Pages

@aimaniman |

Share My Nestle Incredible Story




Kit kat the best kata kakak iman & syahmi 

Fuuuyoo.. angkat tangan siapa yang kehidupannya tidak pernah diserikan oleh Mr Nestle? Sebenarnya banyak produk yang bernaung di bawah jenama Nestle ni. Antara produk yang paling biasa kita gunakan ialah Milo. Mama memang turun temurun telah menikmati kelazatan milo ni. Sejak mama kecil, abah mama sering menghidangkan air milo ais dinosour untuk mama dan adik2. Tradisi ni mama teruskan untuk anak2 mama pulak. Siapa yang tak pernah rasa milo ais dinosour memang rugi, sebab nikmatnya memang x terkata tau. Cara nak buat mudah jer, tambahkan susu secukup rasa, lepas tu tambah ais, taruk air dan tambah milo beberapa sudu besar,.. milo terapung di permukaan gelas tu ler nikmat tak terkata tu. Lagi satu nostalgia milo ni ialah van milo sering datang ke sekolah2 sama ada untuk mempromosikan minuman milo atau menaja sesuatu kejohanan sukan. Mama ingat lagi, semasa van milo datang ke sekolah, budak2 beratur mengambil air milo guna cawan milo, cikgu2 pulak beratur mengambil air milo guna jag!!

 Mitos tentang Nescafe 

Nescafe feveret mama & abah

Mitos tentang nescafe pun sering kita dengar. Bagi ibu2 mengandung, nurse dan doktor memang tak menggalakkan ibu2 minum nescafe kerana mengandungi kafein. Tapi sebagai ibu bermaklumat, kita perlulah mencari maklumat yang berkaitan agar tidak mudah tertipu. Sebenarnya, nescafe boleh diminum oleh ibu mengandung asal sahaj tidak melebihi had yang sepatutnya. Lepas tu, kalau ibu2 dah suka sangat minum nes ais macam mama masa mengandungkan kakak Iman, jangan takutlah baby 'gelap'... kakak Iman ok jer, putih melepak... faktor genetik pun kena ambil kira, kalau mamanya dah putih tak kan ler anak hitam pekat kot kan...

Masakan tak da ummph tanpa kiub ni.. 

Kiub ayam dan tomyam maggie ni pulak benda yang wajib ada dalam peti ais mama. Almaklum, mama ni ibu bekerja, mana nak sempat nak tumbuk itu ini. Kalau badan penat, masukkan ayam beku dalam microwave.. pecahkan bawang ala2 style chef tu, ambik le beberapa helai daun limau purut untuk aroma, rebus ayam dan campak jer kiub ayam dan kiub tomyam maggie, tunggu sampai ayam empuk... tarraaa.. siap hidangan mudah lagi berkhasiat. Tipu le kalau ibu2 tak pernah gunakan kan kan kan... 

pernah rasa milo dinasour?

roti toaster milo.. 

Jom layan milo ais dinasour dan roti toaster milo sambil bw...
 Jangan lupa submit entri anda tentang my Nestle Incredible Story di laman Nuffnang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

12 comments:

whitecappuccino said...

hari2 minum milo! gud luck ya..contest ke ni?

aimaniman said...

x da..sj nak join nuffnang punya xtvt..kalau contest x da menangnya sbb x kretip pon..

NzA said...

mcm iklan produk...ngee...

Akak xminum milo cz xsuka tapi pernah dngar juga org kata milo dinasor tu sedap....... ttp akak suka nescafe.....

Jendela Hati said...

kat umah mmg kena ada stok milo, bebdk nak minum ari2

MulutPayau said...

Assalamualaikum ...

Dari kecik lagi minum air milo...tak pernah jemu2...skrang ni anak2 pulak suka milo....tapi nscfe mmng tak pernah beli...

Wah ...sedap nmpak air milo dnsour tu..saya tak pernah buat macam tu....

aimaniman said...

bila dah 'remaja purba' ni, x suka milo sangat le lebih pd nes ais... tekak dah pahit koot

aimaniman said...

mmg sedap.cuba ler rasa..google je cr buatnya.. mesti lpas ni anak2 meratah milo je

aimaniman said...

bebudak..mak budak dan bapa bdk sumer gila milo dinosour.. bukan suka airnya tp nak ratah milo je yg lebey..

Mak Lagenda said...

Rasanya kalau pi buat servey kat setiap dapur, paling2 ada 2-3 barang mesti dr dapur kaum2 ibu ada produk nestle kan..

Acik Erna said...

dirumah acik..ada jugak milo..tapi tak selalu..nescafe pun ada beli untuk tetamu..suami acik suka teh..anak2 jarang sangat minum air panas..sama la macam acik..tak suka air panas..milo ke..teh ke..nescafe ke kopi ke..memang acik tak minum semua tu..dari kecik lagi..acik minum air masak..atau pun kordial je..

Yasmin Aris ♥ said...

ni kontest ea .
idop sy sering diwarnai oleh nestle ni ! :D

shaf said...

nak cubelah milo dinasour ni nanti...mcm sedap je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012