Pages

@aimaniman |

Aiman loves Vanilla Coklat

Aiman Loves Vanilla Coklat

Mama rasa macam menyampah masa tengok episod akhir Vanilla Coklat minggu lepas. Sebenarnya entri ni mama kena buat minggu lepas, tapi sebab sibuk teramat sangat, jadi malam ni baru mama sempat nak meluahkan perasaan terhadap cerita yang menjadi kegilaan ramai ni. Mama rasa jalan cerita ni dah best dah pada awalnya, macam mana pembaca dihidangkan dengan pengalaman manis pasangan baru berkahwin. Yang baru berkahwin tu mungkin dapat menghayatinya, malah yang dah lapuk ni pun tersenyum2 mengingatkan kisah lama tuut. Pelakon antagonisnya pada mulanya membuatkan mama benci tapi dalam episod akhir mudah sangat nak 'mematikan' peranan watak Iqram Dinzly. Patutlah cerita Melayu tak macam sinetron Indonesia yang emak mama ikuti walaupun episodnya beratus2. Dalam setiap episod ada konflik baru, walaupun kekadang konflik sengaja diada2kan. Contohnya dalam sinetron Anugerah di TV9 pukul 5.30 petang Isnin sampai Jumaat. Memang best tengok peranan watak Nabila, Mawar dan lain2. Tak macam Vanilla Coklat, tetiba jer bapa Zara terdengar perbualan komplot nak memisahkan anak dan menantunya. Dalam episod akhir, tetiba je bapa Zara berjumpa Iqram, marah2 sikit, Iqram 'bertaubat', bapa Zara 'terima', bapa Zara minta maaf ngan Aiman.... issshhh mudahnya jalan ceritanya,... pas tu wujud konflik sikit sebab 'bapa' Zara malu nak minta maaf kat 'bapa' Aiman... Zara pura2 sakit, sebab sakit semua ahli keluarga jadi 'cair' dan bertemu,... kisah Zara tak mengandung pun dijelaskan oleh doktor... isshhh sebab tu le mama tak tengok sangat episod akhir Vanilla coklat, sebab tipikal drama Melayu yang amat 'ringan' dan tidak memaksa penonton berfikir dan 'mengalami' debaran menanti saat akhir cerita..... Pada mama Drama Vanilla Coklat hanya menarik penonton yang gila dengan keayuan dan kehenseman Aiman Hakim & Izara Aishah... tertipukah kita?

tapi yang penting Aiman Syahmi memang suka aiskrim vanilla coklat

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

15 comments:

KiD said...

nak aiskrim vanilla.. nak aiskrim coklat.. heheehe

gnesop said...

tak pernah tgk pun citer tu...
vanila coklat? Sop pun suka.. hehehe

Aine Ainun said...

kan...saya setuju...kalo da meleret n merepak sgt2 la pulak..cerita melayu..


agknya dah takda bahan lain nak tarik penonton

nyanyisunyi said...

cerita tu akak tenguk sesekali je..pastu langsung tk tenguk...walaupun heronya hensem tp sebab jalan citernya tak menari tu yg tk tenguk...

Hani Syahani said...

haah ek,betul jugak,lyn jugak cite ni tp boleh dikire,tu pon kebetulan ade ms utk layan,nk menghayati cite ni betul2 mang x ler..sekadar tgk muke pelakon dia yg cun berbibir monggel tu. hehehe

aReLaN said...

aiskrim vanila coklat,saya pon nak.hahah...nama pon drama melayu.tu yang saya memang tak tengo langsung.kalau betul2 best je baru download n layan.hihi

aimaniman said...

yupp akak dah lama x tengok pun tp sbb aiman dan zara tertengok gak..

aimaniman said...

ramai yg kata sbb kehenseman dan kecunan hero dan heroin ramai org gila vc tp pelik siap ada fan club vc. . apa ntah yg bessnya..

aimaniman said...

mama pun bukan ikuti stiap episod pun.. cuma bila kakak iman 'mengalah' br mama dpt tengok..kalau x tengok tv iq je ler...

aimaniman said...

biasa lee sebab faktor pelakon dan jln cerita ringan filem laku so penerbit pun amik kesempatan ler...

Pok Amai-Amai said...

Klu sy, jgn hrp nak tgk....=p

msredcheesecake said...

aunty msred pun suka layan vanila cekelat, citer dan eskemnya skali... heee

lelamaisara said...

Anak saye suke coklat tak suke Vanila..heheheh

munna said...

last epsd hari tu munna x tgk...skrg ni layan astro bella je hari2

Bobo said...

drama melayu ni selalu berakhir dgn kekecewaan dari penonton, sbb tu malas nk tgk..kehkehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012