Pages

@aimaniman |

Akhirnya Kau Selamat Dilahirkan...

 Kelahiran ke-3 yang ditunggu-tunggu...

Kalau nak dikata mengandung normal, dah di'scan' memang normal. Nak dikata ada masalah masa proses melahirkan, rasa2nya semua masalah dah berjaya diatasi. Namun, entah apa sebabnya, kelahiran yang dinanti2 tertunda selama hampir setengah tahun!..Kalau mengandung ni, boleh dikata mengandung gajah?!.. Tapi alhamdulillah, akhirnya kelahiran ke-3 ni selamat juga, malah rupa paras 'baby' baru keluar dari oven tu jauh lebih cantik dan hebat berbanding yang sulung dan kelahiran kedua. Agaknya puas dah bermacam2 doa dipohon, walaupun lambat kelahiran kali ni betul2 hebat. Semua orang membelek 'baby' baru keluar dari oven ni, semua memuji kehebatan dan kehebatannya. Mungkin ada yang kata "siapa ayahnya.. siapa ibunya.." Mulalah siibu dan siayah takbur, kembang kempis hidung, sedangkan selama ini, puas siibu dan siayah dihina, dikeji, disindir..dek kelewatan kelahiran kali ini. Betullah kata orang, biar lambat asal puas hati... Nak tahu kisah selanjutnya kelahiran lewat ni?.. tekan tajuk di bawah yer...

Ya.. itulah kelahiran baby baru, Inersia, majalah sekolah mama yang ke-3!!!. Inersia sepatutnya lahir pada bulan Oktober, 2012, tetapi dek macam2 kesilapan dan masalah, kelahirannya terlewat hampir setengah tahun dan hari ini, tanggal 20 Mac 2012, Inersia selamat dilahirkan dengan sempurna. Tahniah buat sidang redaksi 2011. Walupun 1001 macam kejian yang dilempar, namun anggap je semua tu sebagai asam garam dalam mematangkan kerjaya kita. Sekarang giliran mama pula, agak2nya berapa bulan mama 'mengandungkan' adik Inersia ke-3?.. Rasa2nya baby Inersia ke-4 lahir tahun ni, atau tahun depan?... Berjaya ke mama?.. doa2kan yer... insyaallah,... ni yang mama tolak ke tepi blog ni, nak tumpu perhatian terhadap 'kandungan' mama... he hee..

Baby betul x da, Baby Inersia 2012 pun x pa ler...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

12 comments:

QueeN TerataI said...

salam mama.. lama queen x kunjung ke sini.. alhamdulillah dpt kunjung lg.. akhirnyakan... terbit juga majalah sekolah tu ye mama. dulu pun pernah jd juga kat sekolah queen ajalah lewat diterbitkan.

Pok Amai-Amai said...

Hehehehehe....mamakah editornye? Cool!

Fatin Mraz said...

dah ke-3 ya?

eelobor said...

huhuhu....bikin suspen jer

Tihara said...

Tahniah..atas kelahiran ini,betul lah kata orang..lambat tu lbih manis ;)

munna said...

majalah sekolah ye mama...apsal baru yg ke3...sekolah baru ke

lieynanilaz said...

alhamdulillah...peanntian yg memberikan kepuasan...

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...

aimaniman said...

@QueeN TerataI

selamat berblog semula... yuppp lewat sikit sebba macam2 masalah,.. masing2 tuding jari, nyamuk le yg salah, gajah tetap le betul..

aimaniman said...

@Pok Amai-Amai

mama cuma penyelaras majalah, yg mengumpul bahan dan jd editor bidan terjun...

aimaniman said...

@eelobor

napa.. ingat lahir baby ker???? isshhh cukup2 ler, x kan setahun 2 koot.. isshh

aimaniman said...

@munna

sekolah mama dah 7 tahun, tp baru thn ke-3 tahun lepas terbit majalah, thn ni thn ke-4 ler..baru nak bertatih belajar nak terbit majalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012