Pages

@aimaniman |

RM 900 Gaji Minimum

Kaya sangat ke Malaysia ni sekarang ni?
Yang dinanti2 akan tiba malam ni..

Gaji Minimum bakal diumumkan oleh Dato' Najib Razak pada malam ni. Mama berharap pengumuman  ni bukan setakat retorik pemanis bicara sahaja. Kalau gaji mimimum diumumkan, diharap kuasa beli masyarakat juga akan meningkat, bukan sebaliknya.  Ini bermakna, pengumuman gaji minimum bukan diikuti oleh pengumuman kenaikan harga barang, terutamanya minyak dan barang2 keperluan lain.  Apa guna gaji naik tapi kuasa beli makin kurang. 
Adakah pengumuman gaji minimum ni betul-betul hadiah ikhlas ataupun gula2 menjelang PRU 13? Tak kisahlah nak pru ataupun tidak, namun tanggungjawab menyediakan kadar gaji yang kompetetif dengan keperluan dan perkembangan ekonomi semasa adalah tugas kerajaan yang diberikan mandat.  Tugas perlu dilaksanakan dengan sewajarnya agar jurang ekonomi pekerja bawahan ni tak le selebar mana berbanding tangga gaji yang diberi mandat. Insyaallah mandat tu hak kami untuk diberikan kepada sesiapa yang bertanggungjawab.
Berita terkini intipati pengumuman oleh Dato' Najib :
Malaysia akan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900 untuk tenaga kerja di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan.  kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan. Gaji minimum ini meliputi semual sektor pekerja di negara ini kecuali tenaga kerja domestik seperti pembantu rumah. Ini bermakna, pekerja-pekerja di Semenanjung akan menikmati gaji minimum RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala pekerja di Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Tahniah kepada pekerja di Malaysia. Sekurang-kurangnya gaji kita tak le lebih rendah daripada gaji pembantu rumah Indon yang demand sangat tu.  Mama dengar ada pekerja kilang di Shah Alam yang gajinya antara RM 450- 500 jer, patut ke? Lepas ni, pasti kebajikan para pekerja terbela, tq Tok Jib. 

Jom tunggu depan tv berapa gaji minimum ... dah diumumkan pon
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bersih 3.0 Berjaya Capai Matlamat

Ramainya snap gambar, nak update blog ker?

Banyak blog yang cerita pasal Bersih 3.0. Mama rasa mama pun patut cerita juga sebab cerita ni memang hangat diperkatakan sekarang ni. Mama dapatkan sumber dari 3 akhbar online iaitu mynewshub.com, Sinar Harian dan mstar online. Mama tak baca akhbar ataupun tak tonton berita bukan kerana mama boikot, tapi sebab mama memang dah tak beli akhbar lagi sejak dah ada akhbar online ni, dan berita kat tv memang mama tak berpeluang nak tengok sebab kakak Iman suka tengok tv IQ dari buka mata sampai tutup mata!..

Tuntutan Bersih 3.0
  1. Bersihkan Senarai Undi
  2. Mereformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Bebas & Adil
  5. Masa Kempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Ada desas-desus mengatakan Bersih 4.0 akan dilakukan jika tuntutan Bersih 3.0 tidak diterima. Oleh sebab blog mama ni hanyalah blog cerita anak2 mama, so mama tak mahulah kupas dalam-dalam. Tapi dalam fikiran mama, Dato' Najib kisah ke dengan Bersih 1, 11, 3.0 dan bakal 4.0 ni, atau dia ketawa berdekah-dekah melihat ketidakmatangan lawannya.  Pada mama, mama masih memegang prinsip bahawa kita perlu bertindak ikut mata hati dan akal fikiran yang rasional dan bukannya hanya berdasarkan pandangan luaran semata-mata.  Jika kita rasa ada yang tak betul, maka gunakan hak kita sebaik-baiknya. Dengarnya, ramai peserta Bersih 3.0 terdiri daripada anak-anak muda. Persoalannya, sudahkah mereka mendaftar sebagai pengundi?  Kalau mereka hanya hebat 'berkokok' tapi tak mampu melaksanakan tanggungjawab, rugilah perjuangan ni. So, tepuk dada tanya hati dan akal. Berjayakah kita jika tindakan kita berdemonstrasi ni ibarat manusia tak bertamadun. Sedangkan Tanah Melayu dulu mencapai kemerdekaan pun menerusi perundingan, kenapa kita yang jauh lebih moden ingin memilih cara yang 'sukar' ni? Entahlah....

Bersih 3.0 mencipta sejarah

Tapi satu je yang mama suka dengan Bersih 3.0 ni, sebab entri Bersih 3.0 jelas mencapai matlamat dan mencipta sejarah bagi blog mama sebab keyword Bersih 3.0 29 kali dijenguk.  Kebiasaannya, keyword2 lain setakat 1,2,3, atau 4 jer, Bersih 3.0 29 kali tau. 

Bersih 3.0 saujana mata memandang
Persoalannya mereka ni menyokong atau hanya pemerhati?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bersih 3.0 Versi Sinar Harian Vs MyNewsHub

 Mynewshub.my kata Bersih 3.0 rasinalnya gagal...

Pendapat orang ramai dalam SH

Mak cik Ambiga kata Bersih 3.0 success dalam SH

Lensa Mynewshub.com memaparkan peserta Bersih 3.0 ibarat binatang

Pening kepala mama. Sejak akhir2 ini mama sering membaca akhbar alternatif secara online saja memandangkan akhbar harian konservatif lebih condong pada pihak2 tertentu. Jadi, untuk mendapatkan berita yang terkini, dan lebih penting, yang telus dan tidak memihak mana2 pihak, mama baca akhbar online, antaranya mStar online, Mynewshub.com, dan Sinar Harian. Nak tau pasal gossip artis pulak mama p Gua.com ataupun blog Beautifulnara atau rotikaya. Namun, pada mama, akhbar2 online ni pun semakin tidak telus dan semakin condong kepada pihak tertentu.
Contohnya, lensa dan berita tentang Bersih 3.0 di Dataran Merdeka ni, kalau kita tilik2 berita di Mynewshub.com seolah2 pro kerajaan  dan berita di Sinar Harian seolah2 pro pada pembangkang. Mama berasa amat sedih dengan perkembangan ni. Sebelum ni, mama rasa bahagia apabila membaca berita secara online, tapi sekarang nampaknya tak ada mana2 akhbar pun yang boleh dipercayai. Mama sebagai rakyat biasa, tak mahulah mendengar berita yang pro mana2 pihak. Kalau pihak a betul kita harus terima hakikat dan pihak b harus akur bahawa pihak lagi satu betul dan begitulah sebaliknya. Inilah peranan utama yang harus dimainkan oleh pemberita. Tak kiralah pemberita akhbar konservatif mahupun berita online ni. Mama harap pemberita ni berpegang teguh pada etika kewartawanan dan jamulah kami dengan berita yang benar dan telus, ok.

 Pada mama, Bersih 3.0 macam ni yang harus diwar-warkan. Jom kita buat..

Tarikh  :  Ahad, 29 April & Selasa, 1 Mei 2012
(sebab cuti)
Lokasi  :  Rumah masing-masing
Permit  :  tidak perlu
Alatan  :  Penyapu,mop, daan sewaktu dengannya
Aktiviti  :  rujuk banner Bersih 3.0

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kembar Siti Norhaliza

Dayang Siti dan kembar
Zahnita Amy dan kembar

Tak sangka kan Siti Norhaliza, Dayang Norfaezah, dan Amy Mastura ada kembar kan.. Walaupun bukan kembar seiras tetapi kalau melihat kedua-duanya mesti ramai menyangka mereka kembar. Gambar yang mama snap kurang jelas, jadi kalau nak lihat lebih jelas, klik di sini http://mynewshub.my/2012/04/19/artis-kembar-tempatan-dan-luar-negara/
Tapi pada mama, kembar dari Malaysia  lagi cantik kerana wajah wanita Melayu ni penuh keunikan dan kaayuan original berbanding kembar luar tu. Setuju tak? Ok lah, mama nak buat final touch up untuk bilik MBMMBI nak tolong kawan2, siapa ada bahan bolehlah emel mama. Boleh kan??

Published with Blogger-droid v2.0.4

DiGi Wow Awards Hadiah iPad3

dapatkan di Groupon.my

Kalau nak tablet murah, bolehlah dapatkan di Groupon.my. Tapi tablet yang tak ada jenama la, almaklum harganya pun RM299. Tapi ada 1 cara lagi nak dapatkan iPad original tanpa keluarkan duit! Tak kecur ke tengok iPad3 free? Mama kalau boleh memang nak satu. Walaupun G Note dah ok, tapi agak kecil untuk menaip, so kalau ada iPad3.. memang amat mudah untuk berbw..Caranya amat mudah untuk dapatkan iPad3 ni dan yang penting tak payah keluarkan sesen pun duit tau..
Kalau nak tahu caranya, teruskan membaca ye.

Guru Sweet 25

Guruku Hot Momma?? 

Kalau guru semuanya ala-ala hot momma, tentu masalah ponteng macam kacang jer. Tapi, walaupun x macam hot momma, guru ni sweet 25 je. Nak tahu rahsia guru sweet 25? Tentu semua pelik, guru2 yang dah remaja purba ni pun perasan masih sweet 25 kan.. Bukan perasan, tapi memang kenyataan tau. 

Bulan April
- Tarikh gaji ialah pada 25 April 2012 (Rabu)

Dah percaya sekarang? Gaji guru memang 25 hb setiap bulan kecuali jika ada perayaan dan jika 25 hb tu jatuh pada hari Ahad. Jadi, tak kiralah sama ada 25 hb pertengahan minggu ke, awal ke atau akhir minggu ke, guru memang tetap 25. Beruntung kan kalau sentiasa 25 ni,...

Tapi, petua mudah nak sentiasa sweet 25 bukan pada tarikh gaji jer, tapi pada tahap kesihatan hati masing2. Jika hati sentiasa muda remaja, sihat walafiat tanpa tampalan virus phd, insyaalah kita akan setenang dan semuda 25 sentiasa. Jom kita renovate hati supaya sentiasa 25...

Fuuih penatnya renovate hati.. x siap2, banyak sangat yang rosak??
Published with Blogger-droid v2.0.4

Kes Adam Adli Bunuh Diri di UPSI

Adam Adli and the Gang merusuh di UPSI

Pelajar wanita semester 4 membunuh diri  di UPSI

Dalam kesibukan dengan tugas harian mama sempat2kan diri juga untuk menghupdate blog mama yang dah bersawang sikit2 ni. Minggu lepas je, rasa2nya 2 entri je mama buat. Sibuk melampau2 la 2-3 minggu ni. Tapi semalam hati mama tersentak dengan berita seorang penuntut wanita UPSI meninggal dunia dek bunuh diri di blok kuliah pada waktu petang akibat tekanan perasaan. Pada mama, memanglah ajal maut di tangan Tuhan tapi sebab-musababnya tu yang mendorong mama untuk menulis juga di blog ni. Kejadian bunuh diri tu berlaku ketika sebahagian pelajar UPSI baru sahaja menamatkan kuliah tambahan pada sebelah petang. Pelajar itu maut akibat jatuh dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu pukul 5.15 petang semalam. Perkara yang memusykilkan mama ialah kejadian berlaku pada sebelah petang ketika penuntut baru menamatkan kuliah, bermakna ketika itu ramai orang. Kalau ramai orang, tak kan le tak ada seorang pun yang tak perasan rakan mereka memanjat tembok koridor?.. Proses memanjat tembok koridor oleh seorang perempuan tentu memakan masa, so tak ada sesiapa pun ke yang perasan atau ingin ambil tahu? Adakah penuntut sekarang ni tebal sangat sifat engkau engkau aku aku dalam diri aka sifat individualistik sehinggakan pelajar yang murung tidak diambil peduli? Entahlah Labu.... pokonya sirakan sudahpun meninggal dan aman di 'sana'. Semoga kejadian ini tidak berulang di UPSI dan di mana2 universiti sekalipun. Bukan sahaja rakan, malah pihak HEP juga harus memikir kembali peranan masing2 agar perkara tersebut tidak berulang kembali.

Begitu juga kes Adam Adli and the Gang yang seberani atau 'sebodoh' itu merusuh tanpa memikirkan nasib masa depan mereka. Adakah Adam Adli and the Gang ni di'kambing hitam'kan oleh pihak2 tertentu? Satu lagi yang memusykilkan mama, kenapa peristiwa hitam ni berlaku di UPSI, universiti pendidikan yang bakal melahirkan para guru yang bakal mendidik generasi Malaysia akan datang?  Mama harap dua peristiwa hitam ni, iaitu kes Adam Adli dan kes penuntut bunuh diri membuka mata setiap pihak, jangan asyik menuding jari, kaji diri masing-masing kerana perbuatan mereka mencerminkan kepincangan sistem kita di sana-sini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pizza Hut Zahir Haiqal Sedap

sedappp..

Dah masuk dua hari mama tak hupdate blog. Mood nak mengupdate blog ni kurang sangat kerana idea terbatas dan masa pulak terhad. Almaklum, nama je kerja cikgu ni sekerat hari tapi cuba cari dalam kamus mana kalau masuk kerja pukul 7.20 dan balik pukul 5.30 tu sebagai kerja sekerat hari??? Kerja pejabat pun masuk pukul 9 keluar pukul 5, cikgu?? Masuk pukul 7.20 keluar pukul 5.30 tau. Kalau punch masuk 7.21, nama dah 'naik' tau.Tapi bila balik pulak melebihi pukul 2.30, tak da dikira ot la pulak. Kesian kan cikgu? Sebab tu, mama tak da mood nak berblog dan berbw....

Hari ni mama sempat2kan diri update cerita kejap, tu pun cerita tentang mama call PHD, tetiba yang datang bekas2 anak murid tahun lepas. Punya le teruk mereka diusik oleh bekas2 guru, namun mereka tetap cool tersengih2 jer. Jom layan Pizza Hut sedap ni,.. cuma tengok gambar je yee...  by by

Published with Blogger-droid v2.0.4

Motivasi Sentuhan Hati UNIC

Sedutan laporan mama dalam dokumentasi program  bersama UNIC pagi tadi. Mama tak galakkan baca sebab panjang sangat, cuma mama nak kongsikan bersama saja tentang keistimewaan program pagi tadi. Kalau ada sekolah yang mahu menjemput UNIC untuk program motivasi, mama rasa berbaloi la walaupun kosnya agak tinggi iaitu RM 3500 sebagai bayaran penceramah. Bagi sekolah kecil macam sekolah mama, kos tu agak besar ler, namun berbaloi la kerana banyak impak positif yang mama lihat hasil daripada program tadi.

Jom baca sedutan dokumentasi mama, hanya sedutan tau, yang detailnya x bolehlah nak copy n paste di sini nanti muntah berdarah nak baca...
            
              Program murni ini telah berjaya mencapai objektif asalnya iaitu meningkatkan motivasi pelajar, khasnya calon-calon PMR dan SPM 2012. Penceramah, iaitu Saudara Fadzli UNIC telah berjaya menarik perhatian para pelajar untuk setia mengikuti program menerusi kepetahan beliau bersuara dan aktiviti menarik yang dijalankan. Antara aktiviti yang segar dalam ingatan para pelajar ialah “freeze dan free freeze”.  Aktiviti ini melatih pelajar agar patuh akan arahan. Apabila mendengar ceramah dan ajaran guru di kelas mereka perlulah ‘freeze’ iaitu menumpukan perhatian sepenuhnya dan apabila sessi ‘free freeze’ pula, mereka boleh membuat apa-apa sahaja untuk melepaskan tekanan setelah fokus terhadap pelajaran.

            Aktiviti seterusnya yang berjaya meninggalkan kesan dalam diri para pelajar ialah kepentingan membaca Bismillah dan berdoa sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, terutamanya sebelum mengikuti sesi pembelajaran.  Penceramah telah menayangkan video seekor kambing yang boleh tenang setelah dibacakan kalimah Bismillah dan bacaan doa oleh pemiliknya. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan kalimah Bismillah dan kepentingan doa sehinggakan haiwan boleh tunduk, inikan pula manusia yang memiliki akal dan fikiran.

            Beberapa orang murid juga telah dipilih untuk ke hadapan dan melakonkan aksi berdasarkan nyanyian yang disampaikan oleh ahli UNIC. Jelaslah kehebatan mereka mampu menggerakkan pelajar berkenaan agar memberikan kerjasama secara spontan. Aura ahli UNIC  ini jelas mampu membuatkan para pelajar memberikan repons positif dan aksi spontan apabila diminta.

            Secara keseluruhannya, aktiviti ini jelas telah berjaya mencapai objektifnya.  Hal ini berdasarkan respons dan kerj sama yang dimainkan oleh para pelajar.  Selain itu, disiplin para pelajar turut terkawal menandakan mereka memberikan fokus sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan.  

Cuma yang kurangnya ialah  mentaliti masyarakat di Malaysia ni susah nak terima asal nasyid je mesti untuk orang Islam. Akibatnya, budak2 India kelas mama semua pakat tak datang hari ni. Alasannya nasyid untuk orang Islam. Siapa yang ajar, mama pun tak tahu, sedangkan nasyid kini bersifat universal, boleh diterima pakai untuk semua kaum di Malaysia. mama rasa dia orang pikir kalau dengar nasyid, masuk Islam kot? Hisshhhhh ceteknya pemikiran mereka.. so tugas para kaunseling ni sedarkan mereka bahawa nasyid tu universal, program pun universal nak tanam motivasi bukan nak Islamkan korang... ceeehhhh kesian la masih ada masyarakat moden yang berfikiran kuno cam ni...

Jom layan gambar pagi tadi pulak.. mama masukkan dalam dokumentasi dan 2 in 1 untuk majalah juga... la la la laa.... buat kerja mesti smart maa...






Syoknya belajar dengan Cikgu Lisa Surihani dan Yusri

 Mengajar ke berlakon ni Lisa dan Yusri

 Masalah ponteng tiada bila Lisa jadi cikgu..

Matlamat kerajaan untuk mewujudkan situasi sifar ponteng di sekolah-sekolah bakal menjadi kenyataan jika Cikgu Lisa Surihani dan Cikgu Yusri meneruskan niat mereka untuk bertukar angin berubah ke profesyen perguruan. Apa taknya, kalau ke panggung untuk menonton lakonan mereka kena beli tiket, kalau nak tengok VCD pulak, kena keluarkan duit juga. Tapi bila Lisa dan Yusri jadi cikgu, anak2 murid dapat menonton mereka secara percuma. Pada pendapat mama, bukan saja anak murid malah bapa2 murid pun dengan hati terbuka akan menghadiri setiap program sekolah, terutamanya mesyuarat PIBG dan Hari Report Kad, almaklum dapat berjumpa dengan guru kelas Lisa dan Yusri!. Pihak sekolah pula tak perlu pening kepala nak memikirkan cara memungut dana kerana Lisa dan Yusri pasti dapat menarik ramai pengunjung, maka dana sekolah mencurah2 masuk.

Mama bermimpi rupanya? Sebenarnya Lisa dan Yusri merupakan antara selebriti yang sanggup turun padang untuk menjayakan Program TFM (Teacher For Malaysia) week. Lisa telah menjadi guru Geografi sementara Yusri pula menjadi guru Bahasa Inggeris selama satu jam di sekolah terpilih. Bertuah anak murid cikgu Lisa dan cikgu Yusri, kan? Menurut Lisa, pengalamnnya sebagai guru itu membuatkannya lebih menghormati profesyen perguruan. Betullah 'hanya jauhari mengenal manikam'.. bermakna hanya orang yang pernah berada dan pernah menjadi guru sahaja yang tahu suka duka kami. Menurut Lisa lagi, cabaran guru kini adalah untuk menarik perhatian anak murid terhadap pelajaran. Pada mama, tugas menarik perhatian dan tumpuan pelajar tak susah bagi Lisa dan Yusri, almaklum mereka selebriti. 

Namun, objektif pembelajaran tercapai ke.. Takut2 mereka lebih tertarik untuk bercerita tentang perkembangan semasa artis berbanding subjek yang diajar. Lagi satu perkara, untuk menjadi guru selama satu jam belum dapat mengukur tahap kesabaran seseorang guru. Budak2 ni pandai, mereka bijak 'berlakon' terutama di hadapan 'orang luar', lagi2 jika ada lensa kamera di mana2. Sebab tu, time 'orang besar' datang, seolah2 kelas semua x da masalah, seolah2 budak2 ni rajin2 belaka, seolah2 masalah ponteng ni hanya khayalan palsu para guru, seolah2 kisah murid biadap melawan guru ibarat kisah dongeng para guru...  Tepuk dada tanya le minda yang kritis, sudah arifkah kita dengan perangai anak2 sendiri? Masalah disiplin murid seolah2 masalah lama yang sentiasa tak berhenti2 dipalu, hanya paluannya berbeza2 mengikut firasat masing2... So, bantulah kami, bukan hanya sebagai penonton yang hanya tahu menuding jari...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mama lega Iman Operate


Teringat masa dulu-dulu, betullah masa lalu tak mungkin dapat diulang semula. Saat gembira mestilah kita hargai sepenuhnya kerana kita tak tahu bila saat2 sukar dan sedih akan menimpa diri kita. Bila dah terkena pada batang hidung barulah nak menyesal, dan pada masa tu memang dah tak berguna apa2 lagi. Lagi satu yang mama belajar daripada peristiwa semalam ialah kita perlu sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang dianugerahkan kepada kita, sebab kita tak tahu bila pulak kesihata tu akan ditarik semula.

Penat semalam habis meeting bidan terjun Inersia  pukul 5.15 petang tak habis lagi, mama dikejutkan pulak oleh berita tentang kakak Iman. Terkedu mama apabila dinasihati oleh doktor bawa kakak Iman jumpa doktor bedah esok!!. Mama tanya personal dengan doktor, "kanser, ke?" Alhamdulillah... Tapi hati mama belum lega lagi kerana melangkah je kaki ke klinik pakar bedah HTAR pagi tadi, suasana 'kurang enak' dengan ramai pesakit, poster tentang kanser, keadaan doktor yang tegang.. membuatkan hati mama tambah cuak. "Iman Athirah.." Mama terus ke meja nurse apabila nama kakak dipanggil, mama dibawa ke bilik doktor pakar.. "ni patient doktor ke?" tanya nurse... hati mama, siapa yang tahu masa tu. Mama rasa nak menjerit bila terpampang nama doktor dan kepakarannya tentang kanser!!.. Doktor raba, doktor picit, doktor belek... "ni bukan patient sini, cuba u refer pada pakar bedah mulut"... Nurse pun arah mama ke tingkat atas sebelah kanan. Di klinik ni keadaan lebih tenang kerana almaklum rakyat mesia ni belum terlalu mementingkan kesihatan mulut dan gigi. Asal dah gosok gigi, makna penjagaan mulut dan gigi dah setel. Sorang2 pesakit mama lihat, ada mangsa accident yang terbelah dari bibir hingga mata, habis berjahit muka sianak gadis. Ada yang mama lihat bermasalah lidah, ada kanak2 down syndrom dan macam2 lagi. Hati mama bercampur baur..


Akhirnya, selepas dilakukan scan dan dirujuk pakar bedah mulut, kakak Iman kena juga menjalani operation pada tarikh yang ditetapkan pada kad tu. Cuma operation ni bukan sebab barah dan bukan ketumbuhan. Bengkak di bawah dagu kakak Iman yang mama sangka dagu berlapis kerana gemuk tu, menandakan ada kelenjar air liur bercampur lendir yang terkumpul di situ. Doktor takut air liur yang bertakung akan memberi kesan buruk dalam jangka panjang, so mama rela kakak Iman dioperate. Jauh di sudut hati mama, mama lega kerana kakak Iman tak ada penyakit yang ditakuti tu. Pengajaran juga bagi mama, hargai dan syukur akan kesihatan yang dianugerahkan kepada anak2.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Doktor Operate Potong Iman

Iman selalu menangis sejak akhir2 ni. Kekadang mama tensyen gak dengan perangai kakak iman yang mengada2 tu. Tapi hari ni mama tahu punca kakak iman suka merengek. Mungkin sebab rasa kurang selesa yang dialaminya sekian lama. Sejak dia berumur dua tahun lagi mama dah terpandang kelainan ni, tapi semua orang kata tak da benda. Adik mama yang doktor pun bila chek dia kata ok2 jer, hati mama lega, tapi jauh di sudut hati mama masih risau. Hari ni mama bawa kakak ke klinik. Doktor raba kakak. Doktor kata kakak kena operate. Doktor bagi reference letter. Doktor suruh mama bawa jumpa doktor pakar bedah esok!!!. Mama tensyen, hati mama mana yang tak tensyen?.. Abah kata mama gatal tanya doktor. Mama sambil nangis kata walau sebesar zarah perubahan pada diri anak mama, mama akan cari puncanya. Baru abah cool dan mahu teman mama esok dan ambil mc untuk jumpa doktor. Mama call adik mama yg doktor tu, memang doktor ni dianugerahkan sifat cool ke dalam diri? Punya le dia jawab guna cara psikologi betul. Cuba kalau mama, habis tahap tensyen dah terkeluar daripada kata2 mama. Esok mama akan cuba mendapatkan maklumat yang sepatutnya daripada doktor tentang kelainan pada kakak Iman. Malam ni bila kakak iman tanya, mama kata esok doktor lain nak jumpa kakak, mama teman. Mama harap khabar gembira buat mama esok. Insyaalah, mama terus dan terus berdoa semoga kakak Iman dijauhi daripada musibah.. kesian anakku ya, Allah...

Click Fraud Potong BE Nuffnang

Jangan sampai bila nak cash kita melopong sebab Click Fraud tau...
 
Click fraud berlaku apabila individu ataupun program komputer membuat penipuan klik pada iklan yang dipaparkan online tanpa niat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan ataupun membuat pembelian. click fraud adalah menjadi masalah besar kepada search engine dan juga website / blog yang mempunyai iklan di site mereka.
 
Antara perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger-blogger baru yang membawa kepada Click Fraud ialah :-
  1. Tinggalkan komen di chatbox/shoutbox seperti ini " I dah click Nuff ads U, U Click Nuff ads i balik ye"
  2. Tinggalkan komen di ruangan komen untuk entry (perkataan yang sama seperti diatas)
  3. Letakkan tajuk iklan Nuffnang seperti ini " Please Click This", "Click this, i'll click u back", "Click and PM me".
  4. Letakkan dalam entry/post yang menyuruh visitors click iklan Nuffnang mereka "Please click ads below".
  5. Click iklan Nuffnang sendiri banyak-banyak kali dalam sehari.
  6. Click iklan Nuffnang sendiri dari PC yang berbeza di office banyak kali.
  7. Buat banyak blog dan register blog tersebut dengan Nuffnang kemudian click semua iklan dalam semua blog tadi dalam satu-satu masa.
  8. Rajin tukar setting IP address dan kemudian click iklan Nuffnang sendiri. 

Mama no 1,2,3 dan 5,6,7,8.. insyaallah tak buat ler click fraud aka penipuan klik ni. Lagipun blog mama cuma ada ni le satu2nya. Pas tu no 8 tu gerenti mama tak reti nak buat. Tapi tang no 4 tu yang mama risau,.. sebab mama letak title suprise dari Nuffnang!!. Ni dikira click fraud juga ker. Dah le earning Nuffnang mama sikit, kalau mama nak cash out nanti takut2 dipotong plak macam kisah ni..Yang pertama dulu hampir RM200, tapi disebabkan Nuffnang kata ada fraud clicks di blog nie, maka diorang potong earning Jamal tue jadi RM80 lebih je. kesian kan blogger ni!. 
Mama tak tau ler tu kisah benar atau tidak sebab mama belum pernah nak cash out earning Nuffnang mama sebab baru je 90 hengget, kalau boleh tu bagi le banyak sikit.. tapi kalau ditolak lagi sebab mama buat title ala2 click fraud tuw, abis ler, pada Mr Nuffnang tolonglah jangan potong duit mama yer... please....

1 tips daripada blogger ni nak BE yang lain dari yang lain
buat back link pada Nuffnang

Adam Adli and The Gang Mansuh PTPTN PRU 15

Orang Islam tak ajar macam ni dik.. takut2 nanti orang yang nak sokong, jadi mual kerana sikap melampau macam ni.. kita kalau benci orang pun jangan sampai membelakangkan agama..
 
 Mereka adik2 sebangsaku..

Kepetahan berbicara tidak disalur ke jalan yang betul ni dik..

Mak pesan, study rajin2 lulus nanti boleh bantu keluarga. Mama rasa semua ibu akan pesan lebih kurang macam tu masa anak2 cium tangan terakhir sebelum ibu dan ahli keluarga meninggalkan pagar kampus. Semangat berkobar2 sbg freshie rupa2nya tidak ke mana. Bila mama tengok gambar demo mansuh ptptn ni hati mama sedih sebab mama juga ibu macam ibu Adam Adli and the gang yang rata2 orang Melayu. Setiap ibu bukan harapkan balasan, tapi cuma inginkan kejayaan anak2 mereka. Rasa mama setiap ibu berdoa macam tu. Mama dapat bayangkan jika Adam Adli tu anak mama, betapa mama mengalirkan air mata sedih teramat sangat sebab Adam yg dr sebesar ibu jari dikendong, kini apabila besar sanggup memusnahkan masa hadapan. Betul jadi pemimpin dan berkorban demi ideologi tu baik tetapi perlu le ikut saluran yg betul. Buat adik Adam dan mahasiswa yang lain, mama rasa jika habiskan pengajian dengan keputusan terbaik dan jadi seseorang yg 'besar'..mama rasa suara Adam dan rakan2 lebih didengari berbanding jika seperti anjing menyalak bukit yg adik2 lakukan sekarang. Setiap kejayaan tu harus dibayar dengan pengorbanan dik, dan tiada jalan singkat untuk berjaya. Kalau adik2 'mengamuk' macam ni, Dato' Najib dengar ke?Malah adik2 kena buang dr u lagi...  Kalau mama tengok ketua2 demo tu semuanya anak Melayu, betapa ruginya korang. Dah le profesional lelaki Melayu kurang, yg bakal nak ada, kena buang pulak! Kalau adik2 ada ijazah..jd orang besar, menang pilihanraya..nak mansuh ptptn ke, nak bagi percuma semua benda ke boleh punya dik.. syaratnya kena habis belajar dulu bukan demo sana sini.. Khas buat Adam Adli, habiskan study dan menang PRU ke-15 nanti..insyaalah PTPTN mansuh time tu..



Published with Blogger-droid v2.0.4

TRIAD ok Awi Rafael terkeluar Mania

 Ahmad Dhani Triad dan Mania

Rocker rupa2nya AD ni

Triad - The Rock Indonesia Ahmad Dhani. Siapa tak layan Mania malam ni rugi sebab tak dapat tengok The Rock Indonesia Ahmad Dhani menyanyi dengan suara latar artis perempuan Mania. Rasa macam tengok konsert pulak bila tengok Shila Amzah, Jacqlyn, Alyah, Adira dll mengiringi Ahmad Dhani menyanyi. Tapi time tengok Aubrey Suwito kata tentang pilihan sms, jelas dia x puas hati Mania ditentukan oleh sms peminat sahaja sebab tu empayarnya runtuh satu demi satu dan minggu ni seorang lagi penyanyi di bawah empayarnya iaitu Awi Rafael terkeluar. Entahlah, sama ada dia kurang popular atau kerana seluar pink nya membuatkan awi rafael terkeluar minggu ni. Peminat perempuan x suka penyanyi lelaki berseluar pink kot? Harap minggu depan saingan lebih sengit,..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Share My Nestle Incredible Story




Kit kat the best kata kakak iman & syahmi 

Fuuuyoo.. angkat tangan siapa yang kehidupannya tidak pernah diserikan oleh Mr Nestle? Sebenarnya banyak produk yang bernaung di bawah jenama Nestle ni. Antara produk yang paling biasa kita gunakan ialah Milo. Mama memang turun temurun telah menikmati kelazatan milo ni. Sejak mama kecil, abah mama sering menghidangkan air milo ais dinosour untuk mama dan adik2. Tradisi ni mama teruskan untuk anak2 mama pulak. Siapa yang tak pernah rasa milo ais dinosour memang rugi, sebab nikmatnya memang x terkata tau. Cara nak buat mudah jer, tambahkan susu secukup rasa, lepas tu tambah ais, taruk air dan tambah milo beberapa sudu besar,.. milo terapung di permukaan gelas tu ler nikmat tak terkata tu. Lagi satu nostalgia milo ni ialah van milo sering datang ke sekolah2 sama ada untuk mempromosikan minuman milo atau menaja sesuatu kejohanan sukan. Mama ingat lagi, semasa van milo datang ke sekolah, budak2 beratur mengambil air milo guna cawan milo, cikgu2 pulak beratur mengambil air milo guna jag!!

 Mitos tentang Nescafe 

Nescafe feveret mama & abah

Mitos tentang nescafe pun sering kita dengar. Bagi ibu2 mengandung, nurse dan doktor memang tak menggalakkan ibu2 minum nescafe kerana mengandungi kafein. Tapi sebagai ibu bermaklumat, kita perlulah mencari maklumat yang berkaitan agar tidak mudah tertipu. Sebenarnya, nescafe boleh diminum oleh ibu mengandung asal sahaj tidak melebihi had yang sepatutnya. Lepas tu, kalau ibu2 dah suka sangat minum nes ais macam mama masa mengandungkan kakak Iman, jangan takutlah baby 'gelap'... kakak Iman ok jer, putih melepak... faktor genetik pun kena ambil kira, kalau mamanya dah putih tak kan ler anak hitam pekat kot kan...

Masakan tak da ummph tanpa kiub ni.. 

Kiub ayam dan tomyam maggie ni pulak benda yang wajib ada dalam peti ais mama. Almaklum, mama ni ibu bekerja, mana nak sempat nak tumbuk itu ini. Kalau badan penat, masukkan ayam beku dalam microwave.. pecahkan bawang ala2 style chef tu, ambik le beberapa helai daun limau purut untuk aroma, rebus ayam dan campak jer kiub ayam dan kiub tomyam maggie, tunggu sampai ayam empuk... tarraaa.. siap hidangan mudah lagi berkhasiat. Tipu le kalau ibu2 tak pernah gunakan kan kan kan... 

pernah rasa milo dinasour?

roti toaster milo.. 

Jom layan milo ais dinasour dan roti toaster milo sambil bw...
 Jangan lupa submit entri anda tentang my Nestle Incredible Story di laman Nuffnang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Harga Ron97 naik 10 sen

 Lawak OR vs Dato'Najib


Kalau tak boleh baca, mama tuliskan dialog Aaron Aziz, Maya Karin, Dato' Najib dll.  Aaron kata Ron97 naik lagi kan? Maya kata Aaah Aaron kata Shit!.. Dato' Najib kata alaa naik 10 sen jer.. Kecoh la lu, bukan pakai kereta mewah pun.. Tapi akhirnya rakyat Malaysia terpaksa akur dengan membeli petrol di kR1M..
Bukan mama nak menemplak mana2 pihak. Dalam tv arus perdana ada membandingkan harga minyak di kebanyakan negara, dan mereka mewar-warkan harga minyak di Malaysia masih rendah berbanding harga minyak di negara serantau kerana subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Namun ilustrasi di atas tu dapat membuka mata banyak orang. Pada rakyat biasa, kenaikan harga minyak memang menjadi bualan dan keluhan ramai orang kerana setiap kenaikan harga minyak bermakna akan wujud kenaikan harga barang-barang lain dengan alasan kos bahan mentah sudah naik. Pada orang besar, kenaikan 10 sen tidak dipandang besar dan dianggap perkara remeh, namun bagi kita yang berpendapatan cukup2 makan di tengah2 bandaraya ni, 10 sen bagi setiap liter amat membebankan. Itu baru seliter bagaimana jika berliter2? Tak guna rakyat terutama penjawat awam dimomok2kan dengan pelarasan gaji, namun harga barangan keperluan terus naik. Had gaji minimum bagi sektor swasta juga ibarat menanam tebu dipinggir bibir jika bayaran untuk mendapatkannya lebih mahal. 

 tadi mama tengok slip gaji.. potongan cukan berjadual (pcb) mama .. RM171
tadi pejabat sukan sekolah mama kena rompak
tadi mama topup Celcom, ada govt tax
tadi mama pegi McD kena govt tax
 x cukup2 ke ambik duit mama?

Di Kajang seorang doktor pelatih mati dengan menyuntik dos ubat berlebihan akibat tekanan di tempat kerja kerana 5 hari berturut2 dapat oncall... Habis cikgu yang setiap minggu kerja pada hari Sabtu sedangkan ada pekeliling Sabtu pertama dan ketiga cuti umum, macam mana?  Doktor oncall ada elaun, cikgu on kerja dapat apa? isshhhh....




Published with Blogger-droid v2.0.4

Fesyen Wow Artis di ABPBH

 Wow... V-neck menyerlahkan aset miliknya? haa..

Sendat lagi Ketat walaupun bertudung?

LIB...
Hot momma..
Kipas ku kipas.. aku nak tawen ngan anak laja...

Mentang-mentang isu ABPBH masih hangat, mama pun buat entri pasal ABPBH lagi la. Kali ni mama bawa kisah antara pakaian wow yang dipakai oleh arti Melayu Islam di ABPBH. Komen2 ni kita boleh baca di jom siasat guadotcom. Kalau GuaDotCom tak ajak jom siasat pun, mama akan komen yang serupa malah lebih teruk lagi. Yang paling pedas komen GuaDotCom pada Nabila, dress merah V-neck menyerlahkan aset2 yang dimilikinya!! Wow, pendedahan berani kan... Kemudian, komen pada Fida, bertudung tetap bertudung tapi baju macam sarung cempedak jer.. Mama tilik2, tak ada komen tentang Shila Amzah. Tapi ni komen spontan budak2 2B pada mama.. cikgu, penyanyi2 ni *****t besar2 kan... Tambah2 kamera fokus pada aset milik artis ni pulak, tambah terserlah la saiz dan bentuknya. Alahai artis, kamu tu Islam, Melayu dan ikon remaja.. so berhati2 le memilih fesyen agar tidak dikata yang tak baik.. Bangga ke kalau di'kutuk' macam tu?
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bayi Kritikal Ibu Meneran Di Tandas

Terasa sakit hendak bersalin terus ke hospital ok..

Kepada ibu2 yang sudah ada pengalaman tentunya mahu melambat2kan masa untuk ke hospital walaupun tanda2 awal untuk melahirkan sudah ada. Tanda2 awal tu biasanya 'menipu' je, akibat terlalu awal ke hospital ibu2 akan terpaksa melalui saat2 tidak selesa di bilik bersalin, terutamanya jika bersalin di hospital kerajaan. Cerita ni khas mama tujukan kepada ibu2 yang pernah bersalin di HTAR, Klang. Tak tahulah keadaannya selepas 2008, sebab last mama ke bilik bersalin HTAR pada 20.10.2010. Ada bakal2 ibu yang menerima 'servis' di tengah2 jalan, di atas katil beroda, *bukan katil pesakit tau... sebabnya katil tak cukup. Tak kisah le korang dari 1st klas ke 3rd klas ke, semua sama sebab masalah kesesakan teruk di HTAR ni. Mereka akan merelakan diri di'seluk' oleh pelbagai doktor tambah2 jika hopital tu juga merupakan hospital latihan untuk bakal2 doktor. "Maaf kak, baru 2 cm", "Maaf puan, ...." itu antara dialog yang biasa ibu2 dengar apabila tersadai menanti di bilik bersalin berejam2. Akibatnya, ramai ibu yang menghadapi kelahiran kedua, ketiga, keempat dan seterusnya lebih rela menahan sakit awal untuk bersalin di rumah, apbila keadaan tidak terkawal baru mereka akan ke hospital untuk bersalin. Kisah benar, kawan mama sempat berjalan2 di Carrefour pada sebelah malam walaupun tanda sakit sudah ada dan keesokan paginya sempat ke sekolah walaupun duduk pun dah tak betul! Akibatnya, ada le kawan2 yang jadi 'ambulan' segera. Tapi kisah yang berlaku di China ni patut dijadikan pengajaran. Jangan berani2 meneka saat kelahiran sendiri sebab hanya doktor yang pakar yang boleh membantu. Kisah di China ni, seorang bakal ibu berhenti membuang air di tandas di stesen minyak lalu tanpa disedari dia telah termelahirkan anak!.. Dia ingat taik kot?.. so dia pun pam tandas... akibatnya bayi yang dilahirkan pun ikut terpam!.. bayi tersebut bertarung nyawa setelah berjaya dikeluarkan bersama2 air yang dipam!... 

Moral daripada cerita :  Jom lekas2 ke hospital bila terasa nak bersalin
Redha je doktor buat apa-apa asal ibu dan bayi selamat wookey..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Aaron Aziz Buka Mata Zed Zaidi

Fenomena Aaron Aziz di ABPBH

Mama gembira Fizz Fairuz menang walaupun dia 'kecil' banding Aaron Ombak Rindu
 
Zizan mampu kalahkan Sifu Aznil... bakal pengacara baru Malaysia tersohor?
 
Benda pelik yang tak patut diulang tayang mana2 ABPBH..

Betullah orang kata, rumah siap pahat berbunyi. Namun kemenangan Aaron Aziz akan tetap menjadi igauan kepada setiap pelakon lelaki tanah air, yang mengigau ler. Kalau yang masih enak diulit mimpi, pasti x terasa apa2. Pada mama, Zed Zaidi umpama Jebat Moden Malaysia. Beliau mampu mengkritik walaupun atas tiketnya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Entahle, kalau dia 'orang luar' Seniman, dia 'berkokok nyaring' juga ke tak. Walaupun kejayaan Fizz Fairuz mengatasi Aaron Aziz sebagai pelakon drama popular dianggap 'luar biasa', namun pada mama dia berhak, kerana dia pelakon drama lelaki Malaysia yang paling popular. Menurutnya, dia tak ada fans, jadi dia popular kerana bakatnya? Tahniah mama ucapkan, kerana ada orang popular kerana fans yang ribu riban ramainya. namun, tindakan Zed Zaidi yang mengkritik selepas gendang ABPBH dipalu agak terlambat. Betullah kata Aaron Aziz, sepatutnya semasa pencalonan top 5 ABPBH lagi Zed telah bersuara. Sepatutnya, Zed mencadangkan kategori artis luar popular sejak awal lagi. Mungkinkah Zed tidak yakin akan fenomena yang bakal dibawa oleh Aaron Aziz seperti fenomena Ombak Rindu yang mengganas melanda tanah air kita? Sebenarnya isu Aaron Aziz ni mampu membuka mata bukan sahaja pelakon Malaysia yang 'kalah' dengan pelakon luar aka Aaron Aziz malah juga pihak penganjur iaitu Berita Harian yang sepatutnya lebih bersikap patriotik. Cuba bayangkan kalau Ammy Awward dibolot oleh artis Malaysia, tak payah jauh2 sampai ke Hollywod, Anugerah Artis Popular di Indonesia, dimenangi oleh artis Malaysia,.. mau tak nya bendera Malaysia dipijak-pijak.. Tapi bila Aaron Aziz menang, ada yang simpan gambar Aaron bawah bantal!.. lagi satu yang mama tak salute pada Aaron Aziz ni, patutnya jangan le buat kenyataan panas "Kalau PM Yang Ulas Saya Risau, Tapi Ini Dia..." - Aaron Aziz.   Hai Aaron, orang Melayu kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemuuuu... so bila masuk Malaysia kenalah jaga hati orang Malaysia, ada ke patut dia nak samakan diri dia setaraf PM? Malah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pun balas tweet saya pagi tadi, jadi apa masalah dia... kata Aaron lagi.  Hisshh geramnya mama, kalau mama jadi PM Najib, tak hingin mama nak ulas apa2. Harap2 Aaron akan lebih berhati2 dengan 'mulutnya' dan jangan buat ramai sangat musuh, artis Malaysia ni bakal jadi 'teman sepermainan' Aaron dalam filem atau drama nanti tau.....

Info Artis Paling Popular ABPBH 1990 - 2011

25 tahun ABP memartabatkan artis tanah air  - ye ke setelah ABPBH 2011?

  * 1990 Aishah
 
  * 1991 Zainal Abidin
 
  * 1992 Eman Manan
 
  * 1993 Sofia Jane (Datin)
 
  * 1994 M Nasir (Datuk)
 
  * 1995 Ziana Zain
 
  * 1996 hingga
 
  * 2001 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2002 Rosyam Nor
 
  * 2003 Saiful Apek

 * 2004 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2005 Mawi
 
  * 2006 Mawi
 
  * 2007 Mawi
 
  * 2008 Nabil
 
  * 2009 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2010 Shaheizy Sam

********** 2011 Aaron Aziz kelahiran Singapura?

Mesej  :  Artis Malaysia kena lebih popular daripada artis luar tau
Jadi tak susah nak pilih artis mana lebih popular dalam ABPBH 2012 nanti....

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012