Pages

@aimaniman |

Fasha Sanda tiru Siti, Memey, Lisa

Siti Cantik tapi pilih siduda kaya

Memey rupawan tapi pilih Norman 

Lisa manis kahwin Yusry duda Erra

 Fasha jelitawan kahwin Jejai duda Nora

Dulu artis perempuan Malaysia berlumba-lumba kahwin dengan orang Inggeris, antaranya Sarimah dan Maya Karin yang perkahwinan mereka berakhir dengan kekecewaan. Bukan tak ada artis kawin lelaki Inggeris hidup bahagia, misalnya Ning dan kak Nita, bahagia jer mereka. Tapi yang peliknya, dah habis ke lelaki Melayu, atau lelaki Melayu tak dapat memenuhi taste artis yang biasanya tinggi2 belaka?  
Sekarang, trend artis kawin dengan duda pulak. Kalau nak difikirkan, artis ni tak perlu takut tak dipinang la, sebab kecantikan dan keayuan mereka pasti menjadi rebutan ramai lelaki. Namun yang peliknya, mengapa mereka memilih duda sebagai pasangan hidup?
Kisah perkahwinan Siti Norhaliza yang cantik menawan tu memilih Dato' K menjadi bualan ramai kerana ramai yang frust dan tentunya ramai yang pelik kenapa Siti pilih Dato' K. Kemudian, ramai yang marah dengan Memey kerana dianggap 'perampas' kebahagiaan Abby dengan Norman. Lepas tu, lagi ramai jejaka Melayu terakhir yang menggigit jari bila Lisa Surihani memilih Yusry sebagai teman hidup. Terbaru, Fasha Sanda pula yang mengikut jejak langkah mereka, berkahwin dengan Jejai.  Walaupun hubungan mereka pada awalnya dinafikan, namun dapat dihidu juga dan berakhir di jinjang pelamin. Rasanya, tak ramai jejaka yang frust berbanding perkahwinan Lisa, namun ramai yang mencemuh kerana Fasha juga dianggap sebagai perampas kebahagiaan Nora.  Malah, kisah Fasha - Jejai - Nora Danish hangat suatu masa dulu.
Kisah perkahwinan artis perempuan Malaysia ni memang menimbulkan tanda tanya kan. Adakah hanya kerana cinta mereka memilih golongan duda? Atau adakah duda lebih pandai 'melayan' berbanding jejaka? Atau adakah duda lebih memahami dan lebih melindungi berbanding jejaka? Entahlah, tepuk dada tanyalah diri sendiri. Pada mama, kalau kahwin dengan duda single, tak pa ler, tapi kalau kahwin dengan duda yang masih berkahwin tetapi atas dasar cinta baru tu, perkahwinan mereka goyah,.. tentu ada yang tak kena pada selera artis ni. Mama takut, habis madu sepah dibuang, sama macam habis madu bekas isteri, habis sepah dibuang apabila ada pilihan lain. Tak takut ke???

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

7 comments:

fuzore said...

jgn lepas ni gaduh cite nak pisah sudah...

mummY daniSha said...

kawen sebab kaya kot...kalau CT mayb sebab dato K kaya,kalau memey sebab memang suke kat laki org..kalau lisa rasenye sebab die memang minat kat yusry dr dulu lg...kalau fasha sebab jejai kaya la kot heheh...pandai2 je hehehe =p

Bui Junaidi said...

DUDA2 NI SEMUA POKET TEBAL SBB TU ANAK DARA SUKA..HAHAHAHA

TF said...

singgah malam..kebetulan ek akak...dah jodoh..moga berbahagia semuanya..

MamaEma said...

entahlah mama..kita tunggu saja..dah jodoh mereka..

mamaRIFQY said...

heehe..kebetulan kan? apepon,,moga dorang happy je la

munna said...

harap2 yg pilih dudu tu semua akan berkekalan kan mama

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012