Pages

@aimaniman |

Bersih 3.0 Berjaya Capai Matlamat

Ramainya snap gambar, nak update blog ker?

Banyak blog yang cerita pasal Bersih 3.0. Mama rasa mama pun patut cerita juga sebab cerita ni memang hangat diperkatakan sekarang ni. Mama dapatkan sumber dari 3 akhbar online iaitu mynewshub.com, Sinar Harian dan mstar online. Mama tak baca akhbar ataupun tak tonton berita bukan kerana mama boikot, tapi sebab mama memang dah tak beli akhbar lagi sejak dah ada akhbar online ni, dan berita kat tv memang mama tak berpeluang nak tengok sebab kakak Iman suka tengok tv IQ dari buka mata sampai tutup mata!..

Tuntutan Bersih 3.0
  1. Bersihkan Senarai Undi
  2. Mereformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Bebas & Adil
  5. Masa Kempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Ada desas-desus mengatakan Bersih 4.0 akan dilakukan jika tuntutan Bersih 3.0 tidak diterima. Oleh sebab blog mama ni hanyalah blog cerita anak2 mama, so mama tak mahulah kupas dalam-dalam. Tapi dalam fikiran mama, Dato' Najib kisah ke dengan Bersih 1, 11, 3.0 dan bakal 4.0 ni, atau dia ketawa berdekah-dekah melihat ketidakmatangan lawannya.  Pada mama, mama masih memegang prinsip bahawa kita perlu bertindak ikut mata hati dan akal fikiran yang rasional dan bukannya hanya berdasarkan pandangan luaran semata-mata.  Jika kita rasa ada yang tak betul, maka gunakan hak kita sebaik-baiknya. Dengarnya, ramai peserta Bersih 3.0 terdiri daripada anak-anak muda. Persoalannya, sudahkah mereka mendaftar sebagai pengundi?  Kalau mereka hanya hebat 'berkokok' tapi tak mampu melaksanakan tanggungjawab, rugilah perjuangan ni. So, tepuk dada tanya hati dan akal. Berjayakah kita jika tindakan kita berdemonstrasi ni ibarat manusia tak bertamadun. Sedangkan Tanah Melayu dulu mencapai kemerdekaan pun menerusi perundingan, kenapa kita yang jauh lebih moden ingin memilih cara yang 'sukar' ni? Entahlah....

Bersih 3.0 mencipta sejarah

Tapi satu je yang mama suka dengan Bersih 3.0 ni, sebab entri Bersih 3.0 jelas mencapai matlamat dan mencipta sejarah bagi blog mama sebab keyword Bersih 3.0 29 kali dijenguk.  Kebiasaannya, keyword2 lain setakat 1,2,3, atau 4 jer, Bersih 3.0 29 kali tau. 

Bersih 3.0 saujana mata memandang
Persoalannya mereka ni menyokong atau hanya pemerhati?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

6 comments:

Pen Biru said...

sedih tengok..si india yg jadi kepala, si cina bagi idea, si melayu yg jadi baruany.maaf andai bahasa sediit kasar.yg ditangkap adalah melayu..yg jd mastermind???

ct rahani said...

sy lak x brp amik port pun pasal bersih ni kak.. x minat ngan politik2 ni.. hehe..

Cik Pulau said...

ahahahha..
memang tercapai matlamat ni.. hehehe

[sutera kasih] said...

semoga apa yg dituntut tu dipenuhi..yg negatif berlaku ms perhimpunan tu, cuba elakkan berlaku lagi..benda tu ok jgk tp tu la kdg2 ada insan2 yg cuba nk provokasi ja huhu

mummY daniSha said...

bukan nk sokg bersih,tp kalau x buat mcm ni,apa cara gomen boleh dgr sore dierang kan?

kalau ikut demo x salah,provokasi tu yg salah...

aizamia3 said...

eemm.. tengok dari jauh je.. bukan taknak amik tau cuma tak minat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012