Pages

@aimaniman |

Gaya Tidur Seksi masa Exam

Zarul zzzzzzzzzzzz

Masih dalam mood Hari Guru, jadi mama pun tulis entri yang ada kaitan dengan cabaran para guru. Pernah tak berhadapan dengan situasi macam dalam gambar. Kalau mama hampir setiap kali musim exam, macam2 gaya tidur dapat mama rakamkan. Yang peliknya, time tak periksa wabak tidur tak pula melanda. Wabak merayap dan ponteng serius sangat time tak periksa, tapi time periksa wabak tidur pulak melanda.  

Fizi zzzzzzzz

Fizi ni dah pernah kena hukum ko dari sekolah masa form four tapi form 5 dapat masuk sekolah semula. Malangnya, tak ada sedikitpun rasa bersyukur dalam diri dapat peluang kedua, malah semakin mencabar para guru dengan sikap macam ni...

Afiq zzzzzz

Afiq ni pulak macam biskut cipsmore, kejap ada kejap tak ada... Time sekolah biasa tak pernah datang, tapi time periksa nak pulak datang. Secara logiknya, siapa tak belajar dapat ke jawab periksa? Jadi apa sebenarnya motif mereka datang sekolah? Mungkin mereka mahukan sijil tamat tingkatan 5 untuk membezakan mereka dengan murid2 lain yang hanya ada sijil pmr kot?

Bukan niat mama nak memalukan sesiapa, tetapi mama nak ceritakan inilah cabaran yang para guru hadapi sekarang ni. Anak murid yang tiada niat langsung nak belajar yang datang ke sekolah. Kalau di Johor dulu, apabila ditanya murid cina kenapa datang sekolah... "Singapula mau itu sijil form 5 la lau ser...sana gaji tinggi loo".. sebab tu mereka datang sekolah, nak sijil tamat tingkatan 5 dan kemudian berlumba-lumba mengejar peluang di kota Singa. Tapi murid di Selangor ni nak kejar apa? Mungkin North Port, South Port, dan West Port pun menagih sijil tu kot. Hii anak2 bangsaku, kenapalah kamu cuma nak sisa orang lain jer, bukan meratah menu utama dan tinggalakan untuk orang lain yang sisa?.. entahlah, mama masih mencari2 jawapannya...

Yang mana satu gaya tidur anda? Jom pilih gaya tidur kita.... klik sambungannya...

Rahsia Gaya Tidur (credit untuk dia)

Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.
JANIN PENUH (gaya tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.
TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.
PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.
ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.
FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.
PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

12 comments:

QueeN TerataI said...

selamat hari guru mama... so far saya x pernah tidur masa exam.. :)

KhaiRin : anies said...

xkesah gaya tido mcm mn yg penting jgn kuaq ayaq liuq

TF said...

macam2 gaya tidur ada kalau nak dikiutkan..ahah..ikut selesa..tapi nak tidur tengok tempat jugak..hehe..rugi tido masa exam

mummY daniSha said...

itula cabaran seoranag guru kan...selamat hr guru =)

aizamia3 said...

tersengguk-sengguk masa exam tu adalah.. nak tidur malu.. hehehe..

phreak-id said...

Tidur meniarap takda ke analisis dia.. =.=

<- SUka tidur meniarap


Terbaru >Ada Makhluk Cungkil Keyboard Netbook Aku >Gula Boleh Membuatkan Anda Bodoh? >Bunohan, Machang, Kelantan

whitecappuccino said...

selamat hari guru!! kita pun buat entri pasal ragam masa exam tapi tak snap pic budak tido.

oktant said...

Alhamdulillah... saya belum pernah tertidur masa exam.

Selamat Hari Guru mama & moga mama terus diberi kekuatan dlm menghadapi sbrg cabaran sbg seorang guru.

miloais milo said...

none... iols tak penah tido time exam...
selalunya terkejar2 menulis masa exam... mana sempat nak tido!

miloais milo said...

none... iols tak penah tido time exam...
selalunya terkejar2 menulis masa exam... mana sempat nak tido!

munna said...

gaya last tu buat kat ofis sekrg ni time boss takde ...hehehe tapi tak selalu...

Bobo said...

ni kes tiap2 malam online sbb tu tido lambat, hehe

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012