Pages

@aimaniman |

Aaron Aziz Buka Mata Zed Zaidi

Fenomena Aaron Aziz di ABPBH

Mama gembira Fizz Fairuz menang walaupun dia 'kecil' banding Aaron Ombak Rindu
 
Zizan mampu kalahkan Sifu Aznil... bakal pengacara baru Malaysia tersohor?
 
Benda pelik yang tak patut diulang tayang mana2 ABPBH..

Betullah orang kata, rumah siap pahat berbunyi. Namun kemenangan Aaron Aziz akan tetap menjadi igauan kepada setiap pelakon lelaki tanah air, yang mengigau ler. Kalau yang masih enak diulit mimpi, pasti x terasa apa2. Pada mama, Zed Zaidi umpama Jebat Moden Malaysia. Beliau mampu mengkritik walaupun atas tiketnya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Entahle, kalau dia 'orang luar' Seniman, dia 'berkokok nyaring' juga ke tak. Walaupun kejayaan Fizz Fairuz mengatasi Aaron Aziz sebagai pelakon drama popular dianggap 'luar biasa', namun pada mama dia berhak, kerana dia pelakon drama lelaki Malaysia yang paling popular. Menurutnya, dia tak ada fans, jadi dia popular kerana bakatnya? Tahniah mama ucapkan, kerana ada orang popular kerana fans yang ribu riban ramainya. namun, tindakan Zed Zaidi yang mengkritik selepas gendang ABPBH dipalu agak terlambat. Betullah kata Aaron Aziz, sepatutnya semasa pencalonan top 5 ABPBH lagi Zed telah bersuara. Sepatutnya, Zed mencadangkan kategori artis luar popular sejak awal lagi. Mungkinkah Zed tidak yakin akan fenomena yang bakal dibawa oleh Aaron Aziz seperti fenomena Ombak Rindu yang mengganas melanda tanah air kita? Sebenarnya isu Aaron Aziz ni mampu membuka mata bukan sahaja pelakon Malaysia yang 'kalah' dengan pelakon luar aka Aaron Aziz malah juga pihak penganjur iaitu Berita Harian yang sepatutnya lebih bersikap patriotik. Cuba bayangkan kalau Ammy Awward dibolot oleh artis Malaysia, tak payah jauh2 sampai ke Hollywod, Anugerah Artis Popular di Indonesia, dimenangi oleh artis Malaysia,.. mau tak nya bendera Malaysia dipijak-pijak.. Tapi bila Aaron Aziz menang, ada yang simpan gambar Aaron bawah bantal!.. lagi satu yang mama tak salute pada Aaron Aziz ni, patutnya jangan le buat kenyataan panas "Kalau PM Yang Ulas Saya Risau, Tapi Ini Dia..." - Aaron Aziz.   Hai Aaron, orang Melayu kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemuuuu... so bila masuk Malaysia kenalah jaga hati orang Malaysia, ada ke patut dia nak samakan diri dia setaraf PM? Malah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pun balas tweet saya pagi tadi, jadi apa masalah dia... kata Aaron lagi.  Hisshh geramnya mama, kalau mama jadi PM Najib, tak hingin mama nak ulas apa2. Harap2 Aaron akan lebih berhati2 dengan 'mulutnya' dan jangan buat ramai sangat musuh, artis Malaysia ni bakal jadi 'teman sepermainan' Aaron dalam filem atau drama nanti tau.....

Info Artis Paling Popular ABPBH 1990 - 2011

25 tahun ABP memartabatkan artis tanah air  - ye ke setelah ABPBH 2011?

  * 1990 Aishah
 
  * 1991 Zainal Abidin
 
  * 1992 Eman Manan
 
  * 1993 Sofia Jane (Datin)
 
  * 1994 M Nasir (Datuk)
 
  * 1995 Ziana Zain
 
  * 1996 hingga
 
  * 2001 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2002 Rosyam Nor
 
  * 2003 Saiful Apek

 * 2004 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2005 Mawi
 
  * 2006 Mawi
 
  * 2007 Mawi
 
  * 2008 Nabil
 
  * 2009 Datuk Siti Nurhaliza
 
  * 2010 Shaheizy Sam

********** 2011 Aaron Aziz kelahiran Singapura?

Mesej  :  Artis Malaysia kena lebih popular daripada artis luar tau
Jadi tak susah nak pilih artis mana lebih popular dalam ABPBH 2012 nanti....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

11 comments:

Anonymous said...

tapi yang peliknya, bila artis malaysia menang kat oversea, nak kecoh pulak. bangga la katakan. tapi kalau artis luar menang kat malaysia bising2. and btw, award di oversea tak kisah kerakyatan. british people can win american awards. for example, robert pattinson. and canadian like justin bieber tu dah menang award kat merata tempat. but the weird thing is why orang tak bakar2 pon bendera canada. im just saying.

Anonymous said...

assalamualaikum. m.nasir tu orang singapore. 1994 dya menang? pergh dah lama dah. asal kecoh sekarang?

aimaniman said...

@ anonymous

ni sekadar pendapat, hangpa x puashati sangat napa yer,.. time 1994 tu x da seberani Zed dan semangat patriotik x menebal mana tambah kejadian org indon bakar bendera baru2 ni jer,.. tak salah kita baru nak bersemangat patriotik daripada langsung x ada... x kan yg dah berlalu nak diulang,..

yupp... industri mereka dah besar dan meluas, industri seni Malaysia masih kecik jer, kalau kita tak julang orang kita,.. ada orang lain nak julang? lagi satu, napa aaron tu datang mesia? sebab dia rasa dia x mungkin kena julang kat singapore.. kat mesia ni dia boleh la 'jual' kehensemannya..

MaYa MustWany said...

hemm..nak salah kan aaron pun xleh coz smua ni pun dasar undian peminat dari Malaysia jugak.

mas pernah baca yang aa ni msa singapore just plwak biasa & watak smpingan,tpi dia ke Malaysia..rezeki dia lebih kat sini.

xperla.dh rzki aaron.hasil undian org Malaysia jgak.

(bukan peminat mana2)

Mohd Azrul Aziim said...

Pada saya, kita kena buka peluang kepada sesiapa yang berada dalam industri ni. Memang betul Aaron Aziz ni orang Singapura tetapi apakah significantnya perkara ini dibangkitkan? Patriotisme? Think back. Kita suka Honda, Toyota dan kondem kereta Proton. Sama je situasi ni.

KiD said...

marah lak karang M.Nasir.. nak artis tu menang, gi laaa undi. tul tak?

aimaniman said...

x sama situasi.. bab keta kita pilih yg berkualiti..bab artis ni rasanya lebih pd hensem dan cun banding bakat..selain aa mama rasa tasha shila pun cam tu.. so bila le peminat mesia ni nak bijak memilih antara kaca ngan permata..

aimaniman said...

tu lee nak kata peminat mesia ni fanatik pd rupa paras bukan 100% bakat.. cuba aa p cuba nasib kat indon plak..rasanya peminat sana fanatik mcm kat mesia ke..

munna said...

nasib baik Zizan menang .... AA munna tak minat sgt

Anonymous said...

industri hiburan negara kite ni takkan maju pon xkisah la kalau ade org luar ke org dalam ke. its a fact.

Sharidawati Shahrudin said...

ok bagi sha ada point yg zed zaidi ckp tu which is utk masa depan industri hiburan tanahair... which is utk jangka masa panjang.... so sha setuju utk ketatkan sikit peraturan utk artis luar ngr bekerja di dlm negara kita... peace...my 2cent opinion je tu

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012