Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Hina Nabi Muhammad....

Cikgu Iza | February 11, 2012 | 10 Komen |
Lego made in Denmark? Tapi Halal? mengarut betulkan.. anak2 didedahkan dengan aksi begini 
dan seolah2 Nabi Muhammad tu Tokoh seks Islam?
MasyaAllah.....

Mama selalu belikan Lego untuk permainan Kakak Iman, abang Syahmi dan adik Dahiyah. Pada mama permainan ni bagus untuk menguji minda, daya tumpuan dan kreativiti anak-anak. Mana tau bila besar nanti boleh jadi arkitek ke, engineer ke,.. tak da lah cikgu cabuk macam mama.. Cabuk ke? Sebenarnya diri kita yang menjadikan profesyen kita cabuk atau cemerlang, bukan profesyen tu sendiri yang dah cabuk dan tak relevan lagi. Bayangkan kalau anak2 kita berguru dengan komputer dan robot je pada masa depan,.. tentulah jiwa mereka akan kering dan kosong. Sebabnya, guru bukan sahaja mengajar, namun menjadi pendidik dan penasihat serta pembimbing dan rakan baik bagi anak2 kita. Kalau tak,.. takkan lah semua ibu bapa sanggup dan merelakan anak-anak diajar oleh guru, baik ajar anak2 sendiri kalau x percaya akan guru. Baik pada kisah permainan Lego tadi,.. mama terjumpa permainan Lego yang menghina Nabi Muhammad menerusi FB. Maknanya jika mama belikan anak2 permainan Lego, mama ni pun simpan saham mendidik anak2 mama menghina Rasulullah???? Memang pun bukan niat mama, tapi bila dah tahu permainan ni sebegini, mama rasa baik mama belikan permainan yang made in Malaysia dan bercirikan Islamik sikit. Tapi persoalannya, ada tak pengusaha pemainan Islam yang mampu menggantikan permainan terkenal seperti Lego ni? Tugas ni dah macam fardhu Kifayah pulak kan... so bangkitlah anak2 muda yang bijak yang jadi arkitek, yang jadi engineer... cipta permainan kita sendiri acuan kita sendiri agar akidah anak bangsa kita tidak tercemar.. Terasa terpanggil tak?....

Published with Blogger-droid v2.0.2

10 comments:

  1. serangan dr pelbagai sudut, sehingga fikiran kanak2 pun nak diracun mereka..

    ReplyDelete
  2. tapi masih ramai org islam tak sedar diri tentang "peperangan" kafir ni

    ReplyDelete
  3. masyallah..begitu mudah dipersendakan..mana hilangnya rasa hormat

    ReplyDelete
  4. tiba2 rasa macam nak kena darah tinggi bila baca artikel ni..kekasih Allah dihina sebegitu rupa..??? eeee...geramnya!

    ReplyDelete
  5. teruk betul kena boikat permainan lego lepas ni..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah...skrg ni mcm2 cara org nak burukkan Islam....

    ReplyDelete
  7. itulah bezanya antara yang haq dan yang batil...

    yang batil akan kelihatan seperti orang bersalah yang terpaksa bermain taktik kotor untuk berjaya..

    Menurut sumber yg lebih sohih, Rasulullah meminang Aisyah melalui Abu Bakar tatkala Aisyah berusia 9 tahun dan dibiarkannya selama dua tahun sebelum perkahwinan dilangsungkan (11 tahun).

    Ia juga bukan atas dorongan seksual malahan lebih kepada memuliakan sahabatnya Abu Bakar r.a dan mengukuhkan tali persaudaraan..

    ReplyDelete
  8. Anonymous11 July, 2012

    macam mana kerajaan kita boleh allowed lego buka legoland kat jb kalau dia orang terang2 menghina Islam macam gini.. I think as Moslem kita kena protes or at least make lego apologize for what they've done...

    ReplyDelete
  9. Ramai org melayu tak terima yg lego bertaraf antarabangsa menghina islam. Ramai pula yang bila diajukan web menujukan lego menghina islam dikatakan sumber palsu...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com