Offer @ Lazada

>

nuff

Tips Isteriku Khunsa

Cikgu Iza | April 07, 2012 | 2 Komen |
apa langkah akan diambil jika isteriku khunsa?
 harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

Kisah isteriku khunsa ni menjadi tajuk yang menggemparkan kerana masalah ini dihadapi bukan oleh orang kebanyakan tetapi oleh mantan Dekan sebuah universiti tempatan yang berkahwin di selatan Siam. Setelah hampir dua tahun berkahwin, tak kanlah baru sekarang sang suami menyedari 'kesilapannya' mengahwini isteri yang bukan perempuan sejati? Pelik bin ajaib kan? Kisah Sri Wani Choo dan Dr Bahrom ni boleh dibaca di sini.  Semoga kes kedua2 pasangan ni menjadi iktibar kepada pasangan yang lain agar lebih berhati2 dan lebih mengenali pasangan masing2. Jangan nanti bila dah lama berkahwin, baru nak melenting sebab pasangan bukan lelaki atau perempuan sebenar!.. nanti kita juga yang bakal jadi bahan gelak orang... memang tergelak pun bila baca kes ni. Tapi, mungkin juga Sri Wani  menjadi mangsa ketidakpuashatian madu2nya yang ingin memfitnah beliau.  Semoga ujian DNA yang bakal dilakukan mampu membersihkan nama beliau. 

Untuk rujukan semua, khunsa sebenarnya terbahagi dua iaitu musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

“Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.
“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin. 



Published with Blogger-droid v2.0.4

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com