Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

MAIJ Bantu Adik Dirang...

Cikgu Iza | March 13, 2012 | 9 Komen |
Tiada lagi mee segera buat Dirang..

Ibu mana yang tidak hiba bila dengar kata2 "Kenapa biarkan anak saya mati".. sedih dan pilu rasa hati, mama tak tahu apa yang akan terjadi pada mama jika anak mama senasib Dirang.. Mayatnya hangus terbakar oleh pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. Dalam satu kenyataan, MAIJ bakal membantu menguruskan pengebumian adik Dirang, almaklum jenazahnya hanya tinggal serpihan sahaja. Mungkin sedikit kelegaan pada ibu Dirang apabila jenazah Dirang bakal diuruskan seperti jenazah sempurna. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata bahawa kita perlu mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku, menurut beliau lagi, "Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," lebih2 lagi yang disyakki membunuh adalah orang Islam!!.. Pihak JKM pula akan memberikan khidmat kaunseling dan bantuan RM200 sebulan kepada ayah tiri mangsa sehingga beliau mendapat pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

Kasih ibu sampai ke mati...

Iktibar daripada peristiwa ini, pada mama kejadian ini mencerminkan kepayahan hidup masyarakat Melayu di tengah2 bandaraya. Banyak lagi kisah masyarakat yang meruntun jiwa, yang wataknya ialah anak-anak keluarga Melayu. Harap2 lepas ni, pihak JKM lebih' membuka mata', jangan selepas berlakunya sesuatu benda yang buruk baru nak membantu...
Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

  1. memang memilukan.manusia skang semakin kejam.malaysia dah semakin tak selamat.hmmmm

    ReplyDelete
  2. dunia semakin kejam..

    ReplyDelete
  3. kita pun kena berhati-hati..bahaya di mana2...

    ReplyDelete
  4. Sedih sangat tgk berita ne....

    ReplyDelete
  5. tak tau nak salahkan sape, kite tgk sedih, lagilah perasaan ibu dirang Allah je yg tau..:'(

    ReplyDelete
  6. sian adik tu kan. tp salah mak dia gak kan. leka ngan fb, ilang anak... hmm...

    ReplyDelete
  7. bila baca kisah adik Dirang mmg emosional munna dibuatnya....lagi2 sebagai ibu yg ada anak yg hampir sebaya dgn anak munna... baca paper hari ni..penejenayah tu cuma kata sebab dia dihina dan di keji oleh nenek Dirang ...dirang yg jadi mangsa... Al-Fatihah buat arwah adik Dirang.. sesungguhnya syurga sudah pasti tempatnya

    ReplyDelete
  8. yg baik jdkan teladan, yg buruk jadikan sempadan..
    sedih dgr citer ini..

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com