Pages

@aimaniman |

Click Fraud Potong BE Nuffnang

Jangan sampai bila nak cash kita melopong sebab Click Fraud tau...
 
Click fraud berlaku apabila individu ataupun program komputer membuat penipuan klik pada iklan yang dipaparkan online tanpa niat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan ataupun membuat pembelian. click fraud adalah menjadi masalah besar kepada search engine dan juga website / blog yang mempunyai iklan di site mereka.
 
Antara perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger-blogger baru yang membawa kepada Click Fraud ialah :-
  1. Tinggalkan komen di chatbox/shoutbox seperti ini " I dah click Nuff ads U, U Click Nuff ads i balik ye"
  2. Tinggalkan komen di ruangan komen untuk entry (perkataan yang sama seperti diatas)
  3. Letakkan tajuk iklan Nuffnang seperti ini " Please Click This", "Click this, i'll click u back", "Click and PM me".
  4. Letakkan dalam entry/post yang menyuruh visitors click iklan Nuffnang mereka "Please click ads below".
  5. Click iklan Nuffnang sendiri banyak-banyak kali dalam sehari.
  6. Click iklan Nuffnang sendiri dari PC yang berbeza di office banyak kali.
  7. Buat banyak blog dan register blog tersebut dengan Nuffnang kemudian click semua iklan dalam semua blog tadi dalam satu-satu masa.
  8. Rajin tukar setting IP address dan kemudian click iklan Nuffnang sendiri. 

Mama no 1,2,3 dan 5,6,7,8.. insyaallah tak buat ler click fraud aka penipuan klik ni. Lagipun blog mama cuma ada ni le satu2nya. Pas tu no 8 tu gerenti mama tak reti nak buat. Tapi tang no 4 tu yang mama risau,.. sebab mama letak title suprise dari Nuffnang!!. Ni dikira click fraud juga ker. Dah le earning Nuffnang mama sikit, kalau mama nak cash out nanti takut2 dipotong plak macam kisah ni..Yang pertama dulu hampir RM200, tapi disebabkan Nuffnang kata ada fraud clicks di blog nie, maka diorang potong earning Jamal tue jadi RM80 lebih je. kesian kan blogger ni!. 
Mama tak tau ler tu kisah benar atau tidak sebab mama belum pernah nak cash out earning Nuffnang mama sebab baru je 90 hengget, kalau boleh tu bagi le banyak sikit.. tapi kalau ditolak lagi sebab mama buat title ala2 click fraud tuw, abis ler, pada Mr Nuffnang tolonglah jangan potong duit mama yer... please....

1 tips daripada blogger ni nak BE yang lain dari yang lain
buat back link pada Nuffnang


Sudah baca sila komen

12 comments:

Ini Kisah Tia said...

hehee .. takde lah kak . yang akak buat entri tu semacam akak buat advertorial .. macam review .. insyaAllah , takde apa2 tu .. semoga murah rezeki akak eh :D

aReLaN said...

takde masalah kot.yang penting jangan la buat benda pelik camtu.tak elok menipu.tak berkat pon kan.tapi kadang-kadang dalam tak sedar pon kita dah buat click fraud.takut gak.hmmmm

gnesop poseng said...

Nuffnang boleh check dari sumber clik dan trend klik iklan.. sbb tu dorang boleh potong.. contoh Ip sama atau sekata jer.. dorang pun memantau perkara ini.. malah ada banyak juga blogger yang kena banned sbb fraud klik :)
kalau setakat letak tajuk cam tu x der apa pun :) hehehe

aimaniman said...

ye ke.. buat gempal je le blogger tu berjaya dia menggerunkan mama

aimaniman said...

harap2 g2 le kan sbb dia org ni pun pandai..mcm2 depa potong bila nak byr duit..

nur anis said...

saya memang blur sikit pasal nuffnang ni..huhu

Pok Amai-Amai said...

Tak pndi sy mende2 alah nie. Sbb tu BE sy mcm tu je. Hahahah!

haLyZaQiut said...

Oo thanks for the info...ada gak buat dari yg listed tuu...hahahha

KiD said...

spamming emel untuk klik pun leh jadi kena warning gak.. biasanya diorang warning dulu..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

terima kasih atas perkongsian.. a very nice entry =)

Cinta hazanis said...

lama dah xdpt BE. hukss

MissNadia said...

urmm takutnya.. janganlah kene banned

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012