Pages

@aimaniman |

Kes Adam Adli Bunuh Diri di UPSI

Adam Adli and the Gang merusuh di UPSI

Pelajar wanita semester 4 membunuh diri  di UPSI

Dalam kesibukan dengan tugas harian mama sempat2kan diri juga untuk menghupdate blog mama yang dah bersawang sikit2 ni. Minggu lepas je, rasa2nya 2 entri je mama buat. Sibuk melampau2 la 2-3 minggu ni. Tapi semalam hati mama tersentak dengan berita seorang penuntut wanita UPSI meninggal dunia dek bunuh diri di blok kuliah pada waktu petang akibat tekanan perasaan. Pada mama, memanglah ajal maut di tangan Tuhan tapi sebab-musababnya tu yang mendorong mama untuk menulis juga di blog ni. Kejadian bunuh diri tu berlaku ketika sebahagian pelajar UPSI baru sahaja menamatkan kuliah tambahan pada sebelah petang. Pelajar itu maut akibat jatuh dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu pukul 5.15 petang semalam. Perkara yang memusykilkan mama ialah kejadian berlaku pada sebelah petang ketika penuntut baru menamatkan kuliah, bermakna ketika itu ramai orang. Kalau ramai orang, tak kan le tak ada seorang pun yang tak perasan rakan mereka memanjat tembok koridor?.. Proses memanjat tembok koridor oleh seorang perempuan tentu memakan masa, so tak ada sesiapa pun ke yang perasan atau ingin ambil tahu? Adakah penuntut sekarang ni tebal sangat sifat engkau engkau aku aku dalam diri aka sifat individualistik sehinggakan pelajar yang murung tidak diambil peduli? Entahlah Labu.... pokonya sirakan sudahpun meninggal dan aman di 'sana'. Semoga kejadian ini tidak berulang di UPSI dan di mana2 universiti sekalipun. Bukan sahaja rakan, malah pihak HEP juga harus memikir kembali peranan masing2 agar perkara tersebut tidak berulang kembali.

Begitu juga kes Adam Adli and the Gang yang seberani atau 'sebodoh' itu merusuh tanpa memikirkan nasib masa depan mereka. Adakah Adam Adli and the Gang ni di'kambing hitam'kan oleh pihak2 tertentu? Satu lagi yang memusykilkan mama, kenapa peristiwa hitam ni berlaku di UPSI, universiti pendidikan yang bakal melahirkan para guru yang bakal mendidik generasi Malaysia akan datang?  Mama harap dua peristiwa hitam ni, iaitu kes Adam Adli dan kes penuntut bunuh diri membuka mata setiap pihak, jangan asyik menuding jari, kaji diri masing-masing kerana perbuatan mereka mencerminkan kepincangan sistem kita di sana-sini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

15 comments:

mamaNoriz said...

tak mustahil kes 'kambing hitam' tu... huhu...

semoga mereka tenang di sana... alFatihah

inazamri said...

rasa2nye mmg mcm ada bau2 kambing itam la budak2 ni....takkan seberani ini nak memberontak sbg status seorg pelajar.

Hani Syahani said...

ni mesti ada yg cocok ni, xkanlah berani buat camtu..hai tataulah, peliklah.

norhidana said...

ada gk terdgr kt brite pg td psl budak pmpuan yg bunuh diri tuh... dia takde ke kwn2 yg mendengar or berkongsi sama2 cite masalah... mcm masa dana belajar dulu msti ada best fren kan utk kite share masalah cite2 sume...
ntahla mungkin pelajar zmn skrg nih dh lain tak mcm dulu... jenis fkr diri sndiri2 kot...

[sutera kasih] said...

baru terbaca td kes kematian pljr tu..ada mslh mistik kata mereka..Wallahualam, semoga roh arwah tenang di sana

Nieda said...

Al fatihah.

Pok Amai-Amai said...

Sy suke entri Mama yg ini. Relevan. Klu ramai, kenapa tak de sorang yg nak membantu? Atau mgkn koridor yg die tuju tu kaw yg sunyi? Who knows?

Apepun, takziah pd keluarga mangsa.

whitecappuccino said...

memang kejadian sebegini tidak sewajarnya berlaku. apkah tindakan selanjutnya oleh pihak yg tertentu?

Ermie Dharlya said...

salam...
sebenarnya, kat UPSI kebiasannya pada petang Sabtu, sangat lengang. Yang ada pun hanya pelajar Master yang ada kelas petang sampai jam 6. Tapi kelas di bangunan tu memang tiada. So, memang xboleh nak cakap tiada sesiapa perasan dsb.

Apapun, kes ni ada unsur mistik. Harapnya kita yang masih hidup ni tidak memberi justifikasi kepada Allahyarhamah. Dah takdirnya pergi sedemikian rupa. Kita berdoa je supaya pemergiaan kita kelak dalam keadaan baik2. InsyaALLAH.

RULZA said...

kata di blog lain bukan bunuh diri...saya rasa apapun tak sesuai cakap bunuh diri..kita tahu cerita takut jadi fitnah,,,berdosa...doakan yang terbaik untuk arwah..Allah lagi tahu apa yang berlaku...

tak adil kita cakap sesuatu yang mayat tak boleh bangun dr kubur untuk membela dirinya....

Sharidawati Shahrudin said...

kesian dgn berita tersebut. Al-Fatihah buat arwah

Nauzubillah semoga tak terjadi dgn ahli keluarga kita semua...

Anonymous said...

Salam...skdr perkongsian....utk pengetahuan penulis, mangsa bukan membunuh diri tetapi telah mengalami gangguan mistik dan mungkin beliau berada dalam keadaan separuh sedar semasa melakukan tindakan berkenaan. selain itu, ketua siasatan jenayah juga ada menyatakan kejadian tersebut adalah kemalangan dan bukanlah kejadian bunuh diri..harap penulis alert dengan kejadian sebelum membuat penulisn..... AL-FAtiHAH

aimaniman said...

@ Anony..

bukan tak alert, cuma ambil info dari sumber online, tapi isu yang nak disampaikan bukan kisah sigadis atau siteruna tapi punca di sebalik kejadian, secara kebetulan kedua2nya berlaku di UPSI, kenapa di UPSI tentu orang luar yang ingin tahu tertanya2,.. itu saja tujuan akak, akak tak kutuk sesiapa cuma terdetik untuk ingin tahu ..

munna said...

MMG MUSYKIL DIBUATNYA...APA2 PUN AL-FATIHAH BUAT ARWAH DAH HARAPNYA TIADA LAGI KES YG MENJATUHKAN UPSI LEPAS NI

Bobo said...

salah satu tekanan buat kerajaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012