AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Yusry Lisa Selamat Pengantin Baru

Cikgu Iza | February 23, 2012 | 1 Komen |
Cantiknya Yusry dan Lisa..
 
Ciuman tanda kasih Yusry pada Lisa

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Yusry Abdul Halim, 39, dan Lisa Surihani Mohamed, 26, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak tadi. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran. Masa mama tengok Astro Awani pukul 9.00 tadi, wartawan dia kata, antara hantaran yang Lisa hadiahkan buat Yusry ialah koleksi lagu The Beatles. Tu baru isteri sayang suami, tahu apa minat suami, kan Lisa....
 

Antara ucapan tahniah ditujukan buat pasangan pengantin baru. Kalau rasa2 nak ucapkan selamat buat mereka bolehlah layari segmen Ucapan khas buat Lisa dan Yusri di sini. Mama pun dah sampaikan ucapan tahniah kat situ.


Penyampai Astro Awani ni begitu ghairah nak sampaikan liputan langsung perkahwinan Lisa-Yusry. Menurut beliau barulah mama tahu Lisa hadiahkan koleksi The Beatles tu. Kemudian, majlis akad nikah ni turut diserikan dengan acara berbalas pantun antara keluarga pihak perempuan dengan keluarga pihak lelaki. Bab ni lah mama salute kat Lisa, walaupun gadis modern, namun nilai2 ketimuran tak dilupakan lebih2 lagi pada majlis bersejarah buat Lisa. Barulah Lisa boleh ceritakan pada anak cucu nanti kan.. Kalau nak tengok liputan penuh, jom layan Astro Awani pukul 1030 malam nie.....


Published with Blogger-droid v2.0.4
Enhanced by Zemanta

1 comment:

Jendela Hati said...

tahniah kepada pengantin, sweet sgt lisa, berseri2...

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com