Baby Hatch Nyawa Kedua

March 27, 2012

Please maa... jangan tinggal daku...
 

step 1
 
step 2
 
step 3

Meruntun hati mama bila melihat bayi tak berdosa tu ditinggal oleh ibu kandungnya. Mama masih ingat saat mama mendakap baby iman, baby aiman dan baby dayah buat pertama kali, betapa bahagia dan gembiranya mama sebab mendapat mereka. Tak kisahlah walaupun baby iman kena dok kat ICU sebab lambat menangis, dan baby dayah pun kena tahan di ICU sebab kes lebam di muka takut effect pada otak??!.. namun kasih mama membuatkan mereka sekarang ni sihat walafiat. Mama tak tahu  macam mana perasaan ibu2 yang sanggup tinggalkan baby kat mana2, malah ada kes terbaru, pura2 'terjumpa' baby dan x mengaku baby tu baby dia. Mana entah sifat dan naluri keibuan tu.. Semua ni kerana terbuat, termengandung, tersilap langkah, dan kesemua ter.. tu le yang membuat baby montel tu dibuang. Namun dalam sisipan BH hari ni ada disediakan alternatif bagi ibu2 yang ter2 nie, sebab banyak lagi di dunia ni yang mahu menjadi ibu, cuma Allah belum memberikan peluang untuk mereka. Alternatif paling ideal ialah menempatkan baby ni di Baby Hatch. Walaupun alternatif ni seakan2 menggalakkan gejala seks sebelum nikah dan gejala termengandung tetapi, kesalahan 'ibu bapa' janganlah dibebankan kepada baby2 tu. Baby2 yang 'tidak' diingini ni sebenarnya berpeluang untuk hidup. Siapa kita untuk 'membunuh' mereka? So, serahkan baby ni di Baby Hatch, pusat perantara baby sebelum diserahkan kepada 'ibu bapa' yang sanggup menerima mereka. Difahamkan bukan setakat baby luar nikah, namun baby yang tidak cukup sifat juga ada yang di'serah'kan oleh ibu bapa di sini. Namun kuasa Allah, baby yang sumbing dan kudung tangan telah diambil oleh 'ibu bapa' yang menagih kasih sayang anak.. dibaiki masalah sumbingnya dan hidup bahagia dengan ibu bapa baru.  Joom rakyat Malaysia, berhijrahlah minda jangan asyik ambil jalan mudah setelah ter... dengan membuang bayi anda. Insyaallah masih ada yang sayang...

 maklumat lanjut? klik di sini.... www.orphancare.org.my
Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

11 Comment

  1. Anak anugerah Allah yang terindah..insyallah satu hari nanti pon sy akan lalui..masih ramai yang berusaha nak baby..tapi senang2 je ada yang buang..sedih

    ReplyDelete
  2. sedey kan..kucing pun tau syg anak..ni kan manusia..tahla..x paham =(

    ReplyDelete
  3. tak fikir langsung nak buat camtu ;(
    nak nak bila tgk muka comel mereka..aihh..

    ReplyDelete
  4. Hurmm...

    Terima kasih berkongsi cerita..

    ReplyDelete
  5. anak anugerah yang tidak ternilai..tak patut seorg ibu mensia-siakannya kan..ms si ibu tu dah berada di alam barzakh doa anaklah yg jadi penyambungnya..tp kalau si anak pun tak kenal si ibu hmmm....

    ReplyDelete
  6. Manusia dah hilang pertimbangan..sampai sanggup wat mcm tu...sedih....

    ReplyDelete
  7. sedih tengok orang buang baby..
    anak tidak bersalah!

    ReplyDelete
  8. sedangkan haiwan pon sayangkan anak..inikan lagi mnusia yang dkurniakan akal fikiran..sgt memalukan

    tak tau la ap nak jadi dunia zaman sekarang...zalimmm sgt2..huhu

    ReplyDelete
  9. salam akak..

    berkaitan kes berlakon kata bayi tertinggal tu kan?

    pd pndpt lady die sygkan anak tu.. sebab tu die x sgp buang.. tp buat mcm tu sebab yakin ade org akan ambik dn jaga.. tp die x terfikir dgn cr tu die akan dicekup..

    ReplyDelete
  10. sedih tgk baby tu...tapi sekurang-kurangnya nasib dia tak seburuk yg dibuang begitu saja seperti sampah

    ReplyDelete
  11. dah buat, taknak jga pulak.

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels