lazada

nuff

Bayi Kritikal Ibu Meneran Di Tandas

Cikgu Iza | April 11, 2012 | 3 Komen |
Terasa sakit hendak bersalin terus ke hospital ok..

Kepada ibu2 yang sudah ada pengalaman tentunya mahu melambat2kan masa untuk ke hospital walaupun tanda2 awal untuk melahirkan sudah ada. Tanda2 awal tu biasanya 'menipu' je, akibat terlalu awal ke hospital ibu2 akan terpaksa melalui saat2 tidak selesa di bilik bersalin, terutamanya jika bersalin di hospital kerajaan. Cerita ni khas mama tujukan kepada ibu2 yang pernah bersalin di HTAR, Klang. Tak tahulah keadaannya selepas 2008, sebab last mama ke bilik bersalin HTAR pada 20.10.2010. Ada bakal2 ibu yang menerima 'servis' di tengah2 jalan, di atas katil beroda, *bukan katil pesakit tau... sebabnya katil tak cukup. Tak kisah le korang dari 1st klas ke 3rd klas ke, semua sama sebab masalah kesesakan teruk di HTAR ni. Mereka akan merelakan diri di'seluk' oleh pelbagai doktor tambah2 jika hopital tu juga merupakan hospital latihan untuk bakal2 doktor. "Maaf kak, baru 2 cm", "Maaf puan, ...." itu antara dialog yang biasa ibu2 dengar apabila tersadai menanti di bilik bersalin berejam2. Akibatnya, ramai ibu yang menghadapi kelahiran kedua, ketiga, keempat dan seterusnya lebih rela menahan sakit awal untuk bersalin di rumah, apbila keadaan tidak terkawal baru mereka akan ke hospital untuk bersalin. Kisah benar, kawan mama sempat berjalan2 di Carrefour pada sebelah malam walaupun tanda sakit sudah ada dan keesokan paginya sempat ke sekolah walaupun duduk pun dah tak betul! Akibatnya, ada le kawan2 yang jadi 'ambulan' segera. Tapi kisah yang berlaku di China ni patut dijadikan pengajaran. Jangan berani2 meneka saat kelahiran sendiri sebab hanya doktor yang pakar yang boleh membantu. Kisah di China ni, seorang bakal ibu berhenti membuang air di tandas di stesen minyak lalu tanpa disedari dia telah termelahirkan anak!.. Dia ingat taik kot?.. so dia pun pam tandas... akibatnya bayi yang dilahirkan pun ikut terpam!.. bayi tersebut bertarung nyawa setelah berjaya dikeluarkan bersama2 air yang dipam!... 

Moral daripada cerita :  Jom lekas2 ke hospital bila terasa nak bersalin
Redha je doktor buat apa-apa asal ibu dan bayi selamat wookey..

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

  1. fuuuhhh,,, macam2 hal kan? ngeri lak baca kisah tu

    ReplyDelete
  2. fuhh berani nya, dah ada tanda leh berjln2 dlu huhu... tp apa2 pun kalu ada tanda terus la ke hosp (gi hkl je la hehe) untuk keselamatan ibu dan anak.

    ReplyDelete
  3. banyak dah terjadi terbersalin sebelum sampai hospital... semoga jadi pengajaran buat kita semua

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai. Sila komen lagi.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com