Pages

@aimaniman |

I Love Mom


Bulan Mei mama sambut dua hari besar iaitu Hari Ibu dan juga Hari Guru. Tentu ramai yang sambut juga kedua-dua hari ni kan... Tapi yang agak menyedihkan, Hari Guru, mama rasa lebih meriah berbanding Hari Ibu kerana pada setiap Hari Guru iaitu pada 16 Mei, ramai yang menyambutnya, paling kurang semua warga sekolah akan bergembira menyambut hari tersebut. Paling tidak pun, mama akan terima hadiah daripada kelas mama dan murid2 dari kelas yang diajar oleh mama. 

Saban tahun, mama kerah murid2 kelas PSK buat kad Hari Ibu untuk ibu masing2. Pada yang belum dan tidak tahu bila tarikh Hari Ibu, kat sini mama sertakan tarikh Hari Ibu yang berbeza2 mengikut negara.

(Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
1 Mei (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei  (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos  bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember di Indonesia…

Ok, bagi yang duduk dengan mak, sambutlah Hari Ibu Ahad ni, sapa yang duduk jauh macam mama, ingat2kan diri untuk membelikan sesuatu buat mak... 

Oklah... panjang cerita mama, tapi mama nak kongsi juga kisah ni. Pada yang tahu berbahasa Banjar, jom hayati kisah ni...
Saurang nini baumur 60 tahun dikurnia akan rajaki Tuhan batianan wan salamat malahir akan saurang bayi. Maka barataan jiran-jiran datangan mailangi nini wan bayinya. Rahat dipa handak maniring bayi ngintu, nini gin bapadah "Kina hulu lah." 5 minit dudi dipa gin bapadah lagi handak maniring bayi, tagal nini magun bapadah "Kina hulu lah".

Akhirnya dipa gin batakun, "Kabila kami hingkat maniring bayinya?". Nini gin manjawab, “Kabila inya manangis". Jiran-jiran gin kahairanan maka batakun lagi, “Napa kami kana hadangi hampai bayinya manangis nini ai?"

"Sabab aku hudah kalumpanan intang mana maandak bayiku tadi," sambat nini awan muha kada katahuan. Takipik jiran-jiran nang datangan.
Ada ke emak macam ni di dunia ni? Pada mama, ibu, mak, mama, ummi, atau apa sahaja panggilan merupakan insan paling mulia yang harus dan wajib kita muliakan...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sudah baca sila komen

6 comments:

KhaiRin : anies said...

sy bc kt mn ek, kt nyer sambut hari ibu ni haram...

aimaniman said...

entahlah...sambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu je bkan utk memuja...

aimaniman said...

entahlah...sambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu je bkan utk memuja...

aimaniman said...

entahlah...sambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu je bkan utk memuja...

munna said...

selamat hari ibu dan guru buat akak juga....

KhaiRin : anies said...

p/s ada jg majalah kami utk anak2 4-5 thn. namanya sayang muslim. (RM4 sebuah)

www.anamuslim.com.my
FB: anamuslim.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012