Dahiyah ada Boyfriend..

February 26, 2012



Boyfriend Dahiyah hulurkan tangan... Dahiyah malu2...

Alaa... sporting la plak, cium tangan lagi..

Tadi mama pergi ke Pasaraya NSK di Sentosa, Klang. Pasaraya baru ni ala2 Econsave la sebab barang2 mentah seperti bawang, kentang, cili, sayur-sayuran dsb dijual secara borong dan harganya pastilah murah. Kata kawan mama harganya lebih murah daripada harga Pasar Borong Meru. Sebab tu lee mama terpanggil untuk ke Pasaraya NSK ni, nak tengok betul2 murah ke.. Sampai je kat sana, mama berasa pelik sangat sebab anak mama yang berumur setahun 4 bulan dah ada 'pak we aka boyfriend'!!.. Dari jauh mama lihat Iman Dahiyah tersenyum2 simpul. Mama dan abah tengok dari jauh je apa yang Dahiyah akan buat. Lepas tersenyum2, Dahiyah terus mencium tangan 'pak wenya aka boyfriend' yang baru je dikenalinya tu!! 
Patutlah macam2 benda yang pelik2 berlaku akhir2 ni,.. dalam Metro hari ni kisah budak umur 15 tahun dibenam dalam kolah setelah dirogol. Dalam Buletin Utama malam tadi plak budak Tingkatan 3 di asrama di Setapak trauma apabila diliwat di bilik asrama. Dua kejadian rogol dan liwat ni bukannya masalah baru di Malaysia. Setiap hari, pantang kalau kisah ni tak dipaparkan terutama di dada Metro. Walaupun kita tahu Metro sengaja mahu cari berita sensasi, namun mama tahu wartawan Metro x pernah berdoa pun agar kejadian sensasi ni berlaku setiap hari supaya Metro terus sensasi.. 
Balik semula kisah Dahiyah,.. mama takut sebenarnya sebab anak dara mama ni mudah sangat menjual senyumannya pada mana2 lelaki. Kalau ada Mamat Bangla atau Nepal menggula-gulakannya dengan air kotak, terus dia nak pergi ke Mamat Bangla tu. Semua ni peringatan pada mama dan abah agar lebih berhati2 mengawal anak2,.. Cuba bayangkan kalau mama leka, Dahiyah yang tak takut orang ni mesti akan ikut sesiapa saja yang 'baik' padanya,.. kalau 'patung' pun Dahiyah boleh tersenyum manja, apatah lagi lelaki yang bermulut manis, cair kot... Alahai anak mama, .....

Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

16 Comment

  1. hahaha ada botpren rupanya

    berbalik pada entri, kes liwat dan rogol menjadi2 sekarang nie, naik muak baca ttg berita tu. moga2 dihindari dan dijauhkan pada ahli keluarga kita...Amin

    p/s: tQ kak kerana sudi jengah ke blog yg tak seberapa dan merapu tu.

    ReplyDelete
  2. alalala.. comelnya Dahiyah...

    tu lah kan... orang kata betapa payahnya nak menjaga anak2 gadis ni... perlunya asuhan dan bimbingan yang terbaik buat adik2 dan anak2 perempuan kita

    ReplyDelete
  3. eh...bukan ke tu patung??hahaha..adoiyai..bahaya la skang ni.macam2 kes ada.hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg le patung.. Dahiyah bukan kisah azal ada tangan.. Dia akan cium tangan org tu!

      Delete
  4. comel sungguh anak mama ni..ye la..zaman skrg kes2 sungguh mengerikan..

    ReplyDelete
  5. hahaha, terkejut saya igtkan pakwe betul2.

    Ttg kes jenayah yg menjadi2 skrg ni amat merisaukan. saya ada terbaca juga kes pelajar berusia 15 tahun mati dibunuh di dlm kolah kt taiping tu. Begitu juga kes liwat di asrama sekolah dlm buletin TV3 td.

    Sama2lah kita beringat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom ada pakwe..cuma patung tp dahiyah x leh beza lg sbb skrg ni musim dia suka cium2.. Tadah je le muka ke mulut ke tgn ke smua dia cium...

      Delete
  6. Alalala~ baiknya dia. Salam siap cium tangan.. :) Pandai!

    ReplyDelete
  7. phewittt..kecok2 dah ada boyfriend ye....

    anak munna pun mcm tu kak... tak takutkan org klu org hulur je sesuatu mmg dia terus baik ngan org tu.... anak2 mcm ni mmg kita kena lebih hati2 kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp kna berhati2 ngan ingatkan anak2 jgn mudah percayakan org selain mama ngan abah je

      Delete
  8. hihi~.. mesti comel kan? budak tu bleh plak bagi tgn die.. :D

    ReplyDelete
  9. eh ingat dahiyah mane td..haha..betul kak..kena hati2 kan akak..kna pantau..kadang diorang mudah mengikut je..comeyy die

    ReplyDelete
  10. gambar kedua tu mcm real tangan budak. dahiyah tu saja nak test reponse mamanya kot.

    ReplyDelete
  11. @aReLaN tul tu arelan.. skrang mak bapak makin risau dgn kes2

    ReplyDelete
  12. kekadang tak sanggup kita nak baca paper tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. walllaaa...die!!! kecik2 dah ade boyprenn..kelas u!!!

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels