Pages

@aimaniman |

Rahsia Yusry Lisa Bercumbu

Cumbuan pertama sang suami
 
Cumbuan sang isteri mohon restu

Mama rasa tentu ramai yang panik baca tajuk entri mama ni. Dari mana mama dapat korek rahsia Yusry dan Lisa bercumbu, padahal mereka baru je diakad nikahkan malam tadi. Lagipun apa salahnya Yusri dan Lisa bercumbu, mereka dah sah menjadi pasangan suami isteri kan.. Sebenarnya, mama disoal oleh student mama di kelas 5B pagi tadi. Student tu tanya,"cikgu apa maksud bercumbu?" Mama pun dengan yakin jawab bercium. Student tu kata salah, mama kata betul... Student tu pun tunjuk sisipan akhbar dalam darjah, mama tak ingat...Berita Harian kot,.. memang sah.. bercumbu maksudnya bijak berjenaka sebagai maksud pertama dan berciuman tu sebagai maksud ketiga. Betulke? Mama pun chek maksudnya kat sini. 



  = cumbuan 1 kata-kata manis yg dituturkan ketika memujuk (ber­kasih-kasihan dll); pujukan. 2 senda gurau; lawak jenaka. bercumbu-cumbuan 1 saling menuturkan kata-kata manis (ketika pujuk-memujuk, berkasih-kasihan dll). 2 bersenda gurau; berjenaka. mencumbu menuturkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll); memujuk. mencumbui menuturkan kata-kata manis kpd: Dia ~ isterinya.   

Jadi memang patutlah suami isteri pandai bercumbu-cumbuan aka berlawak jenaka, baru rukun rumah tangga kan. Lepas ni nak bercumbu-cumbuan je lah....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

13 comments:

Citarasa Rinduan said...

malam ini jom bercumbu dengan pasangan kita

(eikkkkkkkkkkkk komen ala2 18SG gitu.. hahah)

Liza Razak said...

oo..saya pon ingat cumbu-cumbuan tu maksudnya kissing2...hehe

Umi Anaan said...

oh...mcm tu rupenyerrr

Jendela Hati said...

hamboi2 pg2 kita bc entry pasal bercumbu laa hehe

Tiramisu Fatiema said...

tahniah..utk yusry n lisa..moga berbhagia ke syurga...

[sutera kasih] said...

laaa...baru tau jgk mksud pertama cumbu tu huhu

Aien Not Alien said...

ada maksud lain ek...hihi


baru tahuuu... ^_^"

wahida said...

oh ye ke...yg saya tau bercumbu tu adalah kissing je...hehe...


tengs for the info kak...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

memang sweet couple lah yusry dan lisa ni kannn =)

aimaniman said...

Betul tu sorang sweet sorang ensem papa yus

aimaniman said...

Akak pun baca kat bh semalam ruangan mewah bahasa..makna lain bercumbu

aimaniman said...

Tajuk entri je bercumbu tp maksud berjenaka.. X cencored pun kannn..

munna said...

selama ni lain munna ingat maksud bercumbu tu...nasib baik ada cikgu yg jelaskan kat sini

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012