@aimaniman |

Surat Cinta Untuk Mama

surat cinta buat mama...
Surat cinta dulu-dulu antara Romeo dan Julie ditulis menggunakan tinta emas di atas sekeping kertas bertaburan bedak wangi... ni kisah cinta monyet dulu2.. Surat cinta Romeo dan Julie modern bersandarkan luahan di muka buku. Namun surat cinta untuk mama? Sebenarnya, mama nak 'ubat' perasaan geram dengan berkongsi kisah ni. Semalam mama pergi ke Taski kakak Iman untuk bayar yuran Februari. Mama datang ke sekolah kakak dalam pukul 8.30 pagi. Dari jauh kedengaran budak2 menjerit2 mengikut ajaran guru.. yang jelas mama rasa mereka sedang belajar mengenal dan menulis huruf 'b'. Di satu sudut mama lihat kelibat kakak Iman. Raut wajahnya jelas menunjukkan kakak Iman tak gembira,.. kakak langsung x ikut sesi pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Kalau di kelas mama, murid seperti ni dah lama mama ketis, lebih2 lagi jika bukunya masih putih bersih, langsung tak ada inisiatif untuk mengikuti pelajaran yang diajar. Tapi kakak Iman berbeza, kerana bukunya dah siap sehingga huruf 'z'!!. Jelas kakak Iman 'boring' di sekolah, patutlah kakak Iman liat nak ke sekolah, sebab pelajaran di sekolah jauh ketinggalan berbanding pengetahuan sedia ada kakak. Kakak Iman dah kenal 'a,b,c..' sejak umurnya 3 tahun. Malah sejak umur 4 tahun kakak Iman dah boleh menulis namanya, nama adik2nya, nama mama dan nama abah sendiri. Sebab tu whiteboard kat rumah mama x pernah 'bersih'.. asyik ada je contengan kakak Iman. Jadi bila cikgu di Taski baru mengajar untuk memperkenalkan huruf 'b', patutlah kakak bosan sangat2. Mama tak kata kakak Iman pandai. Kakak Iman biasa2 jer, tapi proses mama kenalkan kakak pada huruf abc ni dah bermula sejak kakak tahu memegang pen lagi.. dan prosesnya berterusan, bukan sekali kakak gagal, mama give up. Moral drpd cerita ni ialah, mama harap ibu2 bapa2 memainkan peranan juga dalam proses pembelajaran anak2, jangan letakkan 100% tugas ni pada bahu para guru. Bayangkan jika anak2 sudah berada di tingkatan 4 atau 5 tapi masih gagal membaca dan memahami bacaannya, siapa yang patut dipersalahkan? Itulah senario yang mama hadapi di sekolah,...  Sambung kisah kakak Iman,..untuk meluahkan rasa bosannya,.. kakak Iman menunjukkan protes dengan 'menghuru-harakan' seluruh dinding dan kerusi serta skrin tv lcd kat rumah.. Kakak Iman tulis 'surat cinta' buat mama.... tapi bukan sehelai warkah yang dilayangkan buat mama  ... lihatlah sendiri surat cinta kakak buat mama di kerusi, ... mama nak cubit ke mama nak kata 'pandai, anak mama'?.... Tolonglah kakak Iman...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sudah baca sila komen

6 comments:

KiD said...

hehehee.. seawal 3 tahun yea..? yea laaa kan.. kita nak ajar dan asuh dia supaya tak tertinggal.. :)

whitecappuccino said...

dia nak lepas perasaan dia la tu kan? bagi whiteboard yg besar lagi kat dia.

Salina said...

bertuah sungguh anak2 ni kan..sama lah cam anak kita..

salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/

Denaihati said...

setuju sangat, xboleh nak lepas 100% pada cikgu, cikgu ada berpuluh2 murid dlm kelas utk diajar n pantau.

Deru Ombak said...

Erkkk... Jadi keje nak memadamnya.

Zefa NorAsmara said...

Aduhai anak... sama juga yg berlaku di rumah kami, dinding penuh dgn 'hasil tangan' maryam. Bila ditegur, jawabnya ibu tak sediakan kertas banyak2.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012