Pages

@aimaniman |

Bibik untuk Suamiku

Sanggup ke?
 

Kisah amah dengan gaji RM700 untuk satu jenis pekerjaan membuatkan mama terfikirkan sesuatu. Apa salahnya kalau jadi 'bibik' untuk suami. Mama nak pilih kerja jaga anak, kemas rumah, membasuh, menggosok baju, dan memasak. Jumlah 5 jenis kerja kalau didarabkan dengan 700 bermakna RM3500, ditambah OT pada setiap sabtu dan ahad, 8 kali sabtu dan ahad sebulan didarab 100 = 800. Bermakna pendapatan kasara bibik RM4300. Wow, boleh tahan tu. Tapi angan2 mama tak mungkin kesampaian sebab suami mama tak mampu nak membayar bibik sebanyak tu, sebab tu mama kena kerja juga untuk berkongsi beban perbelanjaan rumahtangga kami. Mama timbulkan kisah ni, untuk membuka mata para suami. Bayangkan, tugas rutin yang dilakukan oleh para isteri sebenarnya tidak ternilai harganya. namun sampai bila, para surirumah tangga dianggap bukan sebagai kerjaya?.. Adakah sampai surirumah ditukar sebagai 'amah' baru tugas murni ni dianggap sebagai kerjaya? Walaupun surirumah tidak memberikan pulangan ekonomi terhadap negara, namun kejayaan mereka mendidik anak2, memberikan impak besar terhadap kepimpinan masa depan negara. Jom, para isteri, kita 'tuntut' hak kita? Bukan nak berdemo tapi setakat nak menyedarkan para suami, peranan para isteri ni besar... dah le bekerja tolong suami, malah jadi 'amah' tak berbayar di rumah. Tapi yang jelas, bayarannya amat besar di 'sana' nanti,..itu janji-Nya.....


tapi yang jelas amah Indon takkan dibayar 1 kerja RM700 pun,.....
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

17 comments:

whitecappuccino said...

sebab tu para suami mesti tau menghargai para isteri.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

As salam.
Dtg sini sbb nak jenguk sapa gerangan yg memfollow blog kita tadi. Oh akak rupanya. Thanks ye. Kita pun dah follow blog akak.

Hani Syahani said...

aah, kalo gaji segitu,mang sy benti keje terus, sanggup jdik bibik...! hehehe

Deru Ombak said...

Hurmm... Status seorang isteri dengan seorang bibik tak sama..

Biarlah seorang suami itu menghargai isteri, kerana dia adalah isteri, Dan seorang isteri pula janganlah minta dihargai kerana terasa diri sebagai bibik..

1 bibik 1 tugas ni tak mungkin terlaksana.. Sbb kita semua tak setuju.

QueeN TerataI said...

sbnrnya kerjaya sbg surirumah ni lbh byk dpt pahala kan.. betul kata mama tu para isteri akan mendapat byrn yg setimpal di sana nnt.. InsyaAllah jika isteri melakukan setiap kerja dgn ikhlas. dan para suami juga haruslah mengharagi dan menghormati isteri sepertimana suami menginginkan dirinya dihargai dan dihormati oleh isteri...

amiey lee said...

alhamdulillah suami pun berkongsi tuk buat kerja rumah bersama2

Teenager Housemaid said...

menjadi surirumah tu tugas yang paling mulia dan tak ternilai..:)

munna said...

saling bantu menbantu pasti tak perlu pun amah tu...

atuk said...

Assalamualaikum

moga para isteri solehah akan di tempatkan Syurga

LadyBird said...

tugas suri rumah tugas yg murni.. xde nilai harganya.. membentuk anak2 menjadi seseorg yg berguna pd agama, bangsa, dn ngr...

Ujie said...

walaupun kerja2 rmh bkn kewajipan isteri, tapi kita rela buat tanpa bayaran khas. Allah jua yg membalas..

KakAsma said...

Aimaniman,
salam kenal ...baru dapat dtg hari nih..cuti..sume cuti...datang lagi nanti.

aimaniman said...

@whitecappuccino

yuppp doa2 le smoga suami2 tau menghargai pengorbanan isteri bukan takat tau 'mendera' fizikal dan mental isteri jer..

aimaniman said...

@Deru Ombak

yuppp.. x samakan isteri=bibik... isteri lain, walau macam mana pun isteri ttp isteri, tp cuma tugas tu kekadang dah 'lebih' teruk drpd bibik dan x pernah diiktiraf,..

aimaniman said...

@QueeN TerataI

yupp smoga pahalanya berganda2 di sana kan...

mummY daniSha said...

salam kenal kak...sy x setuju betul amah indon 1 keje gaji 700..melampau plak rase huhu

eLLa n aLia said...

takut lah nak khwin klu bgini.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012