Pages

@aimaniman |

Result SPM 2012 dan Reporter Haram

 Dah besar 'anak2' mama....

Geng yang betul2 'mencabar' kesabaran mama... Aniq, Faizzuan,Afwan,Haziq,Azim..

Renukha...macam Melayu jer dia ni..

21 Mac 2012 menceritakan segala2nya. Segala debaran, segala penantian berakhir dengan episod separa gembira. Gembira kerana kesemua 'anak' mama lulus Bahasa Melayu tetapi agak sedih kerana mama tahu mereka mampu memperoleh keputusan lebih baik jika sikap dan komitmen mereka terhadap pelajaran lebih baik. Jika geng Azim, Aniq, Haziq, Afwan.. tak tidur, tak membuatkan darah mama naik setiap kali masuk kelas, tak buat lawak bodoh, tak.... tapi semuanya dah jadi kenangan. Hari ni mereka datang dengan seribu harapan, dan harapan mereka termakbul dengan keputusan yang sesuai dengan usaha dan sedikit kudrat yang mereka curahkan. Pada mama jika mereka curahkan lebih banyak kudrat, mungkin sejarah boleh diubah. Namun, betullah kita tak boleh mengulang kembali sejarah yang berlalu, namun kita mampu untuk mencipta sejarah masa depan. Maksud mama, sejarah bakal tercipta jika 'anak2' mama 5B tahun ni, mampu sedar dari lamunan lebih awal. Tadi mereka jadi reporter haram, berkeliaran menyibuk melihat gelagat calon SPM tahun lepas mengambil result. Mama lihat Izzad Danial, Asrul Ashraf, Azli, Kughan, Yagnesh dll menjadi reporter haram tak diundang. Alangkah baiknya jika mereka sedar bahawa, pada masa yang sama setahun yang lalu, 'anak2' mama yang mendapat keputusan SPM 'boleh tahan' tu juga sama seperti mereka, tak mahu duduk di kelas, x suka duduk di kelas, dan hasilnya? ... Mama yakin kamu boleh buat, dan mari sama2 kita buktikan ok... Insyaallah..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

7 comments:

whitecappuccino said...

tahniah kepada mereka!

QueeN TerataI said...

anak2 murid mama yer... tahniah buat mama dan mereka juga...

Munnafendy said...

nak amik semangat sebenarnya tu =)

munna said...

mesti mama pun berdebar nak tunggu keputusan mereka kan mama

Deru Ombak said...

Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua anak2 yang berjaya, yang kurang berjaya, jgn putus Asa, masih jauh lagi perjalanan..

Pok Amai-Amai said...

Klu sy jdk mama, cikgu yg mendidik anak2 murid mcm nie...mst memgalir airmata. Tapi mama mst dah lali kan? Hehehehe....

Sha said...

ramainyaaaaa anak you..hhehehe

anak didik ye? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012