Offer @ Lazada

>

nuff

Berjemur Boleh Cepat Dapat Anak

Cikgu Iza | February 01, 2012 | 8 Komen |
Mahu Anak...Jom berjemur??...
Untung kita orang Malaysia, sebab kita tak perlu bersusah payah untuk ke luar negara untuk berjemur dan cepat dapat anak!. Tips ni amat sesuai untuk pasangan yang bersungguh2 mencuba untuk cepat mendapatkan anak. Pasangan muda baru kahwin sekarang bukannya tahu malu, tanpa segan silu menceritakan kisah malam pertama mereka untuk halwa telinga rakan-rakan. Walaupun baru dua minggu kahwin, sibuk bertanya tips mendapatkan anak daripada kawan2 yang lebih berpengalaman. Pada pandangan mama, sendiri punya sendiri simpan la.. tak payah nak kongsi2 cerita dalam kelambu dengan semua orang, takut nanti jadi bahan cemuhan pulak. Jika inginkan ilmu, banyak info yang boleh diperoleh menerusi internet ataupun berjumpa sendiri dengan doktor pakar. Tak perlu jaja kisah suami isteri dengan rakan2, walhal usia perkahwinan baru menjengah sebulan, inai masih merah di jari sudah sibuk 'lambat' dapat anak!!. Buat rakan2 yang dah tak sabar2 untuk menimang cahaya mata, mama nak kongsi info yang mama dapat dari sini. Menurut kajian, sinar matahari mampu menyeimbangkan hormon seks wanita dan meningkatkan bilangan sperma golongan lelaki. Vitamin D yang diperoleh daripada cahaya matahari juga mampu memperbaik kadar hormon progesteron dan estrogen sebanyak 13 % serta dapat mengatur kitaran haid bagi perempuan. "Wanita dikenal sulit untuk dibuahi pada musim dingin," tulis hasil penelitian itu. Tergelak mama, makin sejuk makin seronok kan??? isshhhh..... Namun begitu, jangan pulak terlalu lama berjemur di bawah sinaran matahari kerana takut pula terkena kanser kulit!. Pokok pangkalnya, kita perlulah besederhana dalam segala perbuatan. Walaupun terlalu inginkan anak,... namun janganlah pulak sampai memudaratkan diri. Agak2nya mat salleh yang ramai berjemur bogel di tepi pantai tu sebab nakkan anak ke???

Published with Blogger-droid v2.0.2

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com