Pages

@aimaniman |

Jadual Konsert Mania Astro

Pada sesiapa yang belum berkesempatan menonton Mania, jangan risau, di sini mama ada sediakan jadual konsert Mania seterusnya. Pada mama, konsert ni agak best kerana membariskan dua belas penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael. Sebelum ni kita tengok kebanyakan mereka berentap dalam AF yang berlainan dan menjadi juara dalam AF yang berbeza2. Jadi bila juara2 ni dipertemukan dalam pentas Mania, baru kita dapat tentukan siapa juara antara juara. Namun, ada juga penyanyi yang bukan hasil produk AF, so persaingan lebih hebat bagi membuktikan produk AF lebih menggegar atau penyanyi lain seperti Jaclyn, Shila Amza, Alyah dan lain-lain lebih popular. Penyanyi2 ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan di bawah bimbingan ikon muzik tersohor seperti  Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito. Kalau TV3 terkenal dengan program Mentor, tapi nampak gayanya Astro kembali dengan produk lebih menggegar iaitu dengan Mania. Mentor yang tersohor membimbing mentee yang terkenal, rasa2nya ego siapa yang terkubur atau masing2 mahu menegakkan keegoan sendiri dan akhirnya mentor melenting lalu mentee tersingkir? Pada mama, itu keunikan yang bakal dicipta oleh Mania. Mama tak sabar nak melihat teknik ikon muzik tersohor tu membimbing penyanyi terkenal. Kata orang, lebih mudah 'mengajar' budak yang 'tak tahu' berbanding 'budak yang dah tahu dan dah terkenal'.. betulke? Hanya Mania yang akan menjawabnya....

Program  Tarikh Siaran  Hari  Masa Siaran
 Konsert Mania Minggu 1  17 Mac 2012  Sabtu  9-10 Malam
 Konsert Mania Minggu 2  24 Mac 2012  Sabtu  9-10 Malam
 Konsert Mania Minggu 3  31 Mac 2012  Sabtu  9-10 Malam
 Feno Mania Episod 1  6 Apr 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 4  7 Apr 2012  Sabtu  9-11Malam
 Feno Mania Episod 2 13 Apr 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 5  14 Apr 2012  Sabtu  9-11 Malam
 Feno Mania Episod 3  20 Apr 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 6  21 Apr 2012  Sabtu  9-11 Malam
 Feno Mania Episod 4  27 Apr 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 7  28 Apr 2012  Sabtu  9-11 Malam
 Feno Mania Episod 5  4 Mei 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 8  5 Mei 2012  Sabtu  9-11 Malam
 Feno Mania Episod 6  11 Mei 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu 9  12 Mei 2012  Sabtu  9-11 Malam
 Feno Mania Episod 7  18 Mei 2012  Jumaat  9-9.30 Malam
 Konsert Mania Minggu (Kemuncak)  19 Mei 2012  Sabtu  9-11 Malam


Ego korang ke ego Penyanyi yang tunduk?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

12 comments:

Hani Syahani said...

aduh,astro xdelah pulak...

adam narzuan said...

xda astro senang jer.. tumpang tgk kat kedai mamak.. huhuu

munna said...

munna suka pulak tgk awi rafael tu perfom hari tu...

CT said...

yes..kita suka..hihihi

Myra Jay said...

Myra ari tu 1st week je tengok lepas tu tak tengok sebab balik rumah mertua takde astro ;)

Pok Amai-Amai said...

Ape mksd Mama, ego penyanyi yg tunduk?

aimaniman said...

ye le.. ego penyanyi ke ego mentor yg tunduk.. mungkin pnyanyi ada konsep tersendiri tp mentornya nakkan dia ikut inspirasi mentor.. so ego sapa yg teguh?

aimaniman said...

tapi awi mcm brutal sikit mungkin singaporean kasar sikit kot

aimaniman said...

tp x sesyok baring2 dpan tv dik... pas tu byk kedai mkn buka channel bola sepak je

aimaniman said...

x da hal..boleh col suruh pasang...

Bobo said...

wah siap ade jadual.. mania best! :)

jom shopping tudung :)

MaYa MustWany said...

wat masa ni just tgk mcm tuh je..xberapa minat sgt.huhuhu

ni sper fofulor,dia la menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012