Pages

@aimaniman |

Guru Super Tensyen

Hi kertas bilakah nak berkurang ni

Genap tiga hari tak mengupdate blog ni menandakan mama tensyen pada tahap super punya. Apa tidaknya, 9 kelas nak kena tanda semua nya esei pulak tu!. Almaklum guru tak cukup, jadi cikgu tingkatan 4 dan 5 cuma 3 orang saja mengajar 6 kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5. Dua belas kelas bahagi 3 cikgu jadi kami dapat 4 kelas seorang. Satu subjek ada 2 kertas, bermakna 8 kelas,.. mana jadi 9 kelas tu?? Haa, sebab cikgu masih tak cukup jadi kami kena lego dapat tambahan 1 kelas lagi!!. Siapa yang pernah tanda kertas exam BM tingkatan 4 dan 5 faham la keluhan mama ni, kan....
 
 Siapa pernah ke sini?

Mama tambah tensyen bila melihat peta di atas ni. Kakak Iman tahu tentang tempat  ni pun melalui iklan di TV 3. Alahai kakak Iman, mama ni nama je duduk di Kelang tapi bab pergi ke KL tu mama memang tak reti la. Mama pergi Sogo pun naik LRT, mama kidnap tudung di Jalan TAR pun naik LRT. Mana la mama tahu nak ke situ... Oleh sebab cuti sekolah, kalau boleh nak juga bawa kakak Iman ke sini. Mama dapatkan info di Youtube, memang best rasanya kalau dapat bawa kakak Iman, Syahmi dan Dahiyah ke sini. So mama tanya kawan2 jalan paling mudah ke situ dari Kelang, dan itulah hasilnya... masuk Highway Federal,.. jumpa 'jambatan Penang', masuk Highway Damansara-Puchong, pas tu nampak signboard TTDI.. pastu nampak aar signboard The Curve, Ikea dan tempat tu.... siapa pernah ke sana? Ada jalan lebih mudah ke sana dari Kelang???? Tolonglahhhh....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

12 comments:

faridah nazurah said...

xpernah lagi pergi sana.. tp tadi ada gak search laman web kidzania ni.. dekat the curve je ehh..

QueeN TerataI said...

kalau Queen lbh mudah ikut highway NKVE kot... masuk susur kota damansara then follow je la instruction ke IKEA.. hehehehe

miss kecoh said...

bestnye jd cikguu... hehe

Mama Auf Papa Ajim said...

eh, nama anak kita sama..eja lain sikit.....shahmi :)
kidzania...seronokla kakak iman nnt :P

~Sweet Honesty~ said...

memang tak tdo mlm la mama yea..tdo pun asik temimpi2 jek esei tu kan..hihi

KiD said...

kidzania?? dapatkan bantuan sharidawati.. hehehe.. dia keje area2 sana

Ummi Iman said...

Betul kata queen tu. Kalau saya pun ikut nkve lebih mudah. Masuk susur kota damansara. Lepas tol jumpa trafik light ikut kiri dan straight je. Ikut federal jumpa jambatan 'pulau pinang' tu pun straight juga.. Tak susah nak cari.. Kena rajin tengok signboard ;) Belum pergi kidzania tapi selalu pergi ikea ;)

Banyaknya kerja. 1 kelas dah penat lagi banyak kelas nak jaga..

Tea said...

Wahhh sian tau mama aiman.. Sbb tu paling tak suka kalau org pertikaikan kata guru serooklah cuti sekolah pun cuti...

Pernah jadi guru..


Cikgu Tea..

Kakzakie said...

Maaflah kakak lagilah tak dapat bantu kalau JB oklah... sana kakak setahun pun tak sekali jejaki...

Cuti sekolah pun tugasan terus mengekori itulah guru...

miloais milo said...

banyak nya paper nak kena periksa...

err... iols ni nama aje duduk KL
pegi curve segala tu - iols tak penah beb....
seriously....

munna said...

munna pun tak leh tolong....klu kl setakat sogo dan klcc bolehlah cari

Bobo said...

masa first time pergi ikea sesat barat juga la hehe

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012