lazada

nuff

Papa I Love You

Cikgu Iza | February 23, 2012 | 3 Komen |
Lisa Surihani tinggal 3 jam sebelum dimiliki Yusry


Mungkin ramai yang dah menonton filem Papa I Love You ni, tapi mama belum lagi sebab mama bukannya peminat fanatik filem dan mengikuti perkembangan filem tanah air. Kekadang tu mama x perasan pun ada filem baru, tup tup filem tu dah jadi lapuk. Kebetulan semalam Kakak Iman merajuk dengan abah.. almaklum, mama hantar kakak ke taska pukul 7 pagi, ambil pukul 6.30 petang, abah p kerja  pukul 10 malam, balik tak tentu bila. Cuma 4 jam je kakak Iman 'jumpa' abah, apa taknya kakak mudah merajuk. Adik Dahiyah pun macam tak mahu lepaskan abahnya, bila mama nak dokong dia palingkan muka seolah2 nak peluk erat abah. Abang Aiman pulak memang tak boleh berenggang dengan abah, mama usik dia kembar siam abah. Cuma satu mama nak ingatkan abah, walaupun anak2 merajuk dan rasa terpinggir tapi mama percaya jauh di sudut hati kecil mereka, mereka akan berkata :... "Papa I Love You". ... sebab tu, sementara anak2 masih kecil mama galakkan abah cuba ubah waktu kerja tu,.. hendak seribu daya x hendak seribu dalih,.. kalaulah abah dengar dan baca rintihan hati kakak Iman mungkin terbuka hatinya... moga2... amin..

Sinopsis Filem Papa I Love You...
 
Baha (Zalif Sidek) merupakan seorang bapa tunggal yang kematian isteri. Beliau mempunyai seorang anak tunggal iaitu Mia (Mia Sara Nasuha) yang bijak dan petah berkata-kata. Ketika arwah isterinya masih hidup, segala perbelanjaan harian keluarga ditanggung oleh isterinya. Konflik kehidupan Baha bermula sejak beliau di alam perkahwinan lagi kerana beliau tidak bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Begitu juga dengan keperibadiannya yag kurang keyakinan diri menyebabkan dirinya sentiasa berdepan dengan masalah dan dugaan.Walaupun kehidupan mereka sentiasa dihujani dengan masalah, Baha akan melakukan apa saja untuk menggembirakan anak kesayangannya itu. Satu demi satu ujian mendatang tetapi Baha tetap tabah mengharunginya walaupun dia sedar dirinya bagaikan tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan masalah yang sedia ada.Elly (Lisa Surihani), merupakan seorang wanita yang tegas walaupun penampilan luarannya seperti seorang wanita yang lemah lembut. Elly mempunyai konflik dengan bapanya Datuk Kudin (Zaidi Omar). Konflik antara mereka tidak pernah selesai walaupun Datuk Kudin berusaha untuk memulihkannya. Melalui Mia, Baha dan Elly mula rapat namun situasi ini menyebabkan Datuk Kudin mengambil kesempatan untuk memulihkan kembali perhubungannya dengan Elly.
Dalam usaha merapatkan semula hubungan Datuk Kudin dengan Elly, Baha menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Mia juga menjadi sandaran Baha dalam usahanya untuk merealisasikan impian Datuk Kudin. Tindakan Baha sebagai orang tengah akhirnya telah menyebabkan hubungannya dengan Elly sendiri menjadi tegang. Apakah yang menyebabkan Elly berkeras tidak mahu menerima kembali bapanya? Adakah kehadiran Mia dapat membantu melembutkan hati Elly? Jawapannya akan terlerai dalam ‘Papa, I Love you’, pada 29 Disember ini, di pawagam berhampiran anda.


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. Salam sejahtera.

    Adando TAG anda.

    Sila Layari:

    http://adando.blogspot.com/2012/02/segment-tambah-follower-tanpa_23.html

    Selamat menjointkan Diri dalam segment tu nanti.

    ReplyDelete
  2. kalau nak tau, kerana filem itu..
    anak dara ayu tamo tukar chanell lain

    12 jam ayik menghadap aksi mia sara.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sy xpernh tengok lagi akak..tapi d tengok d making aritu..suke adik mia berlakon

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com