Klik@Lazada

nuff

Ghairah Pengawal Bontrot Pengantin

Cikgu Iza | February 09, 2012 | 6 Komen |
Ghairahnya pengawal bontrot...
Antara aksesori dalam beg bontrot..
opppsss peliknya....
Ghairah betul sipengawal bontrot pengantin, sampai tak sedar apa yang dibuat sama ada betul atau tidak. Sebenarnya. cerita kali ni masih tentang kisah majlis perkahwinan adik mama pada 4.2.12 ari tu. Punya lah banyak bontrot yang mak dan abah sediakan, sampai sipengawal bontrot tak menang tangan, kecoh betul la hari tu. Sebelum tu, mama nak tau, ada tak yang tak tau makna bontrot? Pada orang johor, bontrot biasalah, pada orang negeri lain mama tak tau... Bontrot ialah bungkusan makanan yang diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan, sebenarnya bontrot dah tak popular lagi sebab leceh dan banyak kosnya.. apa taknya, kena sediakan bekas makanan, kos nasi minyak, ayam/ daging etc. Sekarang lebih banyak tuan rumah sediakan bunga telur atau lebih mudah diberikan gula2 atau jajan saja. Maknanya, lepas salam kaut, tuan rumah akan beri ole-ole atau bontrot kepada tetamu. Dalam ghairah mengawal bontrot yang tinggi menggunung tu, mama dan lain-lain tak memberikan arahan yang betul kepada anak2 sedara tukang agih2kan bontrot. Akibatnya? Pukul 1 lebih je bontrot dah mula habis!.. Mak dah menggelabah sedangkan tetamu makin ramai.. nak dibagikan apa?.. Mama buka kotak.. haaa... jumpa sesuatu.. dan tanpa berfikir panjang mama masukkan dalam beg bontrot.. Cuba peratikan ole-ole saputangan tu.. apa yang peliknya? Tu laa.. akibat terlalu ghairah, sehinggakan semuanya jadi tunggang langgang... Apa taknya, 3.2.12 mama masih di Klang, uruskan merentas desa kat sekolah.. telefon mak apa yg kurang, mak kata semua katering dah urus.. ok la... sebenarnya mama x puas hati betul, mentang2lah otai-otai yang uruskan katering, menu katering pun dimanipulasikan oleh sipengusaha katering.. ada ke patut nasi briani plus ayam plus daging plus dessert nya karipap dan koci! Apa klas macam tu, tak patot betul.. sepatutnya bagilah puding ke, ais krim ke.. Lain kali, mesejnya, kalau nak buat majlis kena sama-sama uruskan jangan pakai lepas tangan, dan akhirnya kurang puas hati,.. Ok la.. apa yang peliknya pada saputangan ole-ole drpd pengantin tu yek? cuba perati betul2.. Tapi bontrot serius cakap memang sedap.. 


Published with Blogger-droid v2.0.2

6 comments:

Kalamhati said...

huhu tu la kan..semua mesti diuruskan bebetul..
org Johor sgt meriah dgn bontrot ni kan..seronok je KH bila dpt bontrot ni..ada beberapa kali penah attend kenduri kwn di JOhor

QueeN TerataI said...

bontrot ni bahasa apa? hehehehe

Deru Ombak said...

Itulah Keistimewaan kerja kawen.. Bak kata orang tua2.. Kalau tak pecah pinggan sebijik tak sah..
Meriah Nya pun Ada disitu, bila Ada sesuatu perkara yang tak dijangka terjadi...pasti dapat diatasi... :)

Keluarga saya pun masih menyediakan bon trot untuk tetamu. Dan kenduri nasi ambeng pun masih dipraktikan bila buat kenduri kecil.

'idun sa'idun said...

oooo.. skrg baru kita tau bontrot tu apa..

Denaihati said...

ha ha kalau xfaham bontrot, mesti ingat lain makna

KiD said...

orang-orang kejobos laaa yang masak2.. hehehe
bontrot aka berkat.. istilah kat kampung

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com