud pertama dan berciuman tu sebagai maksud ketiga. Betulke? Mama pun chek maksudnya kat sini. 



  = cumbuan 1 kata-kata manis yg dituturkan ketika memujuk (ber­kasih-kasihan dll); pujukan. 2 senda gurau; lawak jenaka. bercumbu-cumbuan 1 saling menuturkan kata-kata manis (ketika pujuk-memujuk, berkasih-kasihan dll). 2 bersenda gurau; berjenaka. mencumbu menuturkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll); memujuk. mencumbui menuturkan kata-kata manis kpd: Dia ~ isterinya.   

Jadi memang patutlah suami isteri pandai bercumbu-cumbuan aka berlawak jenaka, baru rukun rumah tangga kan. Lepas ni nak bercumbu-cumbuan je lah....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Yusry Lisa Selamat Pengantin Baru

Cikgu Iza | February 23, 2012 | 1 Komen |
Cantiknya Yusry dan Lisa..
 
Ciuman tanda kasih Yusry pada Lisa

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran. Masa mama tengok Astro Awani pukul 9.00 tadi, wartawan dia kata, antara hantaran yang Lisa hadiahkan buat Yusry ialah koleksi lagu The Beatles. Tu baru isteri sayang suami, tahu apa minat suami, kan Lisa....
 

Antara ucapan tahniah ditujukan buat pasangan pengantin baru. Kalau rasa2 nak ucapkan selamat buat mereka bolehlah layari segmen Ucapan khas buat Lisa dan Yusri di sini. Mama pun dah sampaikan ucapan tahniah kat situ.


Penyampai Astro Awani ni begitu ghairah nak sampaikan liputan langsung perkahwinan Lisa-Yusry. Menurut beliau barulah mama tahu Lisa hadiahkan koleksi The Beatles tu. Kemudian, majlis akad nikah ni turut diserikan dengan acara berbalas pantun antara keluarga pihak perempuan dengan keluarga pihak lelaki. Bab ni lah mama salute kat Lisa, walaupun gadis modern, namun nilai2 ketimuran tak dilupakan lebih2 lagi pada majlis bersejarah buat Lisa. Barulah Lisa boleh ceritakan pada anak cucu nanti kan.. Kalau nak tengok liputan penuh, jom layan Astro Awani pukul 1030 malam nie.....


Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

Papa I Love You

Cikgu Iza | February 23, 2012 | 3 Komen |
Lisa Surihani tinggal 3 jam sebelum dimiliki Yusry


Mungkin ramai yang dah menonton filem Papa I Love You ni, tapi mama belum lagi sebab mama bukannya peminat fanatik filem dan mengikuti perkembangan filem tanah air. Kekadang tu mama x perasan pun ada filem baru, tup tup filem tu dah jadi lapuk. Kebetulan semalam Kakak Iman merajuk dengan abah.. almaklum, mama hantar kakak ke taska pukul 7 pagi, ambil pukul 6.30 petang, abah p kerja  pukul 10 malam, balik tak tentu bila. Cuma 4 jam je kakak Iman 'jumpa' abah, apa taknya kakak mudah merajuk. Adik Dahiyah pun macam tak mahu lepaskan abahnya, bila mama nak dokong dia palingkan muka seolah2 nak peluk erat abah. Abang Aiman pulak memang tak boleh berenggang dengan abah, mama usik dia kembar siam abah. Cuma satu mama nak ingatkan abah, walaupun anak2 merajuk dan rasa terpinggir tapi mama percaya jauh di sudut hati kecil mereka, mereka akan berkata :... "Papa I Love You". ... sebab tu, sementara anak2 masih kecil mama galakkan abah cuba ubah waktu kerja tu,.. hendak seribu daya x hendak seribu dalih,.. kalaulah abah dengar dan baca rintihan hati kakak Iman mungkin terbuka hatinya... moga2... amin..

Sinopsis Filem Papa I Love You...
 
Baha (Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang kematian isteri. Beliau mempunyai seorang anak tunggal iaitu Mia (Mia Sara Nasuha) yang bijak dan petah berkata-kata. Ketika arwah isterinya masih hidup, segala perbelanjaan harian keluarga ditanggung oleh isterinya. Konflik kehidupan Baha bermula sejak beliau di alam perkahwinan lagi kerana beliau tidak bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Begitu juga dengan keperibadiannya yag kurang keyakinan diri menyebabkan dirinya sentiasa berdepan dengan masalah dan dugaan.Walaupun kehidupan mereka sentiasa dihujani dengan masalah, Baha akan melakukan apa saja untuk menggembirakan anak kesayangannya itu. Satu demi satu ujian mendatang tetapi Baha tetap tabah mengharunginya walaupun dia sedar dirinya bagaikan tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan masalah yang sedia ada.Elly (Lisa Surihani), merupakan seorang wanita yang tegas walaupun penampilan luarannya seperti seorang wanita yang lemah lembut. Elly mempunyai konflik dengan bapanya Datuk Kudin (Zaidi Omar). Konflik antara mereka tidak pernah selesai walaupun Datuk Kudin berusaha untuk memulihkannya. Melalui Mia, Baha dan Elly mula rapat namun situasi ini menyebabkan Datuk Kudin mengambil kesempatan untuk memulihkan kembali perhubungannya dengan Elly.
Dalam usaha merapatkan semula hubungan Datuk Kudin dengan Elly, Baha menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Mia juga menjadi sandaran Baha dalam usahanya untuk merealisasikan impian Datuk Kudin. Tindakan Baha sebagai orang tengah akhirnya telah menyebabkan hubungannya dengan Elly sendiri menjadi tegang. Apakah yang menyebabkan Elly berkeras tidak mahu menerima kembali bapanya? Adakah kehadiran Mia dapat membantu melembutkan hati Elly? Jawapannya akan terlerai dalam ‘Papa, I Love you’, pada 29 Disember ini, di pawagam berhampiran anda.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rahsia Yusri Kawin Lisa Surihani Malam Jumaat

Cikgu Iza | February 22, 2012 | 12 Komen |
Wow MJ...

Mama belek-belek kalendar, 23.2.12 merupakan hari Khamis, Yusri dan Lisa bakal diijabkabulkan selepas Maghrib tarikh berkenaan. Pandai Yusri pilih tarikh, tentu ada 1001 rahsia di sebalik tarikh tu, tapi seperti orang yang pernah dan sudah berkahwin, mama rasa Yusri tentu ternanti2 Malam Jumaat dan Malam Jumaat lah yang dipilihnya untuk tarikh keramat berkahwin dengan Lisa. Sorry Yusri dan Lisa, tapi mama rasa tentu Yusri ternanti2 malam Jumaat yang spesial ni setelah beberapa tahun dia melayari Malam Jumaat keseorangan. Untuk peminat Lisa dan Yusri termasuk mama, jangan lupa untuk menonton pendedahan rahsia perkahwinan mereka menerusi Dokumentari di Astro Ria...

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam
-rahsia dating pertama mereka.. Yusry dengan Siti Amira!!

Episod 2 pula akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam
-tentulah kisah persandingan mereka

Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

New Straits Times kena tebuk

Cikgu Iza | February 22, 2012 | 1 Komen |
Malu nampak?

Pagi tadi waktu relief di kelas 2 C.. Boleh tahan gelagat mereka,.. setiap tahun kelas C memang ada ceritanya. Tahun lepas 5 C, sesiapa pun hilang sabar bila masuk kelas tu. Tahun ni mama ajar lagi, 4 C pun mama hampir2 hilang sabar, dan tadi relief 2 C, walaupun bukan kelas mama ajar cuma ganti jer, tapi bunga2 5 C tahun 2015 dah ada.. bising, main, kecoh, galak..... Sapa ada baca NST hari ni? Ada iklan susu Friso, ada nyanyi2 kata dia orang? Mama buka, dah hilang dah lagunya... Budak tu pun tutup muka.. Jom baca NST tapi dah kena tebuk!! Kalau tengok gambar tu, rupa paras NST masih lawa, tak ada sesiapa tahu yang dia dah kena tebuk,.. macam tu lah agaknya senario masa kini, betapa ramai perempuan cantik-cantik di luar sana, tapi berapa ramai pulak yang terselamat daripada ditebuk? Harapkan pagar, pagar makan padi, alahai cikgu...

Guru muda tiduri pelajar remaja

Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

Lisa Surihani mandi bunga,berinai,khatam sebelum Nikah 23.2.12

Cikgu Iza | February 22, 2012 | 9 Komen |
Mandi bunga sebelum hari bahagia 23.2.12
 
Pasangan merpati 2 sejoli.. Lisa Yusry

Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinannya dengan Yusry pada 23.2.12 ni. Walaupun Lisa gadis modern namun, dia tetap mengamalkan amalan tradisi Melayu sebelum bernikah dengan Yusry esok. Untunglah Yusry, sebab kulit  badan yang baru bermandi bunga ni biasanya segar, wangi dan halus. Dulu2 sebelum ada anak, mama selalu p spa nak mandi bunga, tapi sejak ada anak semuanya mama tinggalkan. Sebenarnya mandi bunga bukan hanya untuk wanita yang bakal bernikah, malah boleh diamalkan sebagai rutin wanita. Kalau kita nak kekalkan kulit yang halus, mulus wangi, selalu2lah mandi bunga. Sekarang banyak spa yang menawarkan pakej mandi bunga ni plus mandi susu juga.

Asmara jalanan

Tabik pada Lisa, walaupun modern tapi amalan tradisi tak dilupakan. Tapi gambar kat atas ni, kerana mahu dianggap modern mereka sanggup mengenepikan budaya dan tatasusila serta rasa malu dalam diri. Jom siapa yang sudi ikut... oppss cara Lisa ke cara pasangan tu? Tepuk dada tanyalah selera anda,..Pada mama, lagi syok beralaskan kelembutan tilam dan kesunyian serta kedinginan malam, bukan beralaskan jalan raya dikelilingi mata2 yang mencemuh,..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pertunangan Misha Omar dan Pemergian Latiff Ibrahim

Cikgu Iza | February 21, 2012 | 6 Komen |
Misha Omar dan Firos Ezzwan Rossly
 

Latiff Ibrahim bertemu-Nya

Memang betul kata orang hidup ini bagaikan roda, ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita bersedih. Di sebelah sini dunia ada yang bergembira, namun di sebelah sana pula masih ramai yang berduka. Itulah hitam putih kehidupan, kan. Tadi pagi time mama nak masuk pintu pagar sekolah mama yang tersergam indah tuuut, mama dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi era 70-an, Latiff Ibrahim petang semalam, dan pengebumiannya bakal diadakan pagi ni. Takziah mama ucapkan pada keluarga arwah, semoga tabah menghadapi saat2 sedih ni. Petang ni pulak, lepas bangun tidur, mama tak biasa tidur petang tapi hari ni mama balik awal dari sekolah sebab pening kepala... Cerita bab pening2 ni, pagi semalam kawan mama pening2, sakit2 perut.. call sekolah yang dia nak p klinik... hasilnya? haa kaannn dah poitif 5 minggu, mesejnya? kalau pening2 tu p check doktor mana2 tau positif??? Pagi ni jugak, kawan satu sekolah mama yang baru berpindah ke Banting dapat 1st baby girl, 3.5 kg melalui casserean...x kisah le lalu tingkap ke lalu pintu ke, yg penting baby dan mama baby selamat. Sebab mama dengar dia ni takut betul baby keluar lalu tingkap, takut body x boleh slim macam sebelum pregnant, walhal baby melintang dan nyawa baby serta ibu terancam!! Almaklumlah, kalau lalu tingkap mana boleh berpantang macam orang beranak normal,.. x da bengkung2, x da urut2,.. perut menggeleber jer. Itulah perempuan, kasih sayangnya terhadap insan bergelar suami maha besar, walaupun nyawa terancam namun masih takut2 penampilan di hadapan suami tak seperti dulu...Balik pada kisah Misha,..menurut sumber sah Misha bertunang hari ni. Bacalah kisahnya di sumber Gua.com.my tu ye. Tahniah Misha, tahniah Firos dan tahniah Adam sebab dapat baba...

pada kawan mama... baca kisah Dr Halina & Dr Sheikh Muzaphar
Dr Halina x berpantang tradisional badan tetap maintain.....
tapi mak kita bagi ke???

Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

Bermanja-manja dengan Mr Note

Cikgu Iza | February 20, 2012 | 5 Komen |
Haa.... kepala berjalan tanpa badan?
pss Yo kanan
Pss yo kiri plak

Semenjak bersuamikan Mr Note ni, mama asyik bermanja2 jer, rasa2nya tak mahu berpisah walau seminit. Mr Note pulaktu melayan mama dengan baik, mencurahkan segala kasih sayang dan kehebatannya terhadap mama. Mama apa lagi, ambil kesempatan la melayan kehebatan Mr Note tak kira siang atau malam, almaklum pengantin baru la katakan. Dalam hati kecil mama, mama bersyukur kerana mengambil keputusan berani bercerai dengan S2 hari tu. Kehebatan Mr Note suami baru mama memang tiada tandingannya, kalah suami-suami lain seperti Mr HTC, Mr Sony, Mr Tab dll. Pada mama Mr Note memang ternyata pilihan bijak untuk dijadikan suami. Tak payah tulis panjang2lah, cuba tengok macam mana Mr Note menggembirakan mama menerusi gambar kat atas,.. kalau tanpa Mr Note mama x leh buat macam tu... nantikan kehebatan Mr Note yang lain, jangan segan2 nak baca kisah percintaan pandang pertama mama dengan Mr Note....

Lawak bodoh tak de idea plus banyak keje... 
tapi enjoy kan..?

Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

Nafsu Terlarang Kencing di Muka

Cikgu Iza | February 18, 2012 | 18 Komen |
 
Nafsu untuk mengahwini Mr Note...

Akhirnya, tercapai juga niat mama. Mama pejamkan mata saja untuk mendapatkan Mr Note, tak mahu pikir ke belakang lagi. Cuma yang tak syoknya, dua hari lepas Mr Nott mama dapat, mama x dapat pulak nak update blog!!!, sebab? Mama belum reti nak bermanja2 dengan Mr Note, punyalah tekan sana sini badan Mr Note, sampai mama hampir2 giveup dan menyesal mama ceraikan Mr S2.. Mama ingat dengan perkahwinan baru mama dengan Mr Note ni memudahkan mama untuk update blog, rupa2nya hampeh,.. Tapi berkat kesabaran mama dengan Mr Note akhirnya mama berjaya juga.. Dan inilah hasilnya, entri terbaru mama setelah perkahwinan terbaru mama dengan Mr Note.. Sebenarnya, nasib baik mama berkahwin dengan Mr Note yang canggih nie, kalaulah perkahwinan mama hanya berlandaskan nafsu semata2, tentu macam kisah ni jadinya. Kesian siisteri, bukankah isteri harus dilayan seperti bidadari?.. Sanggupke jadikan isteri serupa jamban?? Jom baca kisah suami kencing di muka isteri di sini...Lepas nafsu kencing muka .

Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

Sharnaaz tak tumpang Shila Amza

Cikgu Iza | February 17, 2012 | 8 Komen |
 
Tumpang tengok sikit Shila...
Tumpang bahu sikit Sharnaaz..

 "Tidak seperti pasangan lain, mereka juga tidak pernah keluar ‘dating’ berdua 
kerana setiap kali berjumpa, Shila ditemani ibu ataupun adiknya. 
Sebelum ini Sharnaaz agak kurang mengerti apabila mendengar cerita 
mereka yang bercinta keluar ditemani ahli keluarga 
tetapi apabila dia sendiri melaluinya, dia berasa selamat dan selesa."

Baguslah Sharnaaz dan shila... jangan saling 'menumpang'.. masing-masing ada kerjaya dan masing-masing ada masa depan dalam industri seni, jadi tak payahlah nak 'menumpang' sesiapa.. mama sokong..  Malah, bukan sahaja tidak 'menumpang' dari segi populariti, malah menumpang dari segi2 ' lain' la ye,.. Mama cuma tumpang gembira saja melihat keakraban mereka berdua, semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke jinjang pelamin, insyaalah...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com