Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Cantik Tapi Bodoh

Cikgu Iza | February 15, 2012 | 9 Komen |
Rihanna mahu seksi dan gengster.. tapi cantik ke?..

"Mama.. Iman cantik macam princess kan".. mama... sampai mama jawab "ya" baru mulut kakak diam.. Tu menunjukkan semua perempuan nak jadi cantik, walaupun budak2 macam kakak Iman,.. memang dah lumrah perempuan kot kan, nak jadi cantik dan cantik.. Tapi, walaupun nak jadi cantik, kita perlulah bijak. Jangan ikut sesuka hati saja ambil itu ini demi nak jadi cantik. Dalam Harian Metro hari ni ada memaparkan 8 produk kecantikan yang mengandungi merkuri. Kesemua produk ni dari Thailand dan Taiwan. Antaranya ialah, Daily Protecting Cream-Joie et Beaute, Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream with spf-15, Yoko Yougurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Cream Aloe Vera Extract. Mungkin bagi pembeli produk di farmasi atau di gedung beli belah ternama tak ada lah masalah produk2 'haram' nieh. Masalahnya, masyarakat kita yang tak kaya tapi tak miskin ni plak lebih suka mendengar kata penjual2 ubat di kaki2 lima atau di pasar2 Chow Kit.. Akibatnya, produk yang tak dibenarkan menjadi pilihan hati. Hasilnya? Bukan cantik yang dapat.. tapi merana badan

Merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, sistem saraf dan buah pinggang, 
ruam dan kesan teruk pada kulit... sumber HM

Nasihat mama pada diri sendiri, elak beli produk yang tak tentu isi kandungannya ni. Biar alah membeli tapi menang memakai. Jom pakat beli Safi Rania Gold...

 
Published with Blogger-droid v2.0.2
Enhanced by Zemanta

9 comments:

  1. takut juga tgk org yg pakai produk sampai merah terbakar muka .... munna pakai natasya..rasanya selamat tak kak...

    ReplyDelete
  2. Euuww! Rihanna taklah cantik. Imej seksi die lagilah tak cantik.

    Sy mmg tak berani nak guna produk yg entah apa-apa. Pakai jelah produk basic yang tak memudaratkan ape2. isau...

    ReplyDelete
  3. Saya dah 10 tahun dengan felisa... Muka saya masih mcm 10 tahun lalu mama aiman.. (sila jgn percaya sangat)

    ReplyDelete
  4. tu la...org skang sng sgt cair dgn pujukan org yg jual kt kaki 5 tu...lenkali beli je simen dkt kedai hardware tu...lekap je kt muke...heheh

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Kulit saya alah dgn alat makeup.
    Jadinya Dari muda sampai lah ketua ni
    Pakai baby powder dgn bedak sejuk.
    Hurmm...

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Sekarang ni macam2 produk berbahaya dah ada. Bagi saya, lebih baik bayar lebih utk produk yg berkualiti (dan selalunya lebih mahal).

    Ada segelintir peniaga yg ambil kesempatan dgn keghairanan wanita utk bermake up dgn menjual produk pada harga murah, tapi merbahaya.

    Seeloknya pastikan produk tu ada pengesahan dari Kementerian Kesihatan, kalau was2 lebih baik jgn guna.

    ReplyDelete
  7. betul..kena hati2 nak beli produk kecantikan..takut de kesan sampingan.bukan semua sesuai dengan kulit kita kan..

    ReplyDelete
  8. kena perhati betul2 apa yang kita taruk kat muka, nak pakai lama kan..hihi..teringin juga nak try safi rania ni..

    ReplyDelete
  9. sy xpernah guna safi.. hehe..

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com