Hafiz Superstar Mania

May 19, 2012

Hafiz memang superstar
 
Ahmad Dhani menumpang Hafiz atau ditumpang Hafiz?

Pentas Mania 2012 berlabuh tirainya dengan Hafiz keluar sebagai superstar Mania pertama. Memang mama dah pilih dan menjangkakan Hafiz boleh menjadi superstar Mania kerana bakatnya yang memang lain daripada peserta yang lain. Dia memang tiada tandingannya buat masa ni. Kalau ada pun sedikit cabaran daripada Jacqlyn Victor. Namun Jacqlyn hanya mendapat tempat ke-3, sementara tempat ke-2 milik Stacy

Tahniah kepada Astro, lebih-lebih lagi Aznil kerana berjaya menghidupkan Mania dan membuatkan mama berada di depan tv berbanding Mentor TV 3 yang dah hilang seri dan taringnya. Cuma kehilangan beberapa bintang dan keputusan yang agak memeranjatkan dalam pusingan separuh akhir minggu lepas yang 'mencacatkan' sedikit pandangan mama terhadap Mania. 

Ahmad Dhani pula muncul sebagai produser superstar Mania apabila anak didiknya, Hafiz berjaya menjadi superstar Mania. Hafiz membawa balik RM 500 k sementara Ahmad Dhani membolot Rm 300 k. Lepas ni, demam lagu-lagu Indonesia akan semakin melanda Malaysia memandangkan produser dari sana muncul sebagai produser superstar Mania. Mama tertanya2, jika rancangan bergantung 100% pada sms seperti ini diadakan di Indonesia,  adakah produser luar, terutama dari Malaysia akan menang? Mama rasa semangat keIndonesiaan mereka amat kuat dan amat sukar penyanyi, apatah lagi produser Malaysia menyelinap masuk ke sana. Namun mama masih percaya pada seni bersifat universal, maka tiada batas dan sempadan dalam menilai seseorang ahli muzik. Alangkah indahnya, jika kawan 'di sana' pun berfikiran begini.... Mama terbayangkan Hafiz menjadi pujaan di Indonesia,.. boleh ke?
 
Stacy tempat kedua
 
Jacqlyn tempat ketiga
Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

8 Comment

  1. Kakcik suka Hafiz menang. :)

    ReplyDelete
  2. hehe tapi kak saya prefer hazama yang menang :)

    ReplyDelete
  3. rezeki dia.. hehe.. tahniah kepada hafiz :)

    ReplyDelete
  4. aah kak agak2 hafiz di terima x kat sana, ada x demam hafiz mcm m'sia demam lagu indon kan? haih, fikiran kita berbeza sgt2....

    ReplyDelete
  5. rezeki Hafiz.. tahniah!

    ReplyDelete
  6. Yeayy, Hafiz deserve sgt....sgt berbakat, dan sangat popular....(untuk masa ni la)...syabas2...

    ReplyDelete
  7. mmg suka Hafiz jadi juara....

    ReplyDelete
  8. sangat untung... setengah juta tu...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels